Chapter Twenty-Four

145 17 0
                                    

Myeonjee menceritakan masalahnya kepada J-hope.

" Dia cium perempuan lain!? " Tanya J-hope terkejut.

" Hmm " Balas Myeonjee pendek.

" Kau.. jeles ke? " Tanya J-hope. Myeonjee memandang wajah J-hope lemah kemudian pandang ke hadapan semula. Dia mengeluh sedikit.

" Aku tak tau lah hope.. Aku sendiri tak dapat nak tafsirkan perasaan aku dekat dia. Kadang-kadang aku rasa suka bila dekat dengan dia. Rasa happy sangat. Tapi bila aku ingat balik masa lalu, perasaan benci tahap gunung datang. Aku buntu " Jelas Myeonjee. J-hope hanya tekun mendengar luahan hati Myeonjee.

" Bila mama cakap aku akan kahwin, aku rasa sedih. Bila aku sedih je aku teringat dekat Taehyung. Aku tak tahu kenapa. One day bila aku dapat tahu yang bakal suami aku tu Tae, perasaan sedih tu semakin berkurangan. Diganti dengan perasaan benci. Tapi bila aku dekat dengan dia, perasaan sayang muncul. Dan perasaan sayang tu yang menyakitkan hati aku dengan rasa benci. Aku buntu wehh.. aku tak tahu mana satu yang aku perlu ikut " Jelas Myeonjee. J-hope hanya mengangguk-angguk apabila mendengar luahan hati Myeonjee. Walaupun setiap perkataan yang dituturkan oleh Myeonjee sangat berbelit, tetapi J-hope faham dengan penjelasan tersebut.

" Tapi, bila aku nampak Tae dengan perempuan lain, perasaan cemburu pulak hadir bersama-sama perasaan benci dan sedih. Aku tak tahu kenapa aku jadi sampai macam ni sekali. Kadang aku sendiri tak dapat nak cari diri aku yang sebenar. Apa lagi perasaan aku " Jelas Myeonjee lagi dengan penuh perasaan.

" Aku tahu apa yang aku cakap tadi berbelit. Aku harap kau faham apa luahan hati aku tadi tu " Kata Myeonjee.

" Jangan risau. Aku faham sangat luahan hati kau tadi tu. Aku kan harapan semua orang hohohoho " J-hope berusaha untuk membuat lawak tetapi tidak kesampaian. Myeonjee hanya tersenyum hambar.

" Dengan apa yang kau cakap tadi tu, nampak sangat yang kau ni masih cintakan Taehyung. Cuma kau ego dan fobia dengan masa lalu " Kata J-hope. Myeonjee memandang wajah J-hope.

" Macam mana kau tahu? " Tanya Myeonjee.

" Kau kata kau cemburu bila Taehyung dengan perempuan lain kan tadi, So maknanya kau masih cintakan dia lah. Cemburu tu tanda kau sayangkan dia tau " Jelas J-hope dengan senyuman yang ikhlas. Myeonjee termenung seketika. Ada betul juga apa kata J-hope itu tadi.

" Lebih baik kau mengalah je. Tak perlu buat plan-plan bagai untuk sakitkan hati dia. Sebab end up kau jugak yang rasa sakit nanti. Lagipun, korang dah nak kahwin kan. So, maksudnya Taehyung tetap akan jadi milik kau. Dan kau akan jadi milik Taehyung. Perkahwinan korang pon direstu oleh parents korang kan " Kata J-hope.

" Tapi.. aku tak rasa Tehyung betul-betul suka aku. Buktinya tadi, Dia cium perempuan lain kot " Kata Myeonjee lemah.

" Cuba untuk pikat dia " Bisik J-hope tepat di telinga kanan Myeonjee sehingga masuk kedalam otak.

××××××××××

" Cuba untuk pikat dia "

Kata-kata J-hope masih terngiang-ngiang di kepala Myeonjee. Patut ke dia ikut kata J-hope itu tadi?

Tiba-tiba dia ternampak dua susuk tubuh yang sedang berpegangan tangan di koridor sekolah. Myeonjee menggenggam penumbuknya dan mula menghampiri pasangan tersebut. Dia tidak mampu menahan perasaan cemburunya lagi.

" Taehyung! " Jerkahan Myeonjee membuatkan Taehyung dengan seorang wanita di sebelahnya terkejut beruk.

" Oh M-m-myeonjee hai " Sapa Taehyung yang mula meleraikan pegangan tangan dengan wanita di sebelahnya. Myeonjee mula menarik tangan Taehyung pergi ke suatu tempat yang tersorok.

" Kau kenapa hah!? Kau tahu kan kau dah nak kahwin! Oh.. mentang-mentang kau dah dapat peluang untuk kahwin dengan aku, kau nak sakitkan hati aku balik. Kau ni memang tak serik kan!? " Marah Myeonjee kepada Taehyung sangat membuak-buak. Perasaan cemburu yang mengawal hatinya membuatkan dia berbuat sedemikian.

" Myeonjee bagi aku explain dulu bole-- "

" Nak explain apa lagi! " Myeonjee memotong percakapan Taehyung. Air mata yang sudah lama bertakung akhirnya jatuh juga dek kerana lelaki dihadapannya ini.

" Kau tahu tak aku dah mula sayangkan kau. Sanggup kau buat aku macam ni kan! " Jelas Myeonjee.

" Kau.. jeles k-- "

" Ya aku jeles! Puas!? Puas dapat sakitkan hati aku lagi!? Lepas kahwin nanti apa pulak? Kau nak naik tangan pulak dekat aku!? Hah!? " Myeonjee memotong percakapan Taehyung buat kali kedua. Dia kemudian menunduk sambil menangis teresak-esak. Lega sedikit kerana dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

Dia memandang semula wajah Taehyung dengan mata sembabnya.

" Hikss.. AKU SAYANGKAN KAU! KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI! KENAPA KAU CIUM PEREMPUAN LAIN! AKU SAYANGKAN KAU! AKU CINTAKAN KAU! hikss " Jerit Myeonjee sepuas-puas hati sambil menumbuk-numbuk dada sasa Taehyung itu. Tetapi kuasa wanitanya yang lemah itu tak dapat tandingi kuasa lelaki di hadapannya. Taehyung hanya merelakan sahaja dia dipukul oleh Myeonjee. Myeonjee mula mengehentikan perbuatannya dan memegang bahu Taehyung lalu menunduk sambil menangis.

" Aku pun sayangkan kau " Air mata jantannya jatuh setitik.

T H E   N E R DWhere stories live. Discover now