Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu balik. Mereka semua mengemas kawasan itu sebelum menggalas beg masing-masing untuk pulang ke rumah.
Mereka semua berjalan menuju ke pagar sekolah sebelum masing-masing berpecah untuk ke tempat yang dibincangkan semasa ketiadaan guru dikelas sebentar tadi.
Hazel dan Beomgyu berjalan berdampingan melalui laluan pejalan kaki. Mereka menuju ke rumah Beomgyu terlebih dahulu sebelum ke rumah Hazel.
“ Sorrylah kita kena pergi rumah aku dulu sebab nak ambil gitar. ” kata Beomgyu dengan rasa bersalah.
“ Eh tak apalah aku dah biasa jalan jauh-jauh ni ” kata Hazel sambil mengipas-ngipas lehernya menggunakan tangan.
“ Kau tunggu luar tau. ” kata Beomgyu lagi sekali namun dengan nada yang tegas.
“ Yah kau buat tetam- ” kata-kata Hazel terhenti lalu digantikan dengan keluhan apabila Beomgyu sudah belari masuk ke dalam pagar besar berwarna hitam.
“ Kediaman Choi ” Hazel membaca papan yang tertampal di luar pagar itu sebelum mengintai sedikit kedalam.
“ Boleh tahan besar ” kata Hazel sebelum berpaling melihat jalan raya. Tiba-tiba ada sebuah motorbike membunyikan hon kearahnya.
Hazel menoleh dan melihat penunggang motobike itu yang kini sudah menghentikan motornya sebelah Hazel. “ Hi boleh saya tolong? ” soal Hazel pada lelaki itu.
“ Naik ” arah dia. Akibat helmet yang bercermin hitam itu Hazel tidak dapat mengenal pasti siapa lelaki itu. Entah kenal entah tidak.
“ Eh eh kau siapa? ” soal Hazel sambil mencekak pinggang. Lelaki itu tergelak lalu menanggalkan helmet itu.
“ Ini aku lah, Beomgyu ” kata Beomgyu setelah menanggalkan helmetnya dan memberi Hazel helmet lagi satu.
“ Ouh kau ni” kata Hazel lalu memakai helmet yang diberi sebelum membonceng motorbike Beomgyu.
Beomgyu menunggang motorbike itu dengan laju terus ke kawasan rumah Hazel. “ Ha belok kanan ” arah Hazel.
“ Ha apa!? ” jerit Beomgyu. “ BELOK KANAN !” teriak Hazel kali ini. Beomgyu mengangguk lalu membelok diselekoh lalu berhenti apabila Hazel menepuk bahunya.
Hazel turun dari motorbike Beomgyu lalu menekan password pada pagar rumahnya lalu ia terbuka luas untuk Hazel. “ Parking motor kau dekat dalam ” arah Hazel sambil berjalan mendekati pintu rumah.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
Overig❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020