" Tadi! Aku nampak Jackson gelak-gelak dengan Sana sambil pegang tangan macam pasangan kekasih! " Jelas Taehyung.
Myeonjee mengerutkan dahi.
" So? " Tanya Myeonjee. Taehyung mengeluh.
" Jackson kan boyfriend kau.. Dia curang dengan bestfriend kau sendiri kot! Dia tu tak layak lah untuk kau! Lebih baik kau putus dengan dia " Jelas Taehyung lagi. Myeonjee yang mendengarnya tergelak. Taehyung kepelikan. Orang serious dia gelak pula.
" Kau ni lurus lah Tae " Kata Myeonjee sambil tergelak.
" Apa maksud kau? " Tanya Taehyung lembut.
" Kau ingat aku serious ke cakap yang Jackson tu boyfriend aku? " Tanya Myeonjee.
Taehyung menganggukkan kepalanya dengan muka blur. Masih tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Myeonjee.
" Aku cakap Jackson tu boyfriend aku sebagai alasan je. Kalau betul sekalipon, mati aku ada bf macam dia. Dia tu cousin aku. Aku ingat kau tahu yang aku main-main masetu " Jelas Myeonjee. Taehyung buat muka pasrah.
" Ishh kau ni! Mati-mati aku ingat korang betul-betul. Penat je aku kejar kau " Taehyung merajuk.
" Aku tak suruh pon kau kejar aku " Kata Myeonjee.
" Ishh " Taehyung memuncungkan bibirnya. Myeonjee yang melihatnya geli hati.
" Apa muncung-muncung? Nak merajuk lah tu " Kata Myeonjee. Taehyung tersenyum. Mereka bergelak ketawa bersama-sama.
Tiba-tiba Myeonjee tersedar sesuatu. Dia terus mematikan senyumannya dan mengelamun seketika. Taehyung yang melihatnya mula pelik.
" Myeonjee? " Taehyung menyentuh bahu Myeonjee. Tiba-tiba Myeonjee menepis.
" Ishh jangan sentuh aku lah! " Myeonjee bergegas meninggalkan Taehyung yang terpinga-pinga.
" Dia masih marahkan aku lagi ke? " Bisik Taehyung dalam hati. Dia mengeluh dan bergerak ke kelasnya.
××××××××××
Myeonjee mengelamun di dalam kelas. Dia teringat kejadian sewaktu dia bersama dengan Taehyung. Dia buntu. Tidak tahu kenapa dirinya bertindak sedemikian.
" Kenapa aku selalu rasa lemah dan cair bila dengan dia? " Bisik Myeonjee di dalam hati.
" Takkan aku masih cintakan dia kot " Bisiknya lagi. Dia menggelengkan kepalanya dan fokus ke arah guru yang sedang mengajar.
SKIP
" Yeon.. Tadi masa dekat kelas lepas rehat kenapa unnies nampak Yeon asyik termenung? What happend? " Tanya Rose sambil memandu keretanya. Myeonjee tiada mood untuk memandu hari ini jadi dia menumpang Rose untuk pergi dan balik ke sekolah.
" Hah? Umm nothing " Tipu Myeonjee.
" Yeke tak ada apa-apa? " Tanya Rose lagi.
" Betul tak ada. Yeon cuma penat je " Tipu Myeonjee lagi. Dia tidak mahu berkata benar kerana bimbang rose risau.
××××××××××
Taehyung duduk termenung di atas sofa sambil mengimbau kejadian di sekolah tadi. Dia tersenyum sendiri apabila teringat akan senyuman ikhlas Myeonjee.
" For the first time aku dapat senyuman ikhlas dari kau. Aku mengaku yang aku menyesal buat kau macamtu dulu. Aku janji aku tak akan ganggu hidup kau lagi. You deserved better Myeonjee " Bisik hati Taehyung. Dia tersenyum tenang.
××××××××××
Myeonjee dan unniesnya sedang menjamu selera di meja makan. Tiba-tiba telefon Myeonjee berdering. Terpapar nama Puan Park di skrin telefon pintar miliknya. Pantas dia mengangkat panggilan tersebut.
Myeonjee : Hello ma?
P.Park : Hello Yeon. Besok malam Yeon free tak?
Myeonjee : Free. Kenapa ma?
P.Park : Boleh tak Yeon balik? Ada benda yang mama dengan papa nak bincang dengan Yeon. Mama harap Yeon setuju dengan keputusan mama and papa.
Myeonjee : Nak bincang apa ma? Keputusan apa ni? Yeon tak faham.
P.Park : Yeon balik je. Boleh kan? Please. Demi mama and papa.
Myeonjee : Umm okay. Nanti Yeon balik.
P.Park : Thanks Yeon. Pakai cantik-cantik tau! Bye!
Myeonjee : Pa--
Belum sempat Myeonjee menghabiskan ayatnya, Puan Park terlebih dahulu menutup panggilan tersebut. Myeonjee mengeluh dan berbisik.
" Kenapa nak kena pakai cantik-cantik? " Bisiknya di dalam hati.
" Kenapa Yeon? " Pertanyaan Lisa membuatkan dia berhenti mengelamun.
" Ah.. Oh.. Tak mama suruh balik besok malam. Katanya nak bincang something dengan Yeon " Balas Myeonjee lalu sambung termenung.
" Oh.. " Balas Lisa. Jennie yang melihat gelagat Myeonjee mula mengerutkan dahi.
" Dah kenapa pulak termenung ni? " Tanya Jennie membuatkan Myeonjee terjaga dari lamunannya lagi.
" Ah tak ada apa-apa cuma pelik sebab mama suruh pakai lawo-lawo " Jelas Myeonjee.
" Oh.. " Balas Jennie.
" Ada lah tu suprise untuk Yeon nanti. Macam lah Yeon tak tahu aunty park tu kan penuh dengan kejutan " Kata Jisoo membuatkan hati Myeonjee tenang sedikit.
" Dah la Yeon jangan fikir banyak sangat. Ikut je apa kata aunty park tu " Kata Rose.
SKIP
Dia menekan loceng rumahnya dan menunggu pintu rumah dibuka. Sebaik sahaja pintu dikuak terserlahlah Chanyeol.
" Yeon! Masuklah diorang dah tunggu dah tu " Kata Chanyeol.
" Diorang? Siapa " Tanya Myeonjee keliru. Siapa pulak diorang tu?
" Ikut je lah! " Chanyeol menarik tangan Myeonjee sehingga ke ruang tamu. Sampai sahaja dia terlihat dua orang pasangan yang baya-baya ibu bapanya duduk di situ. Dia mengerutkan dahi.
" Yeon! Kenalkan kawan mama dengan papa Tuan dan Puan Kim " Tuan Park menarik tangan anak perempuannya mendekati Keluarga Kim. Dia menunduk dan duduk di sebelah ibunya.
" Hai Myeonjee.. Cantiknya kamu " Puji Puan Kim.
" Biasa je kot Puan..hehe " Myeonjee tertunduk malu.
" Eh apa Puan pulak panggil aunty jer " Kata Puan Kim.
" B-baik puan opss aunty " Balas Myeonjee.
" Kita nak bincang apa ni? " Tanya Myeonjee.
" Bagus soalan tu. Papa dengan mama suruh kamu balik sebab kitorang dah buat keputusan untuk kahwinkan kamu dengan anak Tuan Kim " Jelas Tuan Park. Myeonjee terkejut. Matilanak.
YOU ARE READING
T H E N E R D
Fanfiction" Aku nak balas dendam " " We will make you a badass then. I'm sure you will like it! " - THE NERD ONE ; TAEHYUNG VER 🥀 Season 2 in progress... - Jimin ver - Storyline is different from S1