Hazel berjalan beriringan dengan Kris menuju ke kelas. Hari ini Kris nak teman kan Hazel ke sekolah kalau ikutkan hati Hazel tak mahu dia ikut. Nak tahu kenapa sebab Kris ni balik-balik hilang yang macam halimunan tu. Penat nak cari, taulah dia ni macam ada power.
Hazel menekup bukunya di mulutnya kerana tidak mahu ada pelajar yang perasan dia seperti bercakap seorang diri.
"Kau nak jeleskan aku kan sebab kau boleh hilang?" Hazel memperlahankan suaranya tapi masih jelas didengari Kris.
"Kau nampak aku boleh hilang kan tapi aku tak akan pernah hilang di hati kau cia...cia...cia...jangan balas nanti orang lain nampak kau bercakap seorang diri," kata Kris lalu mengenyitkan matanya.
"Ish diorang tak sedarlah. Kau tak nampak ke buku ni aku guna tekup mulut," Hazel mencebik geram.
"Aku nampaklah Hazelnut. Tengok tu dah ada pelajar yang tengok ke arah kau," kata Kris selamba.
"Cuba takutkan diorang aku nak tengok wayang free ni," kata Hazel sambil tersenyum jahat.
"Betul?nak tengok?" kata Kris lagi.
"Nak sangat," balas Hazel teruja.
Kris pun menuju ke arah dua orang pelajar perempuan yang berdiri di sebelah pintu stor yang berkunci.
Dia masuk ke dalam pintu stor itu dengan cara dia hanya menembusi pintu itu. Di dalam Kris mengetuk pintu itu beberapa kali sambil membuat suara yang seram membuatkan dua orang pelajar itu saling berpandangan.
"Si-siapa kat dalam tu?" terketar ketar suara mereka berkata.
"Toyol," balas Kris dengan suara yang sengaja dibuat buatnya seperti suara toyol. Di dalam hati dia hanya mampu menahan tawa.
"Arghhh...ada toyol di dalam bilik storr...." jerit dua orang pelajar yang mulai ketakutan itu.
Mereka berlari lintang pukang membuatkan beberapa pelajar yang juga menggunakan laluan yang sama turut ikut lari.
Kris kembali menuju ke arah Hazel. Gadis itu menahan tawanya dari terhambur. Aduh boleh pula dia tiru suara toyol tadi.
"Dah puas dah tahan ketawa tu?" kata Kris.
"Puas dah haha. Lepas ni aku nak panggil kau toyol boleh tak?"
Kris menjengilkan matanya. "Berani ke nak panggil?" cabar Kris.
Hazel mengangguk kepalanya laju.
"Hye toyol kenapa warna kulit tu tak hijau hensem pula tu," kata Hazel lalu mengenyitkan matanya.
"Pandai dah buat lawak. Bila nak masuk kelas tak takut cikgu marah ke?"
"Ala dah nak masuk dah ni encik toyol," Hazel sempat menjelirkan lidahnya. Padan muka.
_____________________Waktu rehat Kyra mencari Hazel di kawasan sekolah. Dia mendengus geram kerana masih lagi belum melihat Hazel sejak tadi. Entah dimana perempuan tu pergi pun aku tak tahu.
Kyra segera menuju ke tandas. Pada masa itu Kris menunggu Hazel di luar tandas.
"Kau ni kan tau menyusahkan orang je!aku penat tau cari kau seluruh bangunan tadi!"
Dari luar Kris jelas terdengar suara Kyra yang seperti terjerit jerit mengalahkan nenek tua yang membebel.
Hazel terkejut dengan sergahan Kyra. Datang datang je di tandas lepas tu nak serang orang.
"Aku tak suruh kau cari aku pun yang kau nak sangat pergi cari aku apasal pula?" kata Hazel dengan geram.
"Aku nak tanya kau dengan Xavier berkenal ke?and since when did you guys know each other?kau jawab cepat!"
"Menyampahlah kau ni!sana aku nak keluar," Hazel menjeling tajam ke arah Kyra. Mereka berbalas pandangan sebelum Kyra mencengkam kuat tangan Hazel.
"Kau tak nak jawab?atau kau ni memang nak aku simbah asid dekat tangan kau sekarang ni!" cabar Kyra dengan senyuman sinisnya.
"Sakitlah!kau ni dah gila ke apa haa!" Hazel dengan sekuat tenaganya menarik semula tangannya dari genggaman Kyra.
Kyra mengeluarkan botol kecil yang berisi asid dari pocket seluarnya.
"Kau nampak tak apa ni?kau nak aku simbah betul-betul di muka kau sekarang ke apa?aku suruh jawab tapi kau tak nak jawab!"
"Kyra!"
Dua gadis itu serentak memandang ke arah pemilik suara itu. Kyra cepat-cepat menyorokkan botol asid di pocket seluarnya.
Kris memandang tajam ke arah Kyra. Dia berjalan setapak demi setapak sehinggalah dia berdiri tepat di hadapan Kyra.
"Bagi botol asid tu sekarang!" arah Kris dengan wajahnya yang kelihatan begitu marah.
"K...kau nak buat apa?jangan sakit kan saya Kris...please,"
"Aku just minta botol asid tu!bagi cepat sebelum aku cederakan kau!"
Hazel tidak dapat berbuat apa-apa. Dia pun gerun melihat wajah Kris yang menahan amarah.
"Ta...tapi-"
"Kyra kau faham tak apa yang aku cakap ni!kau nak aku betul-betul cederakan kau ke apa?"
Kyra menahan tangisannya dan dia perlahan lahan memberikan Kris botol asid itu.
"Kalau ikutkan hati, aku nak je simbah asid ni dekat muka kau tapi memandangkan kau belum lagi jelaskan jawapan tempoh hari yang aku minta jadi aku tak jadi buat," Kris terus membuang botol asid itu.
"Sekali lagi kau kacau Hazel taulah apa aku nak buat!" Kris terus membawa Hazel keluar.
Xander cepat-cepat menyorokkan dirinya. Segala apa yang mereka bualkan tadi dia dengari secara tak sengaja.
Kyra menahan amarahnya. Penumbuk dikepalnya.
"Arghhhhh...aku benci kau!kau tunggu lepas ni plan lain pula aku nak buat!"
Xander menekup kedua-dua telinganya. Aduh sakit pula telinga aku ni dengar jeritan Kyra.
Enjoy🍀
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Storie d'amore#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...