LFDW - Chapter 58

1K 84 3
                                    

Kris mulai berasa risau kerana sudah berjam menunggu Hazel namun gadis itu masih belum kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kris mulai berasa risau kerana sudah berjam menunggu Hazel namun gadis itu masih belum kelihatan. Dia juga merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena terjadi pada gadis itu.

Sofia dan Jade yang tertunggu tunggu kehadiran Hazel sedari tadi terus masuk ke dalam mall.

Di dalam mall mereka secara tidak sengaja ternampak Kris yang seakan menunggu seseorang dan pastinya orang itu adalah Hazel. Mereka pun segera menuju ke arah lelaki tampan itu.

"Kris..." panggil Jade.

Kris segera menoleh kearah pemilik suara itu. Dahinya berkerut apabila melihat hanya Jade dan Sofia yang berada di hadapannya. Bukan semestinya Hazel pun ada bersama mereka tapi kenapa tak ada.

"Hazel pergi mana?tadi dia ada dengan kamu ke?" tanya Kris.

"Dah lama saya tunggu Hazel tapi sampai sekarang masih belum kelihatan lagi. Bukankah dia pergi jumpa kamu berdua di luar mall?" balas Kris yang mulai kerisauan.

Jade dan Sofia saling berpandangan. Masing masing tidak tahu bagaimana mereka ingin menjelaskan kepada Kris. Mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menjelaskan semua pada Kris.

"Hazel ada call kami tadi. Kami suruh dia datang di tempat parking sebab lorong di sana sunyi selepas itu kami tunggu kurang lebih setengah jam tetapi kami tak nampak pun kelibat dia. Kris kami minta maaf sebab ini semua salah kami," ujar Sofia.

"Kenapa korang suruh dia pergi di tempat macam tu!kamu dah tahukan yang tempat macam tu bahaya?kalau ada apa-apa yang terjadi dekat Hazel aku tak akan lupakan kamu sampai bila-bila!ingat tu!" panas terus hatinya apabila mendapat tahu yang Jade dan Sofia menyuruh Hazel datang di tempat letak kereta dimana lorong di kawasan tersebut sunyi.

Sofia dan Jade hanya mampu menundukkan kepala. Mereka langsung tidak berani bersuara apabila melihat Kris yang begitu tegang ketika ini. Sungguh menakutkan!

Hantu ni dah marah. Bayangkan!rasa macam nak ada holy water je sekarang ni. Jade bersuara di dalam hati.

Shawn dengan pantas memasukkan Hazel yang sudah tidak sedarkan diri ke dalam keretanya. Hatinya puas tatkala rancangan pertama dia dan adiknya akhirnya berjaya jua.

Easy!

Dalam perjalanan Kyra menuju ke tempat parking kereta dia terserempak dengan Hayden dan Xander.

"Well hye, long time not see boys," kata Kyra dengan senyuman manis yang hanya dibuat buatnya.

"Menyampah je aku tengok beruk ni," balas Xander.

Kyra tersenyum sinis. "Jangan sampai minta belas kasihan pula lepas ni," ujar Kyra dengan jelingan tajam.

Sejurus berkata Kyra terus berlalu meninggalkan Xander dan Hayden yang masih bingung akan kata-katanya sebentar tadi. Kedua-duanya tidak faham apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Perempuan tu memang dah gila kot..."

Sofia dan Jade berusaha menghubungi Hazel namun panggilan tidak disambut. Lebih daripada 20 missed call dari mereka namun telefon Hazel seperti di off.

"Apa kita nak buat lepas ni?teruk sangat Kris marah tadi. Seram sangat dahlah dia tu bukan manusia. Aku tak fahamlah kenapa Hazel boleh bercinta-"

Sofia lantas menekup mulut Jade.

"Ish...diamlah tak payah sebut ayat tu berulang kali. Kita tak ada hak nak halang dia Jade sebab bukan kita yang lalui apa yang dia lalui. Aku sangat simpati dengan Hazel sebab dia terpaksa lalui semua tu," kata Sofia dengan nada yang amat sedih.

Jade hanya diam. Kata kata Sofia itu telah menyedarkan dia akan sesuatu.

Kris masih berusaha mencari Hazel di sekitar kawasan mall. Sudah berulang alik dia mencari Hazel namun masih gagal menjumpai gadis itu.

Siang mulai barganti malam. Keadaan pun bertukar menjadi gelap dan titisan hujan pula mulai menitik di muka bumi.

Semakin lama hujan turun dengan begitu lebat bersama angin yang bertiup dengan begitu kencang. Keadaan di luar kawasan mall pula menjadi sunyi sepi dan tidak ada lagi orang yang lalu lalang.

Kris terjatuh lemah di atas tangga. Dia merasakan kehilangan Hazel saat ini seperti dia kehilangan nyawa dahulu dan sungguh tidak tertanggung sakit itu.

Kris meraup wajahnya berkali kali. Masa dia untuk berada di dunia ini tidak lama lagi. Mungkin ada beberapa minggu lagi sebelum waktunya tamat. Dan waktu seperti ini jugalah masalah datang melanda. Dia tidak boleh biarkan Hazel kerana masa dia untuk bersama dengan gadis itu tidak akan bertahan lama.

Apa yang terlintas di fikiran Kris saat ini adalah Xavier. Dia yakin Xavier boleh membantunya untuk menyelesaikan perkara ini.

Kris lantas berdiri dari tempat duduknya dan segera ke rumah Xavier.








Enjoy🍀

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now