“ Okay nice. Kita boleh gerak sekarang ” kata Yeonjun lalu mengzipkan beg galasnya.
Mereka berlima keluar dari khemah. Langkah mereka diaturkan dengan pantas ke jalan masuk ke laluan yang mereka masuk pagi tadi. Laluan yang sama dia gunakan pada awal pagi tadi untuk mendaki bukit tersebut.
Setengah jam kemudian, hari menjadi makin gelap tanpa sinaran bulan kerana dilindungi oleh awal gelap. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Akibatnya mereka berlima turut basah lencun. Namun mereka tak mengambil kisah tentang keadaan sendiri dan terus berjalan dilaluan yang dilalui pagi tadi
“ Cish hujan pula, mereka berlima masih tak kelihatan ” kata Beomgyu lalu menyepak batu ditepinya.
“ Kita dah sampai checkpoint kedua ” kata Taehyun dengan nada serius.
“ Mereka mesti ada dekat-dekat sini, kita berpecah ” kata Soobin sambil menolak rambutnya ke belakang.
Mereka berpecah dan mencari di sekitar kawasan checkpoint kedua. Yeonjun berjalan di celah pokok dan semak samun tiba-tiba dia terasa seperti terpijak sesuatu yang lembut. Terus pandangannya di alihkan ke tanah.
“ Omo- KORANG! AKU DAH JUMPA PLUTO ” jerit Yeonjun apabila melihat kelima-lima ahli PLUTO itu terbaring di lantai hutan itu.
Yeonjun terus berlari kearah tubuh Janet. Di tubuh Janet sudah ada satu jaket, jadi Yeonjun tak mengeluarkan jaketnya.