“ Wah akhirnya dah sampai ke tapak kem. Kamu semua boleh pergi membersihkan diri masing-masing ” kata Sir Jimin sebelum ke khemah guru.
“ Thanks sebab jalan dengan kita orang ” kata Lia pada Soobin dan ahli TXT yang lain.
“ Urgh.. Welcome, I guess ” jawab Taehyun apabila Soobin hanya berdiam diri.
Ahli ITZY dengan gembira pulang ke khemah mereka, manakala ahli TXT menoleh ke belakang menunggu ahli PLUTO.
“ Mana dia orang berlima ni? ” soal Beomgyu dengan risau.
“ Kali terakhir aku nampak mereka masa dekat checkpoint nombor empat ” kata Yeonjun.
“ Maksudnya mereka tak jauhlah dari tapak kem kan? ” soal Hueningkai.
“ Tak, tapak kem checkpoint satu dan puncak bukit tu checkpoint lima. So mereka jauh lagi. ” terang Soobin.
“ Kita tunggulah mungkin mereka sudah tak jauh dari sini ” kata Taehyun lalu duduk di pondok berdekatan.
Ahli TXT yang lain turut duduk bersama Taehyun. Mereka percaya yang PLUTO tak akan apa-apa kerana Minjae tahu jalan dan mereka semua hebat-hebat belaka.
“ Kalau bergaduh boleh, tertinggal dekat belakang apalah sangat bagi dia orang. Aku yakin dia orang boleh cari jalan pulang” kata Yeonjun dengan yakin.
Namun begitu, keadaan PLUTO yang masih di dalam hutan berbeza sama sekali.
“ Weyh, betul ke jalan ni? Kita dah lalu tempat yang sama 5 kali! ” kata Hazel.
“ Betul lah ni. Lagi satu, kita dari tadi turun, mana ada daki ke atas semula. ” kata Minjae.
“ Kalau dengar apa yang Mint cakap, mustahil untuk kita jalan di tempat yang sama. ” kata Jade.
“ Tapi dari apa yang Hazel cakap, itu memang betul. Tempat ini macam tempat yang sama kita jalan. ” kata Janet.
“ Hum.. Ni bukan macam tempat yang sama. Ini memang tempat yang sama ” kata Yong En sambil menekan perkataan 'macam'.
“ Ha? ” serentak Minjae, Hazel, Jade dan Janet memandang kearah Yong En.
“ Macam ni, Yanyan dah rasa dah kita macam lalu tempat yang sama so Yanyan tanda salah satu dahan dengan reben putih. Well, itu rebennya ” kata Yong En lalu menunjuk ke arah satu dahan yang ada diikat reben berwarna putih padanya.
“ Apa kita nak buat ni.. ” kata Janet.
“ Kita dekat checkpoint yang keberapa pun kita tak pasti ” kata Jade.
“ Yanyan penatlah, jom rehat sebentar ” kata Yong En lalu duduk di satu batu besar.
Jade dan Janet duduk di sebelahnya manakala Hazel dan Minjae masih berdiri melihat sekeliling.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
Random❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020