Kris memandang segenap ruang rumah lama keluarganya yang terlalu banyak meninggalkan kenangan indah di dalam hidupnya.
Frame yang masih lagi berada di atas meja itu dipandangnya lama. Gambar dimana dia bersama dengan seorang budak perempuan yang mudah setahun darinya. Kebanyakkan gambar semasa zaman budaknya itu tidak dipindahkan ke rumah baru sewaktu mereka sekeluarga berpindah dahulu.
Kris masuk ke dalam bilik yang pernah dihuninya suatu ketika dahulu. Terdapat banyak perubahan di dalam bilik itu memandangkan tiada lagi penghuninya begitu juga dengan keadaan di dalam rumah banglo itu.
Kris menatap gambar dia bersama dengan Hazel dan Xavier semasa mereka bertiga masih lagi kanak-kanak.
Dia sudah sedaya upaya cuba pelbagai cara untuk mengingatkan gadis itu siapa dia namun Hazel seperti masih tidak menyedari apa-apa.
Begitu mudahkah Hazel melupakan kenangan mereka dahulu atau dia lupa memandangkan waktu itu mereka masih lagi kanak-kanak.
I'm sorry Hazel sebab aku pernah cuba untuk lupakan kau dan mengambil jalan untuk bercinta dengan seorang perempuan disebabkan mahu melupakan kisah lalu itu. But I'll promise to myself I will not giving up on you as long I'm still here in this world.
Tak sangka air matanya jatuh jua ketika itu. Kalau dia tidak bercinta dengan Kyra waktu itu mungkin dia masih lagi hidup tapi semuanya berlaku dengan sekelip mata.
Masih terdapat jawapan yang dia belum dapat kenapa semasa dia bercinta dengan Kyra, gadis itu curang di belakangnya. Paling menyakitkan hati Kyra curang dengan kawan baiknya sendiri, iaitu Xavier. Selepas itu Xavier pula menuduhnya perampas.
Sakit yang dia rasai itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia tidak akan begitu mudah memaafkan Xavier atas apa yang berlaku begitu juga dengan Kyra.
Kris berlalu keluar dari rumah banglo lama itu dan sempat mengambil satu gambar dia bersama dengan Hazel.
______________
Habis sahaja waktu persekolahan Hazel berjalan sendirian tanpa ditemani Xander seperti hari sebelum kerana dia sendiri yang meminta untuk berseorangan buat sementara waktu.
Hazel yang baru sahaja ingin melalui laluan menuju ke tingkat dua dihalang oleh Kyra dengan kawan-kawannya. Senyuman sinis sentiasa terukir di bibir Kyra setiap kali berhadapan dengan Hazel. Well, enemy forever.
"Xander mana?dia dah tinggalkan kau ke?oh baguslah kalau macam tu sebab perempuan macam kau ni tak layak bersama dengan Xander," Kyra terus menunjal kepala Hazel beberapa kali.
Hazel menepis tangan Kyra. "I need to go home right now!tolong bagi laluan dan kau nak apa sebenarnya ni?"
"Kau nak tahu apa aku nak?kalau kau nak tahu ini jawapan dia!guys tolong heret perempuan ni pergi di tempat macam biasa," arah Kyra kepada rakan- rakannya. Hazel ingin melarikan diri namun dia tidak sempat kerana sudah dihalang oleh kawan Kyra yang lain. Bayangkan aku berhadapan dengan lima orang memang aku kalah tanpa bertanding.
Tandas dituju. Itulah tempat yang selalu Kyra gunakan untuk membuli pelajar dan sekarang Hazel sudah menjadi mangsa buli mereka.
Hazel ditolak dengan kasar sehingga kepalanya terhantuk di dinding tandas itu.
"Kesian nasib kau hari ini. Sudahlah Xander tinggalkan kau lepas tu jadi mangsa buli pula. Kalau kau nak tahu aku dah lama teringin nak buli kau!sebab kau rampas semua apa yang aku nak. Pelajar baru ni memang sentiasa bawa bala kan?" Kyra tersenyum sinis. Dia sempat membisikkan sesuatu ke arah kawannya.
"Kyra bagitahu aku apa sebenarnya yang kau tak puas hati ni!aku tak pernah pun rampas apa apa dari kau!kalau Xander tinggalkan aku pun kenapa kau perlu buli aku?"
"Kenapa aku perlu buli kau?macam yang aku dah kata aku teringin nak buli kau memandangkan kau ni perempuan lemah rupanya. Kenapa kau takut ke sebab Xander tak ada?"
"Kau yang lemah Kyra. Buat apa kau nak bawa kawan kawan kau sekali?lain kali kalau nak cakap pakai otak bukan lutut," balas Hazel.
"Zara bawa air tu sekarang. Kau jangan kata aku lemah!fine kalau macam tu sekarang aku nak mula!" kata Kyra dengan sinisnya.
Dua orang rakan Kyra meletakkan bucket yang berisi air di hadapan Hazel.
"Welcome to hell Hazel!" Kyra terus menolak kepala Hazel ke dalam bucket yang berisi air itu menyebabkan Hazel sukar untuk bernafas. Kawan-kawan Kyra yang lain pula menahan tangan Hazel.
Kemudian Kyra menarik rambut Hazel. Gadis itu terus tercunggap-cunggap kerana sukar untuk bernafas.
"Kau betul-betul nak cabar aku kan jadi kau terimalah padahnya!" bucket yang berisi air tadi terus disimbah ke seluruh badan Hazel.
Zara iatu kawan baik Kyra menjadi perakam video atas arahan Kyra sendiri.
"Kyra...stop!kau nak bunuh aku ke apa?kau ni memang tak pernah sedar diri sendiri kan?kau hanya pentingkan sesuatu yang kau inginkan tapi kau tidak pernah terfikir tentang perasaan orang lain!" Hazel berkata walaupun dia rasakan apa yang dikatakannya itu tidak penting bagi Kyra.
"Kau jangan nak ajar aku lah!"
Kyra terus menampar pipi Hazel.
"Aku tak ajar kau tapi aku cuma nak sedarkan kau," balas Hazel. Pipinya yang ditampar Kyra terasa amat perit.
"Kau diam Hazel!perempuan bodoh macam kau ni yang patut sedar diri!selepas Xander sekarang abang aku pula yang sentiasa backupkan kau. Kalau kau nak tahu Shawn suka kau!entah macam mana dia tersuka perempuan bodoh macam kau!"
"Aku tak bodoh tapi kau Kyra!"
Kyra semakin geram dengan Hazel. Berani betul dia lawan cakap aku sedangkan sekarang ni aku tengah buli dia tak apa mungkin dia nak cuba yang lebih sakit.
"Guys yang korang tengok je kenapa?come on kita bekerjasama pukul perempuan ni biar kerja kita cepat sikit," Kyra tersenyum sinis.
Mereka mula menendang dan menampar Hazel berulang kali. Seperti seorang pyscho Kyra menolak kepala Hazel ke lantai dengan kuat.
Hazel mengerang sakit. Terasa kepalanya mula berpijar saat itu. Seluruh badannya pula sangat lemah akibat beberapa kali dipukul. Bukan seorang tapi lima orang. Just imagine how hurt is that.
"Kau mati jelah sini!jom guys balik!last warning aku boleh buat yang lebih dari ini dan kau jangan cabar aku!" Kyra sempat lagi memberi amaran kepad Hazel sebelum dia dan kawan-kawannya berlalu keluar dari tandas itu. Masing-masing mempamerkan senyuman sinis tanda puas.
Enjoy🍀
Vote/comment😊
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Romansa#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...