Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SOOBIN P.O.V.
"Kau orang pergilah Mint ada hal." Kata Minjae lalu berlalu pergi ke perpustakaan sekolah.
" Okay, bye Mint." Kata Jade sebelum melihat kearah aku sekilas.
Aku memaparkan muka tak berperasaan dan berlagak seperti tak terkesan dengan perbuatan Minjae yang menjauhkan diri dia daripada aku kebelakangan ni.
" So Janet, Jade and Yong En on?" soal aku selepas beberapa saat.
Tiga ahli PLUTO yang berada disitu mengangguk.
" Nice, petang ni jumpa dekat taman." Kata Hueningkai.
Kemudian mereka berpecah untuk pulang ke rumah masing-masing.
Petang itu, aku melihat almari aku untuk mencari pakaian apa yang patut aku pakai.
" Alah buat apa pakai cantik-cantik, study je pun dan bukan dia ada sekali.." kata aku lalu mencapai sweater biru muda dan seluar hitam.
Selepas itu aku turun ke tingkat bawah bersama beg sandang yang mengandungi buku latihan, pencil box dan powerbank. Langkah aku terus diatur keluar dari rumah.
Cuaca petang ni agak sejuk maklumlah dah masuk musim luruh. Aku berjalan ke cafe kegemaran Minjae dan mengintai di bahagian dalam tetapi Minjae tiada di situ. Keluhan kecil terkeluar dari mulut aku sebelum aku sambung berjalan ke taman.
Sampai sahaja di taman aku namapak Janet dan Yeonjun sedang berbual mesra. Untunglah mereka, suka sama suka.
" Hoi korang nak bercinta ke belajar ni?" Soal aku lalu duduk di arah bertentangan dengan mereka berdua di pondok itu.
" Alah relaks lah, ramai lagi yang tak sampai lagi." Kata Yeonjun yang pandangannya tak lepas dari wajah Janet.
Aku membawa keluar telefon aku, sengaja nak buat nampak macam busy. Padahal satu chat pun tak ada.
Tak lama kemudian, Hueningkai dan Yong En datang bersama sambil berpegangan tangan. Ini aku tak hairan, tapi apa yang aku hairan si Taehyun dan Jade main suap-suap gummy bear sambil berjalan kearah pondok itu.
" Beomgyu hyung kata dia tiba-tiba ada hal, so dia tak dapat join." kata Hueningkai lalu duduk di sebelah aku dan Yong En di sebelah kirinya.
" Aik Taehyun.. Jade.. ada apa-apa yang kita orang tak tahu ke?" Soal Janet selepas Jade dan Taehyun duduk di arah bertentangan dengan mereka.
" O-ouh.. macam ni.." Muka Jade kelihatan kemerah-merahan.
" Aku confess time rehat tadi.. so dia aku punya sekarang" Kata Taehyun bangga. Dan mata aku terbeliak.
That's mean... aku sorang jelah yang single dekat sini.. Aduh kenapa aku setuju nak buat study group dengan golongan taken ni.
" Dahlah jom belajar" kata aku lalu membuka buku sains.