Berderu air laut menyapa pantai sambil angin laut menampar lembut wajah remaja-remaja itu. Selepas penat bermain di taman tema itu mereka semua pergi bermain di persisiran pantai.
Taehyun, Jade , Hueningkai dan Yong En bermain di air cetek. Manakala Minjae , Soobin, Yeonjun dan Janet pergi jalan-jalan di persisiran pantai. Hazel dan Beomgyu di tinggalkan untuk duduk di tikar yang mereka bawa.
“ Uhm .. Gyu ” panggil Hazel.
“ Ye? ” soal Beomgyu dengan senyuman di wajah lalu melihat kearah Hazel.
Hazel merenung Beomgyu. Patut ke aku tanya dia tentang apa yang dia cakap dekat permainan tadi.
“ Yah jangan renung lama-lama sangat. Takut jatuh cinta ” kata Beomgyu lalu tertawa.
“ Tsk tak inginlah ” kata Hazel lalu mejeling kearah Beomgyu.
“ Yelah tu, tak apa. Aku faham. Tak salah kalau nak ada crush kat aku. Semua perempuan pun mesti akan ada ter crush dekat aku walaupun sikit ” kata Beomgyu dengan riaknya.
“ Ceh yelah tu. Then, apa yang kau cakap time kita naik ride tu apa? ” kata Hazel. Beomgyu tersedak air liurnya sendiri.
“ Kau ada crush dekat aku ke aku ada crush dekat kau sekarang ni? ” sa Hazel sambil tersenyum senget.
“ Jom join mereka main air ” kata Beomgyu lalu bangun dari tikar. Kasutnya ditanggalkan sebelum dia berlari keanak-anakkan kearah Taehyun dan yang lain-lain.
“ Sengaja je dia ubah topik ” kata Hazel yang turut bangun dan menanggalkan kasutnya sebelum kearah mereka dengan pasrah.
Apabila petang sudah hampir berganti malam, mereka memutuskan untuk pulang ke rumah. Seorang demi seorang dihantar pulang ke rumah masing-masing oleh Soobin dan Yeonjun.
Sampai sahaja di rumah,
Janet masuk ke dalam rumah dengan senyap kerana tak nak sesiapa perasan namun harapannya meleset apabila Jessie menuruni tangga.
“ Ha! Balik pun anak bongsu ni ” kata Jessie. Sengaja suaranya di kuatkan agar Puan Kim dan Tuan Kim dengar.
“ Ha Janet!? Mana kamu pergi, pukul 9 baru nak balik? ” soal Puan Kim lalu kearah anak bongsunya itu.
“ J-janet pergi keluar dengan kawan-kawan lah, kan dah bagi tahu omma pagi tadi ” jawab Janet.
“ Hahaha habislah kau ” kata Jessie sebelum berjalan ke dapur.
“ Lelaki ke perempuan? ” soal Puan Kim dengan tegas.
“ Apa? ” soal Janet. “ Kawan kamu yang kamu keluar dengan mereka tu lelaki ke perempuan?” soal Puan Kim sambil bercekak pinggang.
“ Dua-dua jantina tu ada ” jawab Janet dengan jujur.
“ Pergi mana sampai lewat macam ni? ” soal Puan Kim lagi.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
Diversos❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020