Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seperti yang di beri tahu kepada rakan-rakan mereka sebelum berpecah untuk pulang, Hueningkai dan Yong En berhenti di sebuah kedai buku.
" Yanyan nak cari buku apa dekat kedai ni?" Soal Hueningkai sambil berjalan bersebelahan dengan Yong En.
" Apa-apa buku yang menarik. Buku dekat rumah tu semua dah habis baca " jawab Yong En.
Sejurus sahaja mereka sampai di bahagian fiction , Yong En segera meneliti setiap buku.
Pada mulanya Hueningkai juga turut membelek beberapa buah buku sebelum dia terasa bosan.
Telefon pintarnya di keluarkan dari poket seluar. Hueningkai menghalakan kamera kearah Yong En secara senyap dan mencuri-curi menangkap dua tiga gambar.