“ wARGHHH!” jeritan Minjae yang halus kedengaran dari belakang.Disebabkan jeritannya hampir-hampir tidak kedengaran hanya Win yang menoleh dan melihat kearah Minjae yang jatuh ke atas batu dengan 'slow motion'.
“ Mint! ” dengan segera Win pergi mendapatkan Minjae yang landing dengan kemas keatas batu besar.
“ Aduh aduh ” kata Minjae lalu bangun perlahan-lahan dengan bantuan Win.
“ Ada sakit dekat mana-mana tak? Aku panggil BIC kejap. BIC to- ” kata-kata Win terhenti apabila dia menoleh kearah jalan yang mereka sedang lalui tadi, namun tiada kelibat hyungnya.
Kawan-kawan mereka semua sudah pergi meninggalkan mereka berdua dibelakang. Minjae tersenyum hambar dan mengurut pergelangan kakinya sambil duduk di atas batu besar tadi.
“ Jangan risau Win, aku tahu jalan.” kata Minjae.
“ Tapi kau terseliuh. Macam mana nak jalan? ” soal Win.
“ Well, kau ada spray tak? ” soal Minjae dan Win menggelengkan kepalanya. Keluhan kecil keluar dari bibir Minjae.
“ Biar aku dukung kau ” kata Win lalu menghadapkan belakang badanya kearah Minjae.
“ W-what!? Kau gila ke? Kita tengah hiking, bukit ni pun agak curam. Kalau kita jatuh tak ke mati ?” kata Minjae.
“ Berapa berat kau? ” soal Win.
“ 42.5 kg, kenapa? ” soal Minjae semula.
“ Alah setakat berat tu aku boleh angkatlah, meh cepat naik belakang aku ” kata Win dengan yakin.
Minjae pun naik ke belakang Win sebelum Win mula berdiri semula.
“ Seriuslah? Kau makan apa je? ” soal Win pada Minjae yang dia sedang gendong di belakangnya sambil mendaki .
“ Baik kau diam ” kata Minjae. Win tergelak kerana Minjae cuba kelihatan garang ketika itu amat mencuit hatinya.
Mereka mendaki sehinggalah mereka terjumpa Sir Jungkook yang sedang turun dari bahagian atas bukit itu.
“ Ha! Itu pun kamu berdua. Apa jadi? ” soal Sir Jungkook dengan nada yang penuh ke risauan.
“ Mint terjatuh tadi ,tapi saya je perasan ” kata Win.
“ Nasib baik saya tahu jalan ” kata Minjae.
“ Ah nasib baik kamu berdua selamat. Kawan-kawan semua ada dekat depan. ” kata Sir Jungkook lalu mereka sambung mendaki.
Sampai sahaja di tempat rehat, orang pertama yang Minjae lihat ialah Soobin. Mata mereka bertembung namun Soobin segera mengalihkan pandangannya apabila melihat Win sedang menggendong Minjae.
“ Yong En bawak spray ke sini ” kata Sir Jungkook lalu membantu Win meletakkan Minjae di bawah.
Selepas selesai menyemburkan spray di kaki Minjae , Yong En duduk di sebelah Minjae. Win pula sudah pergi menyertai kawan-kawannya.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
De Todo❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020