thirty two

128 19 443
                                    

* republished sebab ada pembetulan/penukaran jalan cerita sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

* republished sebab ada pembetulan/penukaran jalan cerita sikit. Jangan salahkan Mint, salahkan idea yang tiba-tiba muncul ni.


" Minjae jawab soalan nombor empat " kata Sir Yoongi.

Minjae bangun dari kerusinya dengan yakin bersama marker pen ditangan. Lia sengaja mengeluarkan kakinya dari bawah meja untuk membuat Minjae tersungkur.

Minjae melangkah kaki Lia dan menendang kaki Lia dengan sengaja sebelum sambung berjalan ke papan putih. Soalan matematik tambahan itu diselesaikan.

" Jadi x sama dengan 6/5 " kata Minjae selepas menulis jawapannya di papan.

" Saya nak betulkan "

Tiba-tiba suara garau kedengaran. Minjae berpaling dan melihat Soobin sedang berjalan kearahnya.

" Apa yang salah? Betul lah jalan kira aku " kata Minjae.

" Well, jawapan kau salah. Jawapan yang betul adalah 1.2 meter sebab jawapan dia mintak dalam meter " kata Soobin sambil menulis jawapan di papan.

" Terima kasih Soobin dan Minjae. Boleh duduk. " kata Sir Yoongi.

Minjae dan Soobin berjalan serentak dan terlanggar antara satu sama lain.

" Ish tepi lah " " Kau yang langgar aku" " Kau pendek sangat, tak nampak "

Soobin dan Minjae berpecah untuk ke meja kumpulan masing-masing. Mereka saling bertukar jelingan sepanjang pembelajaran.

Kringgg~

Bunyi loceng yang menandakan waktu rehat menghentikan seketika perang jelingan Soobin dan Minjae. Murid segera berkemas dan berpusu-pusu ke kantin.

Mana taknya, hari ini kantin mengadakan menu istimewa iaitu lobster mac and cheese dan sepuluh yang terawal akan dapat hidangan itu secara percuma.

Ahli TXT dan PLUTO juga tak melepaskan peluang untuk makanan percuma tersebut.

" Korang ikut sini " kata Yeonjun lalu menarik tangan Janet.

Ahli lain mengikut langkah Yeonjun dari belakang. Mereka menggunakan jalan singkat untuk menuju ke kantin.

Nasib baik masing-masing mempunyai kelebihan untuk berlari mereka semua tiba ke kanti sebelum pelajar lain tiba. Segera berlari ke kaunter untuk menuntut hak yang telah dijanjikan.

" Ha tahniah!! Pergilah ambil dekat meja tu. " kata seorang pak cik kantin dengan ramah.

Mereka semua mengambil satu seorang sebelum ke meja yang agak jauh dari pandangan orang.

" Nasib baik kita sempat. " kata Hueningkai dengan gembira.

" Betul tu, tak sabar nak rasa. " kata Janet lalu mengambil tempat duduk berhadapan dengan Yeonjun.

❝ acadeмy мoa ❞Where stories live. Discover now