thirty five

116 19 395
                                    

YONG EN P

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YONG EN P.O.V.

Aku berjalan kearah perpustakaan macam apa yang aku beri tahu kepada kawan-kawan aku sebelum mereka pulang. Sedang berjalan ke perpustakaan, tiba-tiba aku rasa seperti sedang diperhatikan.

Aku menoleh namun tiada kelibat pelajar pun di koridor tersebut, jadi aku berpaling semula dan ..

KEDEBUKKK.

" Adoii! "

Rasa seperti aku terlanggar dinding , jadi aku dongak dan melihat kehadapan.

" Hey, Awak ni Yong En kelas Star kan?" seorang lelaki berambut ungu membantu aku bangun dari lantai.

" Eh.. awak ni kawan BIC kan... kejap apa eh nama awak?" kata aku sambil menepuk debu dari skirt.

" Saya Seongjun, orang panggil saya Castle J." Kata Castle J dengan ramah.

" Hi Seongjun, awak tak kesahkan saya panggil awak Seongjun."

" Kalau awak, saya tak kesah. Eh awak nak pergi mana?" soal Castle J.

" Pergi library, nak ikut?" cadang aku.

" Uhm boleh juga, jom." kata Castle J lalu memberi laluan untuk aku jalan dahulu.

Tak sampai beberapa minit kemudian, kami tiba di perpustakaan. Keadaan seperti biasa senyap sunyi.

" Awak nak buat apa dekat library?" soal Castle J.

" Peperiksaan akhir tahun dah nak dekat, so saya nak mula buat revision." kata aku lalu berjalan kearah bahagian sejarah.

" Bukan ke peperiksaan akhir tahun 1 bulan lagi?"

" But it's doesn't hurt to start now" kata aku lalu mencapai buku yang aku inginkan di bahagian sejarah.

" Kalau macam tu boleh lah kita belajar sekalikan? "

" Boleh, nah ambil buku ni dan tunggu dekat meja tu. Nanti saya datang dengan buku latihan." Kata aku lalu menolak tubuh Castle J ke arah meja.

Walaupun dia tak terkesan pun dengan tolakkan yang aku beri dia tetap pergi ke meja kosong.

Selepas buku soalan untuk dibuat sebagai latihan, aku berjalan kearah meja yang Castle J duduk sebentar tadi. Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan dia.

" Seongjun.. jom mula belajar"

" Oh okay, kita start dari bab mana?"

" Bab pertama" jawab aku sambil membelek buku nota.

Kami mengambil masa 10 minit untuk membaca seluruh bab pertama sebelum membuka buku soalan untuk menjawab soalan.

" Jawapan dia, Silla?" tekaan yang dibuat oleh Castle J mengundang tawaku.

" Apa pula Silla? Ini lepas Tiga kerajaan tu."

" Apa dia... Ohhh Goryeo?" teka Castle J lagi.

" Betul!" Kata aku dengan bangga lalu kami bertepuk tangan.

❝ acadeмy мoa ❞Where stories live. Discover now