Chapter Twenty-One

131 17 3
                                    

Myeonjee bersandar pada sebuah pokok di taman sekolahnya sambil termenung. Dua hari berturut-turut dia asyik termenung memikirkan hal perkahwinan itu. Dalam memikir, dia merasa pelik kerana apabila dia fikir tentang masalahnya, otaknya ligat mengingatkan dia kepada Taehyung. Hatinya sayu. Sedih. Dia tidak tahu kenapa hatinya itu bertindak sedemikian.

" Kenapa aku nak risau pulak. Dia bukannya boyfriend aku pon " bisik Myeonjee. Dia cuba untuk melupakannya tetapi gagal.

" Hish kenapa susah sangat kau nak lupakan dia! come on Yeon! move on! " bisik Myeonjee lagi. Tiba-tiba seorang lelaki menyentuh lembut bahu Myeonjee. Myeonjee berhenti dari mengelamun dan melihat jejaka itu.

" Hai Myeonjee. Boleh aku duduk? " Tanya lelaki tersebut.

" Oh.. umm duduklah Taehyung " Pelawa Myeonjee sambil menepuk rumput di sebelahnya sebagai signal supaya Taehyung duduk di situ. Entah kenapa dia lembut hati pula hari ini.

" Aku ada benda nak cakap dengan kau " Kata Taehyung.

" Cakaplah " Suruh Myeonjee.

" Kau.. dah nak kahwin ke? " Tanya Taehyung. Dia sengaja tanya walaupun dia sudah tahu akan jawapannya. Myeonjee memandang wajah Taehyung lemah. Kemudian dia mengangguk sebagai jawapan.

" Macam mana kau tahu? " Tanya Myeonjee. Taehyung tersenyum sekejap kerana Myeonjee berkata lembut dengannya.

" Chanyeol " Balas Taehyung pendek. Myeonjee hanya diam.

" K-kau kenal ke siapa lelaki tu? " Tanya Taehyung.

" Tak. This is an arrange mariage. Aku tak rasa pon nak tahu. Lagipun aku tak buat keputusan lagi setuju atau tak " Balas Myeonjee sederet.

" Oh.. Act.. Nasib aku pon macam kau. Arrange mariage " Ngadu Taehyung. Myeonjee memandang tepat ke arah mata milik Taehyung. Perasaan cemburu mula menghiasi hati Myeonjee akan tetapi ego menepis segalanya.

" Huh? oh.. umm congrats " balas Myeonjee. Taehyung mengeluh.

" Tapi.. kau tahu kan.. aku.. cintakan kau " Kata Taehyung. Myeonjee memandang wajah Taehyung sayu. Dapat melihat keikhlasan Taehyung. Dia kemudian tersenyum.

" Sudahlah Taehyung. I know you well. Kau tak pernah serious bila buat keputusan. Aku tak akan tertipu lagi " Wajah Myeonjee pantas bertukar dingin. Tiba-tiba setitik air jernih meluncur laju dari mata milik Taehyung. Dia memegang erat kedua belah tangan milik Myeonjee.

" Myeonjee.. Aku betul-betul sayangkan kau. Aku cintakan kau. Aku menyesal dengan apa yang aku buat dekat kau dulu. Aku tak harap pun kau balas balik. Aku cuma nak kau tahu yang aku betul-betul serious sayangkan kau. Lagipun kita memang tak ada jodoh. Cuma satu je yang aku nak mintak dari kau.. Aku nak tahu perasaan sebenar kau pada aku. Kalau kau tak cintakan aku lagi. It's okay aku terima. Please.. " Taehyung merayu sepuas-puasnya pada Myeonjee. Myeonjee memandang muka Taehyung sayu. Tiba-tiba air matanya jatuh secara tidak sengaja.

" Taehyung... aku.. " Myeonjee mula melepaskan tangannya dari genggaman Tehyung. Taehyung seperti tahu akan jawapannya dan mengeluh.

" It's okay. Aku tahu kau dah tak sukakan aku lagi. Aku terima dengan hati yang rela " Taehyung mula bangun dan meninggalkan Myeonjee bersendirian di situ.

" Aku minta maaf Tae " Bisik hati Myeonjee.

++++++++++

Sudah seminggu berlalu dan dia sudah membuat keputusan. Keputusannya sangat muktamad dan tak akan di ubah lagi. Sekarang dia berada di sebuah cafe bersama ibundanya sendiri dan Puan Kim.

" Myeonjee... apa jawapan kamu? " Tanya Puan Park.

" Myeonjee... setuju " tersiksa mulutnya mengungkapkan perkataan tersebut. Wajah Puan Park dan Kim sangat gembira.

" Betul ke ni? Thank you Myeonjee.. " Balas Puan Kim. Myeonjee tersenyum manis.

" Umm boleh Yeon tahu.. siapa bakal suami Yeon? " Tanya Myeonjee.

" Jangan risau. He is on the way " Kata Puan Kim. Sejurus selepas Puan kim berkata seorang jejaka menyapa di belakang Myeonjee.

" Maaf lambat " Sapa lelaki tersebut. Myeonjee mengerutkan dahi selepas mendengar suara lelaki itu. Seperti kenal dengan suara itu. Lantas dia memusingkan kepala dan melihat jejaka tersebut.

" K-k-k-kim Namjoon!? " Myeonjee membulatkan matanya.

T H E   N E R DWhere stories live. Discover now