" Aku nak balas dendam "
" We will make you a badass then. I'm sure you will like it! "
- THE NERD ONE ; TAEHYUNG VER
🥀
Season 2 in progress...
- Jimin ver
- Storyline is different from S1
Dia berjalan menuju ke kereta Audi hitam miliknya untuk pulang ke rumah. Dia memasuki perut keretanya dan mula memulakan enjin. Tiba-tiba pintu kereta di bahagian penumpang di sebelahnya terbuka dan terserlah Taehyung.
" Hai Yeon! " Sapa Taehyung. Myeonjee berdecit dan menjeling menyampah. Dia terlupa sejurus selepas dia balik ke sekolah, dia perlu bergerak ke butik pengantin.
" Cepat lah masuk! " Marah Myeonjee. Taehyung mula masuk ke dalam kereta Myeonjee dengan muka seposen.
SKIP
Dia meneliti gambar-gambar contoh di dalam album. Dia memerhati dan tertancap pada sebuah gaun labuh berwarna putih off shoulder. Dia berasa sangat berkenan dengan gaun tersebut dan mula menyanya kepada pelayan di butik itu.
" Boleh saya tengok design ni? " Tanya Myeonjee lemah lembut. Pelayan itu menganggukkan kepalanya dan mula meninggalkan Myeonjee di situ. Myeonjee bersandar di kerusi dan melihat Taehyung. Taehyung hanya menghadap telefon pintarnya sambil tersenyum-senyum. Myeonjee menjeling menyampah.
" Chat gf la tu " Tanya Myeonjee. Entah kenapa hatinya seperti di gores sedikit.
" Hah? " Tanya Taehyung. Myeonjee menjeling lagi.
' Dasar pekak ' kata Myeonjee di dalam hati.
" Takde pape " Balas Myeonjee lalu tersenyum malas.
" Oh " Taehyung melihat skrin telifonnya semula sambil tersenyum seperti tadi.
' Dia ni tahu tak dia nak kahwin dah? Boleh pulak bergayut dengan betina lain lagi. Eh buat apa aku nak jeles pulak. Ah suka hati dia lah ' Bisik Myeonjee di dalam hati.
" Nah cik " Pelayan tadi menghulurkan gaun pengantin kepada Myeonjee. Dia mula ke fitting room dan mencubanya.
Taehyung p.o.v
Aku sengaja bertindak sebegini kerana ingin menguji tahap keegoan Myeonjee. Bukannya tak tahu Myeonjee yang SEKARANG ni keras kepala. Hati cakap lain, mulut cakap lain. Oh! Pasal phone, aku tak chat sesape pon senanya hohohohokk.
Tiba-tiba pelayan tadi memberikan gaun yang di pilih oleh Myeonjee sebentar tadi. Myeonjee mula bergerak ke fitting room untuk mencubanya. Pada saat itu aku mula memilih tuxedo berwarna hitam.
SKIP
Author p.o.v
Myeonjee keluar daripada fitting room dengan gaun pengantin berwarna putih yang tersarung di tubuh rampingnya. Dia mendekati Taehyung yang sedang rancak melihat telefon pintarnya itu.
" Oi! lawa tak? " Tanya Myeonjee kasar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Taehyung mula melihat Myeonjee. Dia terpegun dengan kecantikan Myeonjee apabila mengenakan gown tersebut. Tambahan lagi Myeonjee berpusing sedikit membuatkan hatinya semakin berdebar. Gown tersebut tampak simple tetapi comel bila disarung di tubuh Myeonjee. Tanpa disangka mulutnya terbuka sedikit.
" Taehyung! " Panggil Myeonjee sedikit kuat. Taehyung tersentak dari lamunannya. Wajahnya bertukar kepada serious.
" Uhmm tak ada yang lain ke? " Tanya Taehyung. Sejujurnya dia amat suka dengan gown itu tetapi dia harus meneruskan lakonannya.
" Tak lawa ke? " Tanya Myeonjee sedikit sedih.
" Bole la " Balas Taehyung pendek.
" Tapi aku nak yang ni " Kata Myeonjee.
" Suka hati kau lah " Balas Taehyung lalu melihat telefonnya semula. Sejujurnya, dia mahu sahaja melihat Myeonjee waktu itu.
SKIP
" Bye sayang " Kata Taehyung yang baru sahaja keluar dari perut kereta Myeonjee.
" Bye " Jawab Myeonjee sepatah dengan riak muka yang dingin. Dia terus meluncur laju meninggalkan Taehyung.
" Garangnya " Kata Taehyung sendiri lalu masuk ke dalam rumahnya.
××××××××××
Dia berjalan di koridor. Tiba-tiba dia ternampak dua susuk tubuh yang sedang berciuman di loker miliknya. Dia tidak pasti siapa perempuan itu tetapi dia amat kenal dengan lelaki yang sedang membelakanginya. Tanpa dia sedar setitik air jatuh di pipinya. Dia terus pergi meninggalkan adegan tersebut.
" Kau memang tak pernah berubah Taehyung! " Kata Myeonjee di dalam hati.
Taehyung p.o.v
Aku sengaja mengupah seorang wanita untuk berlakon bersamaku. Kami tidak bercium tetapi dari jauh pasti orang akan menganggap kami bercium. Aku merancang untuk melihat sejauh mana Myeonjee boleh bertahan dengan egonya itu.
" Dia dah pergi? " Tanyaku kepada wanita itu.
" Dah " Balas wanita itu pendek. Aku mula menjauhkan diri dari wanita tersebut dan mengeluarkan sejumlah wang dari poket lalu memberikannya kepada wanita itu. Wanita itu mengambilnya.
" Masyihh broo!! " Kata wanita itu. Sebenarnya wanita tersebut tomboy dan hanya jatuh cinta dengan perempuan. Faham kan hokhokhok.
" Sesama " Balas Taehyung.
Author p.o.v
Myeonjee melayan perasaan di taman belakang sekolah. Dia menangis sekuat hati. Dia mengaku dia masih cintakan Taehyung. Tapi apa yang taehyung buat tadi amat menyakitkan hatinya. Tiba-tiba seorang jejaka tampan duduk di sebelahnya.
" Kau okay? " Tanya Jejaka tersebut. Myeonjee memandangnya dan menjeling.
" Dah nampak aku nangis macam ni kau ingat aku okay ke? " Balas Myeonjee. Dia mengelap pipinya yang sudah basah dek kerana air matanya itu.
" Heheh sorry lah. Why? Taehyung buat hal lagi? " Tanya jejaka itu lagi.
Myeonjee mengangguk lemah.
" Haih.. dia tu tak serik-serik lagi. Dia buat apa pulak kalini? " Tanya lelaki tersebut.
" Adalah benda yang menyakitkan hati. Kau tak perlu tahu " Balas Myeonjee.
" Bagitahu je lah mana tahu aku boleh selesaikan. Lagipun kita kan dah plan nak kenakan Taehyung tu balik so, share je lah problem kau dekat aku. Aku janji tak bagitahu sesiapa " Kata lelaki itu.