LFDW - Chapter 45

1.3K 124 0
                                    

Hazel dan Hayden masing-masing berdiam di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke airport

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hazel dan Hayden masing-masing berdiam di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke airport. Hazel perasan akan perubahan abangnya begitu juga dengan Hayden ketika itu.

Hazel mengeluh perlahan. Apa yang dia tengah fikirkan sekarang adalah Shawn. Dia ingin mencari jalan macam mana untuk tidak berserampak dengan lelaki itu lagi.

Hayden pula sudah mula tidak selesa untuk tinggal di rumah itu setelah mengetahui yang Kris sudah meninggal dan apa yang lebih dia risaukan Hazel bercinta dengan Kris. Kalau manusia tak apa lah juga tapi ni hantu.

Tepat jam 7:00 malam mereka pun sampai di airport. Dari jauh lagi kelihatan Sebastian dan Katherine melambaikan tangan ke arah anak kesayangan mereka.

"Mumy...daddy..." jerit Hazel dengan gembira sekali.

Hazel mendakap kedua dua tubuh ibu bapanya untuk melepaskan rindu begitu juga Hayden. Hilang segala yang difikirkan mereka tadi ketika ini.

"Macam mana keadaan anak mama sekarang?sihat tak?" tanya Katherine sambil mengusap kepala Hazel.

"Kami sihat. Mumy dan daddy pula?" tanya Hayden dan Hazel serentak.

"Okey. Semuanya baik baik. Sepanjang mumy dan daddy tak ada di rumah macam mana?ada apa-apa yang berlaku?" kata Sebastian pula.

Hayden dan Hazel serentak menggelengkan kepala walaupun banyak yang terjadi ketika ibu bapa mereka tiada di rumah tapi memandangkan kedua duanya sporting mereka hanya mendiamkan diri.

"Kalau macam tu baguslah. Jom kita pergi dinner lepas tu jalan jalan kejap.
Hazel, Hayden kamu berdua dah mengantuk ke ni?" tanya Katherine.

"Taklah kami tak mengantuk mumy," kata Hazel tersenyum.

"Good. So jom kita gerak,"

Xavier meletakkan motor berkuasa tingginya di tempat parking. Helmet dibuka dan sempat mengemaskan rambut messynya. Handphone dibuka kejap untuk melihat chat dari whatsapp. Setelah itu dia pun bergerak masuk ke dalam mall.

Mana pula makanan favourite aku ni selalunya masih banyak stock lagi. Getus dalam hati Xavier. Malam malam pun boleh craving lepas tengok iklan makanan di youtube.

Xavier menuju ke belakang tempat menjual pelbagai jenis makanan dari negara yang berbeza. Ouh that is!Aku dah nampak dah makanan favourite aku.

Xavier tersenyum tetapi langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat susuk tubuh yang dia amat kenali.

Mata Kyra tidak berkelip sebaik sahaja melihat Xavier yang hanya beberapa jarak dari tempat dia berdiri.

Xavier mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hilang terus mood dia ketika ini. Ingat dah tidak boleh lihat muka orang yang dia benci rupanya sangkaannya itu salah.

Tanpa membuang masa Xavier terus mengambil beberapa bungkus makanan kegemarannya. Kyra melangkah beberapa tapak sampailah kedudukannya dekat dengan Xavier.

"Xavier you masih marahkan I ke?I minta maaf Xavier I tak sepatutnya buat you macam tu tapi sumpah I betul betul masih cintakan you. Please we get back again?" rayu Kyra dengan linangan air matanya.

Xavier tetap diam. Kata-kata Kyra itu bagaikan angin berlalu sahaja dibuatnya.

"Xavier please...say something I miss you so much Xavier," Kyra cuba memegang tangan Xavier namun Xavier pantas berundur ke belakang.

Kyra menunduk memandang ke bawah. Dia menahan tangisan yang semakin menjadi jadi. Beberapa orang yang berada di mall itu memandang ke arah Kyra dengan pandangan menyampah.

"I sedar apa kesilapan I. Tapi tak boleh ke kalau you bagi I peluang kedua?bukan semua orang berhak untuk diberi peluang kedua?"

"Bitch listen here carefully!Girl like you not deserve to get a second chance. Kau boleh blah dengan rayuan tak guna kau tu!" hambur Xavier dengan amarah yang membuak-buak.

Xavier terus melangkah dari situ namun Kyra hanya mengikuti langkah Xavier. Baginya inilah peluang yang dia ada untuk mendekati Xavier dan dia tidak akan sia-siakan.

Xavier mengetap bibirnya dengan geram apabila perasan yang Kyra hanya mengikutinya dari belakang.

Selesai membuat bayaran Xavier pun keluar dari mall. Dalam hati dia berharap agar Kyra tidak mengikutinya namun ternyata dia silap lagi buat kali yang kedua.

"Xavier please...you tak kesiankan I ke?"

Diam.

"Xavier please..."

Diam.

"I minta maaf sebab putuskan hubungan kawan you dengan Kris,"

Langkah Xavier terus terhenti. Dia memusingkan badannya menghadap Kyra.

"Aku tak nak dengar kau sebut nama dia depan saya. Kau tak layak sebab kau pembohong!"

"Tapi Kris cintakan I sangat ketika itu dan I tak boleh buat apa-apa dan masa tu juga I cintakan you,"

Xavier yang tidak dapat mengawal kemarahannya segera menolak Kyra sehingga gadis itu terjatuh.

Hazel yang baru sahaja berlalu di tempat itu dan secara tidak sengaja melihat Xavier menolak Kyra lantas menuju ke arah mereka apabila perasan yang Xavier seperti tidak dapat mengawal kemarahannya.

"Kau memang perempuan tak sedar diri!"

"Xavier...please forgive me," rayu Kyra lalu berdiri. Bahunya terhinjut hinjut menahan tangisan.

"Dan aku tak akan sekali pernah maafkan perempuan macam kau!never!"

"I buat macam tu sebab I tak cintakan pun Kris tapi dia yang cintakan I sepenuhnya,"

"Tapi kau sedar tak yang kau dah sakitkan hati dia!kalau kau tak cintakan dia kenapa kau terima dia?kau memang terlebih bodoh!"

"I buat macam tu supaya I boleh dekat you sebab you dengan Kris kawan baik,"

Panas hati Xavier mendengar balasan Kyra. Dia terima Kris hanya untuk dekat dengan aku supaya dia boleh bercinta dengan aku?

"Kau memang tak guna!" Xavier yang baru sahaja ingin menampar Kyra dihalang oleh Hazel.

Kyra berasa terkejut dengan tindakan Hazel. Tamparan itu bukan hinggap di pipi Kyra tetapi terkena Hazel.

"Ha...Hazel..." kata Kyra.

Hazel hanya mengabaikan rasa sakit di pipinya. Dia memandang Xavier penuh rasa kecewa.

"Xavier...kalau kau marah sekali pun janganlah sampai nak naikkan tangan dekat perempuan,"

"Jangan masuk campur urusan saya Hazel!kau tak rasa apa yang saya rasa dan kau bukan yang lalui apa yang saya lalui!"

Kyra menangis teresak esak di belakang Hazel.

"Kau bukan Xavier yang saya kenal 9 tahun yang lalu. Kau berubah begitu banyak Xavier. You said that Im not a weak girl then I prove it to you right now," kata Hazel.

Xavier terkedu. Kenangan masa lampau terus bermain di fikirannya. Kyra pula bingung. Diorang ni pernah jadi kawan baik ke?



Enjoy🍀

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now