LFDW - Chapter 14

2.1K 231 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tak salah dengar kan?lelaki dingin ni puji aku?this is unbelieveable. Ala Jangan perasan sangat Hazel mungkin dia hanya berpura-pura. Bisik dalam hati Hazel.

Xander mengalihkan pandangan ke arah Hazel. Buku ditutup lalu disimpan di dalam laci meja.

"Saya bukan ulat buku. Saya berlakon je tadi sebab hati saya ni tak henti berdegup tengok kau masuk dalam kelas tadi dan tak sangka pula kau duduk di sebelah meja saya," kata Xander yang hanya berterus terang tanpa berselindung.

"Ceh...ingat dingin rupanya nak ambil kesempatan pula,"

"Saya tak ambil kesempatan. Tapi jujur saya katakan kau dah berjaya buat degupan jantung saya tak menentu,"

"Apa yang saya dah buat sampaikan begitu jadinya?kau ni ada-ada ajelah," kata Hazel sambil menggelengkan kepala. Dia ni salah makan ubat ke apa.

"Sebab ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik pada kau. Nak tahu apa?kau tak boleh taulah,"

Hazel mencebik geram. Punyalah excited aku nak tunggu jawapan dia tadi.

"Xander kau ni memang jenis macam ni ke?kejap betul kejap tak betul. Saya yang baru kenal kau beberapa minit pun dah rasa macam kenal kau bertahun-tahun,"

"Oh yeke?saya rasa saya dah kenal kau lama dah. Tapi mungkin kau dah lupa sebab perkara tu dah terlalu lama tak payah ingat lagi,"

Hazel mengerutkan dahinya. Apa yang tak kena dengan dia ni. Entahlah apa yang merasuk jiwa dan raga dia tu.

"Kau memang sengaja ke?saya rasa kau salah makan ubat atau terlebih makan ubat. Saya tak perlu ingat pun siapa kau lagipun saya ni seorang yang mudah pelupa walaupun benda tu baru terjadi hehe..." ujar Hazel yang hanya berterus terang.

"Maksudnya kau akan lupa saya lepas ni lah?oh that's so sad. Kalau macam tu kita tukar otak amacam?" kata Xander.

"Kau ni memang otak senget ke?tak adalah sampai macam tu. Kau ingat ni dunia fantasi ke apa?"

"Kalau kau nak tahu saya dan kau memang bukan dalam dunia fantasi tapi cinta kita berdua ya," kata Xander lalu mengenyitkan matanya.

Rasa macam nak muntah pula.

"Xander...you kata you nak temankan I pergi cafeteria rupanya sibuk bercakap dengan perempuan ni sampai tak ingat dunia. Hei perempuan tak tahu malu ke!kau jangan fikir kau cantik kau boleh rampas dia!" jerkah seorang perempuan sambil menudingkan jarinya tepat ke arah Hazel.

Oh perempuan ni pula yang buang bola masa aku nak lalu koridor tadi. Ceh!rampas?apalah sangat Xander ni yang tak setanding Kris aku. Eh kesana pula aku fikir.

"Kyra!saya tak ada kata pun saya nak temankan kau pergi cafeteria atau kau yang tak ingat dunia ni. One more thing, saya tak suka kau layan Hazel macam tu!" Xander merenung tajam ke arah anak mata Kyra.

Hazel hanya diam tak bersuara. Aku tak nak perkara ni bertambah besar selagi perempuan ni tak buat sesuatu yang boleh mencabar aku selagi tulah aku tetap diam.

Kyra menjeling Hazel dengan penuh kebencian. Hatinya tak puas hati kenapa Xander harus backupkan Hazel sedangkan mereka baru sahaja kenal.

"Xander apa yang menarik sangat dekat perempuan tak sedar diri ni sampai you berubah macam ni?dulu okey je pun tapi sekarang you dah mula nak tinggikan suara dekat I,"

Dalam hati Hazel sudah terasa panas. Aku perempuan tak sedar diri?hell. Sabar, Hazel
sabar. Getus dalam hati hazel.

Semua pelajar di dalam kelas mula memandang ke arah merela bertiga. Dapat tengok wayang free lah konon.

"Watch your mouth Kyra!"

Xander mula berdiri dari kerusinya.
Perempuan ni yang tak sedar diri kalau boleh aku nak ajar dia cukup cukup.

"Xander dahlah tu," kata Hazel yang cuba menenangkan Xander daripada terus bertindak membuat sesuatu dari luar jangkaan.

Kyra menjeling sekilas Hazel. "Hoi perempuan!kau penyebab semua ni terjadi!kenapa eh kau pilih sekolah ni atau kau sengaja nak dekat Xander sebab nak famous?" Kyra terus menolak bahu Hazel dengan kasar. Sungguh dia tidak sukakan kehadiran Hazel itu.

"Kyra dahlah tu. Jom masuk kelas cikgu dah ada tu," ujar seorang rakan Kyra.

"Kau tunggu pompuan!" marah Kyra kepada Hazel sebelum keluar dari kelas. Otaknya mula memikirkan rancangan jahat untuk mengenakan Hazel.



Enjoy🍀
🔥Jeng..jeng..jeng..watak jahat dah muncul.

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now