Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dua hari selepas ahli PLUTO dibenarkan pulang ke rumah, mereka berlima mula kesekolah semula. Pada pagi itu, di rumah tuan Kim.
Yeonjun bangun awal pagi semata-mata untuk menjemput Janet untuk ke sekolah bersama-sama. Baju seragamnya dikemaskan dan rambutnya dirapikan buat kali terakhir sebelum membunyikan loceng rumah keluarga Kim.
Beberapa minit kemudian, pintu rumah itu di buka oleh seorang wanita. “ Annyeonghaseyo ” sapa Yeonjun sambil menundukkan badannya.
“ Ouh wow, apa budak handsome buat pagi-pagi datang rumah ni? ” soal kakak kedua Janet, Jessie.
“ Saya datang nak jumpa Janet. ” jawab Yeonjun.
Jessie melihat Yeonjun dari atas ke bawah dengan senyuman misteri sebelum menoleh.
“ Janet, ada orang nak jumpa. ” kata Jessie lalu menoleh semula kearah Yeonjun.
“ Jemputlah masuk, jom sarapan sekali ” kata Jessie lalu membuka pintu dengan luas untuk Yeonjun.
Yeonjun menundukkan sedikit tubuhnya sebelum melangkah masuk. Hari ini, Yeonjun sengaja menggayakan rambutnya kerana mahu kelihatan kemas dan menawan untuk teman wanitanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“ Eomma tengok siapa datang~ ” kata Jessie sambil menuju ke dapur.
Masuk saja Yeonjun ke dalam dapur, matanya bertemu dengan 4 pasang mata. Laju badannya dibongkokkan untuk menunduk hormat.
“ Yeonjun? Apa Jun buat dekat sini? ” soal Janet sambil meletakkan pinggan berisi makanan di atas meja.
“ Siapa namja ni, Janet? ” soal Tuan Kim selepas memerhati Yeonjun dari atas kebawah.
“ I-ini .. te- ” belum sempat Janet menjawab Jessie sudah terlebih dahulu berkata.
“ Mesti kawan dia je ni, maklumlah budam nerd macam Janet ni siapa je nak ” kata Jessie selamba badak dia.