Myeonjee bangkit dari tidurnya apabila dengar bunyi nyaring di telinganya. Dia mencelikkan matanya dan menggapai telefon pintar yang menghasilkan bunyi nyaring tersebut di bawah bantal.
" Gonna go that hell again " Myeonjee bangun dari katil kingnya dan menuju ke bilik air untuk bersiap ke sekolah ' neraka ' itu.
Tuan Park memberikan Mifersky High School kepada Myeonjee sebagai hadiah harijadinya pada tahun lepas. Walaupun dia adalah pemilik bagi sekolah tersebut, tak pernah sekali pun dia memberitahu guru dan pelajar yang sekolah itu adalah miliknya. Kerana dia tidak mahu dan tidak suka diagung-agungkan.
Dia lebih selesa menjadi orang biasa walaupun ibu bapanya itu adalah orang yang paling terkaya di Korea. Baginya, yang kaya itu adalah ibu bapanya bukan dia. Disebabkan itu, ramai orang tidak tahu yang keluarga Park sebenarnya mempunyai anak perempuan.
Bukan ibu bapanya tidak mahu tetapi ini kehendak Myeonjee. Mereka sayangkan anak mereka jadi demi Myeonjee mereka terpaksa merahsiakan perkara seperti ini.
Usai Myeonjee bersiap, dia turun ke ruang makan untuk bersarapan dengan keluarganya itu.
" Pagi ma " tegur Myeonjee.
" Selamat pagi. Dah makan cepat lepastu pergi sekolah " kata Puan Park.
" Yeon nanti pergi sekolah dengan Nyeol tau. Ahjussi Choi kena ikut Papa pergi kerja harini. " kata Tuan Park yang sedang duduk di kerusi.
" Tak apalah Yeon boleh pergi naik basikal " bukan nak menolak tapi dia tahu yang abangnya akan tinggalkan dia di tepi jalan seperti kejadian setahun yang lepas. Dari dahulu lagi abangnya benci dengannya. Entah apa salah adiknya itu pun tak tahu. Nak kata jealous sebab Myeonjee dapat jadi pemilik sekolahnya pon tak jugak. Buat apa dia nak jealous dia lagi hebat dapat salah satu syarikat appanya lagi.
" Betul tu. Yeon kan dah besar kena lah berdikari kalau tak sampai bila-bila pun menyusahkan orang. " Kata Chanyeol yang baru turun.
" Ish apa cakap macamtu ini kan adik kamu. " Marah Puan Park.
" Tak apalah ma Yeon pergi dulu. " Kata Myeonjee kemudian salam dan cium pipi kedua ibu bapanya itu.
××××××××××
Dia meletakkan basikalnya di tepi pagar sekolah kemudian masuk ke perkarangan sekolah itu. Baru sahaja selangkah dia masuk sudah mendapat kutukan daripada pelajar-pelajar di situ.
" Tengok tu hodoh gila muka dasar nerd " Sekumpulan pelajar itu mengkritik penampilannya.
" Nerd is coming " Kata sekumpulan pelajar yang lain.
Memang jadi rutin hariannya mendapat kutukan seperti itu. Bak kata Myeonjee ' ear therapy '. Pale otak kau ear therapy centu. Menyakitkan hati sahaja.
Dia berjalan sambil menundukkan mukanya. Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang yang membuatkan buku-buku di tangannya terjatuh.
" M-ma-maaf saya tidak sengaja " Kata Myeonjee sedikit gagap lalu mengutip buku-bukunya itu. Dia kemudian memandang wajah orang yang dia terlanggar.
" Buta ke " kata orang yang bernama Taehyung. Taehyung sering membulinya tanpa sebab jadi dia berasa takut apabila berhadapan dengannya.
" Maaf saya tidak sengaja " Kata Myeonjee perlahan.
Taehyung tiba-tiba menarik rambut Myeonjee.
" Kau ni kan sehari tak menyusahkan aku tak sah kan " Kata Taehyung.
" Maaf saya tak sengaja " Rayunya lagi. Myeonjee memegang tangan Taehyung mengharap dia melepaskan rambutnya. Mata Myeonjee mula berkaca.
" Dah la bro buang masa je layan budak nerd macam dia " Kata orang yang berada di belakang Taehyung. Chanyeol. Ya, abangnya sendiri.
" Kalau kau nak buli dia better nanti kelas dah nak start " Kata Jungkook.
Taehyung melepaskan genggamannya itu.
" Kalini aku lepaskan kau. Tapi lepasni jangan harap " Katanya lalu meninggalkan Myeonjee seorang diri.
××××××××××
Sedang Myeonjee menghadam kata-kata guru di kelasnya itu, seseorang mengetuk pintu kelasnya.
Beberapa minit kemudian gurunya masuk bersama seorang perempuan di sebelahnya.
" Perhatian murid-murid harini kita ada pelajar baru. Perkenalkan diri kamu " Kata Cikgu Jung.
" Hai nama saya Dahyun " katanya sambil melambaikan tangan.
" Baiklah kamu boleh duduk di sebelah Myeonjee. Myeonjee sila angkat tangan. " Myeonjee mengangkat tangannya.
Dahyun duduk di tempatnya dan menyapa Myeonjee.
" Hai selamat berkenalan. Nama awak siapa? " katanya.
" e-em saya Myeonjee. " katanya. Bukan sombong tapi ini pertama kali orang menegurnya dengan lembut. Jadi dia berasa janggal sedikit.
" Okay " Balas Dahyun.
YOU ARE READING
T H E N E R D
Fanfiction" Aku nak balas dendam " " We will make you a badass then. I'm sure you will like it! " - THE NERD ONE ; TAEHYUNG VER 🥀 Season 2 in progress... - Jimin ver - Storyline is different from S1