Xavier memuka aplikasi calander di dalam iphonenya. Apa aku nak surprisekan dia?aku nak buat persediaan awal supaya aku boleh rancang benda lain yang aku nak buat. Bisik dalam hatinya perlahan.Xavier mula mundar mandir di luar kedai mewah yang menjual pelbagai jenis rantai dan cincin. Takkan kot aku nak bagi dia cincin. Rantai?erm bolehlah.
Dia pun melangkah masuk ke dalam kedai itu dan mula menjalankan misi untuk mencari rantai yang sesuai untuk Hazel.
Dia sesuai guna design yang macam mana ek? bisik dalam hati Xavier."Boleh saya bantu?" ujar salah satu pekerja di dalam kedai itu. Sedari tadi pekerja itu melihat Xavier seperti ada kesukaran dalam membuat pilihan rantai.
"Tak apa. Terima kasih," balas Xavier. Pekerja itu mengangguk seraya tersenyum manis sebelum berlalu.
Lama Xavier memandang rantai yang berdesign🌙 dan ada ring berwarna emas pada rantai itu. Dia tersenyum lalu memilih rantai itu untuk dijadikan hadiah kepada Hazel.
Setelah siap membuat bayaran Xavier pun terus berlalu keluar dari kedai itu namun langkahnya terhenti apabila terserampak dengan Kyra.
Kyra hanya menunduk dan terus pergi. Aik bukankah sepatutnya dia berada di lokap ke?
"Kyra tunggu!" jerit Xavier.
Langkah Kyra terus terhenti.
"Tolong jangan ganggu aku Xavier!tolong bantu aku Xavier!" kata Kyra secara tiba- tiba seperti orang yang mental.
"Kau ni dari mana?kau bukan sepatutnya berada di lokap ke?apasal kau berkeliaran?" tanya Xavier bernada serius. Dia pelik dengan Kyra yang berpakaian seperti orang sakit jiwa yang berada dalam tahanan namun berkeliaran di kawasan bandar.
Tiba-tiba tiga orang anggota polis meluru kearah Kyra dan menggari tangan gadis itu.
"Lepaskan aku!kalau tak aku bunuh korang satu per satu!lepaslah!aku tak nak ikut!" Kyra meronta ronta ingin dilepaskan.
"Maafkan kami kalau perempuan sakit jiwa ni ganggu kamu tadi. Dia melarikan diri dari hospital dan cuba membunuh lima orang doktor yang bertugas dalam hospital tadi,"
Xavier tidak bersuara. Sampai sakit jiwa?boleh tahan juga Kyra ni.
Sebelum pulang ke rumah Xavier sempat ke rumah Hazel. Walau macam mana sekali pun aku tetap tak akan putus asa.
Hayden mempelawa Xavier masuk dan ketika itu Hazel sedang memasak di dapur.
"Hazel mana?dia macam mana sekarang?" tanya Xavier yang seperti sangat mengambil berat akan Hazel.
Hayden dah agak dah apa yang Xavier nak tanya. Tak payah nak ingat pun sudah set dalam otak.
"Syukur, dia semakin pulih sekarang ni. Dia ada dekat dapur. Kenapa nak aku panggil dia?" kata Hayden sambil tersenyum penuh makna. Macam dia tak tahu yang Xavier ada perasaan dekat adiknya.
"Tak apalah-"
"Hayden-" terus terhenti Hazel berkata sebaik sahaja sedar akan kehadiran Xavier di ruang tamu rumah.
Katherine yang baru turun dari tangga tersenyum melihat Xavier.
"Alang-alang Hazel yang masak hari ini kita lunch sama-sama ya Xavier. Tak perlu segan buat macam rumah sendiri," kata Katherine yang membuatkan Hazel berasa geram.
Aissh kenapalah mumy terlalu baik layan lelaki ni. Getus dalam hati Hazel.
"Tak apa-" ayat Xavier dipintas lagi.
"Tak ada tapi tapi. Apa kata orang rezeki jangan ditolak lagi lagi masakan tu air tangan bakal...eh bakal lah pula eh apa aunty nak cakap tadi aduh dah lupa,"
Katherine memarahi dirinya sendiri dalam hati. Adui mulut aku ni suka main lepas. Tengok dah kantoi dah.Hayden sudah tersenyum-senyum. Xavier pula faham akan maksud itu cuma dia buat-buat tak tahu. Hazel pula makin bertambah geram dibuatnya.
Di meja makan Xavier duduk bertentangan muka dengan Hazel. Kau rasa?
Katherine pula duduk di sebelah Hazel dan Hayden duduk di sebelah Xavier.
"Hazel tolong ambil lauk tu letak di pinggan Xavier," arah Katherine secara tiba-tiba. Hazel hanya menjeling geram dan senyuman manisnya pula hanya dibuat-buat.
Kau tengok apa aku buat. Rasakan sambal paling pedas buatan dari aku kalau kau tahan pedas. Bisik dalam hati Hazel.
Beberapa lauk di letakkan di atas pinggan Xavier begitu juga dengan sambal paling pedas made by Hazel.
Xavier hanya tersenyum."Terima kasih," ucapnya. Hazel membalas senyuman itu dengan smirk.
Tidak beberapa lama Xavier mula berpeluh. Air di gelasnya sudah habis diminum akibat kepedasan.
"Hazel bagi air tu dekat Xavier," kata Hayden.
Hazel yang terlalu khusyuk memandang Xavier dengan satu senyuman sinis tidak sedar memberi gelasnya kepada Xavier.
Langsung sahaja Xavier meneguk air itu. Fuh boleh tahan pedas giler sambal ni.
Hayden sudah menahan tawa dalam diam. Khusyuk sangat tengok muka Xavier sampai adik aku tak perasaan yang dia dah bagi gelas dia dekat Xavier.Alahai.
Hazel ingin mencapai gelasnya yang diletakkan di sisi namun tiada. Aik!mana perginya gelas aku tu.
Lama kelamaan Hazel baru tersedar.
WHAT!!!OH NO!!!
Enjoy🍀
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Storie d'amore#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...