Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beomgyu dan Hazel berjalan bersebelahan dalam keadaan senyap pada petang itu.
" Nak pergi makan tak sebelum balik rumah?" soal Beomgyu.
" Boleh juga. Tapi, Gyu kena belanja." kata Hazel sambil menayangkan senyuman biasanya.
" No problem" kata Beomgyu selamba.
Mereka berdua singgah ke restaurant makanan segera untuk makan malam.
Hazel kearah kaunter terlebih dahulu untuk memesan makanan. Beomgyu berjalan di belakang Hazel.
" Ye nak pesan apa?" soal pekerja itu.
Hazel melihat papan iklan di atas sementara pekerja itu melihat Hazel dari atas ke bawah. Beomgyu perasan akan tindak-tanduk lelaki itu.
" 1 family bucket " kata Beomgyu sambil memeluk pinggang Hazel.
Hazel menoleh dan melihat wajah Beomgyu. Hazel terkejut dengan tindakkan Beomgyu namun dia hanya membiarkan sahaja.
" Okay. Nak air apa?" soal pekerja lelaki itu.
" Sprite dua" kata Hazel.
Tak lama selepas itu, pekerja itu menyerahkan dulang yang berisi pesanan mereka tadi. Beomgyu menghulurkan black card kepada pekerja itu sebelum membawa dulang tersebut bersama mereka ke tempat duduk.
" Kenapa Gyu order yang family bucket punya? Siapa nak habiskan?" soal Hazel sebaik sahaja melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
" Lah kita kenalah praktis makan yang family bucket punya sebab tak lama lagi kita akan ada family kita sendiri." kata Beomgyu dengan senyuman nakal.
Hazel melihat kearah lain untuk menyorokkan senyuman. " Siapa kata Hazel nak kahwin dengan Beomgyu?"
" Gyu tetap nak Hazel walau apa pun terjadi." kata Beomgyu kali ni dengan nada serius.
Hazel melihat kearah Beomgyu dan merenung mata Beomgyu. Bak kata orang mata tak akan membohong.
Hazel mengambil seketul ayam popcorn mengunakan chopstick nya sebelum menyuap Beomgyu.
" Gyu.. Please jangan letakkan kepercayaan pada Hazel tinggi sangat.. Hazel takut Hazel tak dapat nak buat Gyu bahagia " jawab Hazel. Beomgyu tersenyum pilu lalu mengangguk tanda faham.
Mereka berdua menjamu selera makan malam yang ala kadar itu. Sempat Hazel dan Beomgyu menangkap gambar satu sama lain dan selfie.
Selesai makan mereka berdua keluar dari restaurant makanan segera itu.
" So nak pergi mana lepas ni?" Soal Beomgyu.
Hazel melihat jamnya yang menunjuk nombor 8. Masihawal.. apakataakugunapeluangni. Suara hati Hazel berbicara.