Taehyung p.o.v
Lepas kejadian dekat cafe tadi aku tak nampak pon batang hidung Myeonjee. Dah balik lah tu agaknya. Baru nak buli dia.
" Tae malam ni jom lepak rumah Chanyeol kitorang berenam dah setuju tinggal kau je " Kata Jin hyung.
" Tae on je hyung. " balasku. Aku tak pernah pergi ke rumah Chanyeol jadi aku teringin nak tengok rumahnya. Maklumlah the richest family kan.
" Okay pukul 9 auu. Nanti dia send location dekat group "
" Baik boss " balasku.
××××××××××
Author p.o.v
Myeonjee menuruni anak tangga untuk makan malam. Tiba-tiba dia terserempak dengan abangnya Chanyeol.
" Yeon sini jap " Kata Chanyeol lalu pergi ke ruang tamu. Myeonjee mengikut jejak Chanyeol sehingga ke ruang tamu.
" Oppa nak apa? " tanya Myeonjee sambil memandang muka Chanyeol.
" Pukul 9 nanti member aq nak datang rumah. Kau jangan keluar bilik lepas pukul 9 nanti aku tak nak diorang tahu aku ada adik nerd dengan hodoh macam kau. Faham " Kata Chanyeol.
" Okay " Myeonjee terus ke dapur dan makan. Dia tidak terasa langsung dengan kata-kata abangnya itu kerana sudah terbiasa.
SKIP ( 9.00 p.m )
Chanyeol p.o.v
Aku membuka pintu apabila loceng rumah berbunyi. Tidak lain tidak bukan pasti BTS yang datang.
" Hello bro " Sapa Namjoon.
" Yow man. Masuklah " Aku menjemput mereka masuk.
" Kita lepak dekat bilik aku lah jom " Aku membawa mereka menaiki lif.
" Besar gila rumah kau siap ada lif lagi " Puji Jimin.
" Terima kasih atas pujian anda haha " kataku.
Mereka membuntutiku sehingga ke bilik.
" Bro nak tanya something bole? " Tanya J-hope.
" Tanyalah " balasku.
" Bilik sebelah sana tu bilik siapa? "
" Oh tu.. umm bilik.. bilik tetamu haa bilik tetamu " tipu aku. Bilik itu sebenarnya adalah bilik Myeonjee.
" Oh.. "
" Wey mana adik kau? Aku teringin nak tengok muka dia confirm lawo ann " Tanya J-hope.
" Haah mana dia? " Tanya Namjoon.
" U-Umm ha! Dia tidur rumah kawan dia la bro " Balasku. Nak bagitahu diorang perkara sebenar? Memang tak lah! Lambeeeeettt lagi.
" Eh kita nak buat apa ni? " tanya Taehyung.
" Kita main Truth or Dare nak? " Cadang Jin.
" Aku on je " kataku.
Selepas itu masing-masing duduk secara bulatan. Aku mangambil pen dan duduk ditempatku.
" okay mula " kata Jungkook
Aku memusingkan pen tersebut. Pen itu menuju ke arah Jimin dan Jungkook.
" Truth or Dare " tanya Jungkook kepada Jimin.
" Dare " balas Jimin.
" I dare you kiss yoongi on the cheek " cabar Jungkook.
Jimin lalu mencium pipi yoongi yang berada di sebelahnya.
Kemudian aku memusingkan lagi pen tersebut dan ia menuju ke arah Taehyung dan aku.
" Truth or Dare " Tanya aku.
" Dare " balas Taehyung.
Aku berfikir sekejap dan berkata.
" I dare you couple dengan Myeonjee sampai dia betul-betul sayangkan kau then breakup. " Cabarku. Hanya ayat itu yang muncul dalam benak fikiranku.
" That's eazy " Taehyung terima cabaran tersebut. Kami menyambung permainan itu sehingga lewat malam.
SKIP
Author p.o.v
Seperti biasa Myeonjee mendapat ear therapy sebaik sahaja masuk ke perkarangan sekolah. Banyak cacian dan makian yang selalu dia dengar jadi dia sudah biasa dengan kritikan tersebut.
Dia menuju ke locker miliknya untuk mengambil buku. Apabila dia menutup locker itu Taehyung berada di sebelahnya. Dia terkejut dan takut pada waktu yang sama. Pada mulanya dia ingat Taehyung mahu membulinya tapi lain yang jadi.
" Balik nanti tunggu aku dekat rooftop aku ada benda nak cakap dengan kau. Kalau kau tak pergi siap kau! " katanya lalu beredar. Dalam kepala Myeonjee hanya memikir yang Taehyung mahu membulinya sahaja. Tetapi dia terpaksa akur kerana jika dia tidak mengikut cakap Taehyung pasti lebih teruk dia kena.
SKIP
Dia menunggu Taehyung di rooftop. Selang beberapa minit muncullah seketul Taehyung. Taehyung menghampiri Myeonjee lalu duduk di sebelahnya.
" Apa yang awak nak cakap? " tanya Myeonjee ketakutan.
" Sebenarnya... aku suka dekat kau "
YOU ARE READING
T H E N E R D
Fanfic" Aku nak balas dendam " " We will make you a badass then. I'm sure you will like it! " - THE NERD ONE ; TAEHYUNG VER 🥀 Season 2 in progress... - Jimin ver - Storyline is different from S1