Pagi itu Hayden sudah bersiap untuk ke universiti. Hazel pula masih menunggu Kris di biliknya namun lelaki itu belum muncul lagi dari kelmarin.
Ingatkan pagi ni dia dah ada rupanya masih belum ada.
Hazel mengeluh perlahan. Beberapa minit berlalu dia pun keluar dari biliknya apabila Kris masih belum memunculkan diri.
Dia sengaja ke nak buat aku risau atau dia ada marahkan sesuatu dekat aku?ATAU Kris dah kembali ke dunia dia?tak...tak mungkin. Dia kata masih lama lagi dia akan kembali ke dunia dia.
Hazel menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kalau orang tengok dia waktu ini mesti diorang dah cop Hazel ni bukan manusia normal.
"Oi Hazel yang kau termenung sana tu kenapa?nak tunggu jodoh sampai ke?" Hayden menepuk dahinya. Apalah nasib dapat adik macam ni.
"Kau ni suka sangat buat orang terkejut. Kalau aku termenung tunggu jodoh pun bukan masalah kau juga,"
"Eleh dah pandai adik aku sekarang ni. Jomlah...gerak kang kau kena denda pula lambat masuk kelas. Jangan salahkan aku pula,"
"Eleh kalau aku lambat kau pun kena juga. Adil dan saksama!full stop. Dah jom gerak," Hazel mendahului abangnya keluar dari rumah. Hayden sempat lagi menjelirkan lidahnya ke arah Hazel.
Dari jauh Kyra melihat Xander dengan perasaan yang tidak puas hati. Kenapalah dia suka sangat berkawan dengan perempuan tu. Kyra berasa sangat geram apabila dia ternampak Hazel yang sudah pun sampai.
"Kenapa balik awal sangat kelmarin tu?kesian saya kena buli oleh mereka,"
"Yeke?kesiannya. Itu maksudnya ada diantara mereka dah fall in love dekat kau. So lain kali hati hati jangan terlalu handsome sangat bila nak jumpa diorang,"
kata Hazel sambil ketawa."Tapi macam mana juga kalau muka saya ni memang handsome?just kidding hehe," Xander tersengih. Sekali sekala puji diri sendiri tak apa kan?
"Kalau handsome pun buat buat tak handsome lah. Apa kata kau selekehkan diri kau sendiri," Hazel tersenyum senget.Gila!
Membulat mata Xander mendengar balasan Hazel. Aku?selekehkan diri sendiri?
"Oh no tak beta aku nak buat macam tu sungguh kejamnya kawan aku yang sorang ni," Xander menggelengkan kepalanya. Jatuh aset aku babe!
"Taklah saya gurau je tadi.Kau jangan buat betul-betul pula. Nanti peminat kau tu pun nak menjauh dari kau,"
"Itu yang bagus. Aman hidup kan?"
KRING...
"Jom masuk kelas cepat..."
Hazel dan Xander terus berlari menuju ke kelas mereka. Kyra yang tadinya tercegat di pagar sekolah juga turut mengikut mereka dari belakang.
Tiba-tiba kaki Kyra tersadung lalu dia terjatuh. Xander terus berhenti apabila terdengar Kyra yang mengerang kesakitan. Itulah akibatnya kalau jalan tak pakai mata haha.
"Hazel kau masuk kelas dulu. Saya nak tolong Kyra kejap ni,"
"Oh okey..." Hazel sempat melihat Kyra yang sedang memegang kakinya. Mukanya pula berkerut menahan sakit.
Xander membantu Kyra. Nasib baik aku kesiankan kau sedikit hari ini kalau tak aku tak akan bagi muka pun dekat kau.
"Xander I tak boleh jalan ni. Kaki I sakit sangat..." Kyra memegang erat tangan Xander takut kalau terjatuh pula.
"Jadi kau nak suruh saya angkat kau ala-ala bridal style gitu?kau ni memang orang dah tolong macam ni dia pula yang nak melebih. Kaki kau yang setakat tersadung sikit ni takkan tak boleh jalan terus?saya pelik dengan drama kau ni...hebat sangat," kata Xander. Geram pula dia dekat minah ni. Menyesal tolong dia tadi.
"Tak I tak tipu you Xander. Kaki I ni sakit sangat. Help me please," ujar Kyra yang sudah mula merayu.
"Saya tengah tolong lah ni bangang. Dahlah mengada sangat nak minta kena angkat tak tahu malu betul,"
Kyra menahan amarah dalam diam. Xander kaulah orang kedua yang paling jahanam pernah aku kenal selepas Kris.
"Sampai sini je. Kau jalanlah sendiri pergi kelas kau," Xander terus menarik tangannya dari pegangan Kyra. Bukan main erat lagi dia pegang macam tak nak lepas pun ada.
"Macam mana nak jalan kalau kaki I masih sakit lagi. You tak kesiankan I ke?" Kyra sengaja membuat muka minta kesiannya yang lebih kepada fake padahal kaki dia tak sakit mana pun.
"Muka saya lah nak kesiankan orang macam kau. Mahu tidak mahu je saya tolong kau tadi tu. Kau jangan anggap saya tolong kau saya dah maafkan apa yang kau dah buat dekat abang saya dulu!"
"Xander itu perkara masa lalu buat apa nak ungkit balik?lagipun masa tu bukan kau yang sakit hati kan?but now I'm feeling regret for what I've done to your brother that time. Please, I'm begging you Xander. Saya betul betul nak jumpa Xavier tolong beritahu saya dimana dia sekarang?I miss him so much," air mata Kyra mula mengalir dengan deras.
Betul kata abangnya kalau Xavier dah bencikan dia mesti Xander pun akan bencinya juga. Dia sedar dia salah waktu itu tapi dia tidak berniat pun untuk menyakiti hati Xavier. Dia tidak ada jalan lain selain mempergunakan Kris iaitu bestfriend Xavier ketika itu.
Xander tersenyum sinis. Aku ingat kau tak sedar diri akhirnya kau menyesal pun.
"Buat apa kau nak merayu dekat saya?remember Kyra masa tak boleh diputarkan kembali. Sekali kau sakitkan hati seseorang belum tentu kau akan diterima semula suatu hari. Untuk apa kau nak rindukan Xavier kalau dia sendiri dah benci kau?you just wasting your time Kyra,"
Enjoy🍀
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Romantizm#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...