LFDW - Chapter 51

1.3K 99 8
                                    

Kyra tersenyum sinis memikirkan plan seterusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kyra tersenyum sinis memikirkan plan seterusnya. Kali ini dia akan cuba lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan musuhnya dan dia juga memastikan plan terakhirnya itu akan berjaya.

Nombor telefon Zara didail.

"Aku nak kau perhatikan langkah perempuan tu tapi ingat jangan sampai kita pula yang termakan jerat sendiri!aku bagi warning awal awal!" keras sahaja nada suara Kyra.

"Tapi aku tak jamin plan ni berjaya atau tidak sebab kau pun tahu kan banyak backup perempuan tu. Dahlah abang kau sendiri pun backup dia. Isy aku tak faham lah," balas Zara dengan geram. Aku dah terjebak dengan rancangan dia ni. Bisik dalam hati Zara.

Kyra mendengus marah.

"Its okey!sebelum kita mulakan plan ni target pertama aku Shawn. Aku nak buat dia bencikan perempuan tu supaya dia boleh support kita."

"Kau rasa kau boleh ke?abang kau tu tak lurus bendul dan dia lebih pintar dari kau."

"Kau ni kenapa?kau nak backup Shawn ke aku?kau tahu tak dah berapa banyak duit aku bagi kau jangan sampai kau pula yang aku target!" Kyra berkata dengan nada yang marah.

Zara tersenyum sinis.

"Relaxlah. Duit tu pun aku belum guna lagi. Sebab apa?aku boleh upah seseorang untuk bunuh orang yang aku tak suka."

Kyra mengepal erat penumbuknya. Kalau boleh telefonnya sekarang akan menjadi mangsa kemarahannya.

"Kau jangan sindir aku Zara!kau kena ingat aku dah bagi kau duit untuk plan ni kalau kau buat hal lain aku boleh buat hidup kau merana. Kau jangan cabar aku Zara!"

Kedengaran tawa Zara di hujung talian membuatkan amarah Kyra semakin membuak buak. Dasar kawan tak kenang budi!

"Kau nak buat hidup aku merana?aku pun boleh buat hidup kau merana. Aku saja nak cuba macam mana rasanya tak ikut arahan kau sebab aku tak suka kau jadikan aku macam pembantu kau walaupun dibayar."

"Fine!mulai dari hari ni aku tak akan anggap kau kawan aku. Bayar semua duit yang aku bagi tak sangka kau penipu rupanya selama ini."

Tut...tut...

Panggilan terus ditamatkan Zara.

"Hello...zara!Zara!"

Kyra yang begitu marah terus membaling telefonnya ke dinding. Dasar perempuan penipu!kau tunggu apa aku nak buat dekat kau lepas ni!


***

Shawn pantas menarik tangan Hazel semasa gadis itu baru sahaja ingin masuk ke dalam cafeteria. Lega hatinya dapat berjumpa Hazel ketika ini.

"I really miss you. Dah lama tak jumpa kau."

Hazel mengahlikan pandangannya ke arah lain. Tarik balik je lah kata-kata kau tu bukan juga aku nak terima. Bisik dalam hati Hazel.

"Saya nak pergi cafeteria ni tak ada masa nak berbual dengan kau."

"But Hazel...saya dah lama tunggu jawapan dari kau and saya rasa kau dah banyak berubah."

"Just let me go Shawn. Kau sendiri pun dah tahu jawapan yang saya tak akan terima kau walau macam mana sekali pun." balas Hazel dan sedaya upaya menarik tangannya dari genggaman Shawn ketika itu.

"Why?sebab apa kau tak boleh terima?is it because kau dah berpunya?" Shawn memegang tangan Hazel lebih kuat.

"Shawn lepaslah!" marah Hazel.

"No...selagi saya belum puas hati jawapan dari kau selagi tu saya tak akan lepaskan."

"Saya dah bagi jawapan tadi kan lepas tu kau nak saya bagi jawapan yang macam mana pula?"

"Just let her go Shawn or I will kick you right now!" kata satu suara tiba-tiba.

Shawn memandang sinis kearah Xavier yang tiba-tiba datang. Dia pun terus melepaskan tangan Hazel.

"Is this your boyfriend Hazel. Ouh patutlah hero kan mesti datang pada waktu yang tepat. Well tak sangka pula korang berdua bercinta." ujar Shawn sambil menepuk tangannya.

"Kalau ya pun kami bercinta jadi kau nak hancurkan kebahagiaan kami atau kau saja nak kacau hubungan kami?" balas Xavier membuatkan Hazel mengerutkan dahinya.

"Kalau ada free time saya nak plan something special terutama sekali untuk kau Hazel. Kau dah buat saya sakit hati berulang kali. Saya dah banyak korbankan masa untuk kau bantu kau tapi kau tak pernah sedar pun semua itu and now kau tunggu apa saya nak buat lepas ni."

"Kau tak payah nak ugut dia dan kau tak berhak bersama dengan dia. Lelaki pembunuh macam kau ni tak layak diberi muka blah lah!"

"Eh kau lagi lelaki paling tak ada guna. Sebenarnya kau pun tak layak juga bersama dengan Hazel. Tahu nak sakitkan hati perempuan je macam kau buat dekat adik aku dulu."

"Kalau boleh dah lama aku buat gigi kau terbang sekarang ni teringin juga aku nak tengok kalau kau tak ada gigi. Tak adalah aku menyampah dengar kau bercakap setiap hari. Dahlah ayat kau ni tak boleh pakai dah mula lah tu nak back up adik dia yang penipu. Dah dapat satu tak cukup nak lagi satu."

"Xavier dahlah tu, kalau nak bercakap dengan orang yang tak reti bahasa melayu sampai terletus perang dunia ketiga pun mungkin belum tentu dia akan faham." kata Hazel lalu membawa Xavier pergi dari situ.

Shawn mengepal buku limanya. Api kemarahannya membuak buak saat itu. Dia memandang tajam ke arah Xavier dan Hazel yang sudah jauh meninggalkannya.


Enjoy🍀

Vote and comment.

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now