SKIP ( RECESS )
Myeonjee dan Dahyun sedang berbual dengan rancak sekali. Tiba-tiba Taehyung datang dan duduk di sebelah Myeonjee.
" Hye babe " Sapa Taehyung.
Myeonjee terkejut dan menundukkan mukanya.
" U-uh h-hye " Dia blushing.
" Saya rehat dengan awak eh harini " Taehyung mencuit pipi Myeonjee.
" Auch " Myeonjee mencebik.
" Ehehem. Asal banyak semut pulak ni " Kata Dahyun.
" Hehehe " Myeonjee tersengih.
" Aku.. gi tandas lah bye " Kata Dahyun lalu bergegas ke tandas. Tak nak ganggu pasangan bercinta katakan.
" Awak makan lah " Pelawa Myeonjee kepada Taehyung.
" Ahh tak pe saya dah makan dah dengan kawan saya tadi. Saya datang nak tengok awak makan je " Taehyung mencubit hidung milik Myeonjee. Sekali lagi Myeonjee blushing.
" Oh okay " Lalu dia menyambung makan.
Taehyung menatap wajah Myeonjee.
' Kalau tak disebabkan Dare tu memang tidak lah aku nak bersawit dengan kau! Lebih baik aku layan awek aku Sana daripada kau. Buang masa aku je. Tapi tak pe as long as hati kau akan sakit aku akan buat apa saja untuk itu. ' bisik Taehyung di dalam hati. Dia tersenyum sinis.
Meanwhile
" Wey Sana tu bukan Tae ke? kenapa dia duduk dengan Myeonjee nerd tu? Diorang ada hubungan ke? siap ketawa-ketawa bagai " Bertalu-talu soalan daripada Momo.
" Mana? " Tanya Sana.
" Tu " Momo menunjukkan Sana di mana keberadaan Myeonjee dan Taehyung.
" How?! Sial punya perempuan! perampas! Dah la miskin, perampas pulak tu. Hish nak kena dia ni siap lah kau " Kata Sana perlahan. Baru sahaja dia mahu bangun daripada duduknya tangannya tiba-tiba ditarik oleh Jihyo.
" Kita settlekan dia later okay. Sekarang ramai orang nanti reputasi you jatuh tau " Kata Jihyo.
" Urghh fine! " Mukanya masam mengalahkan cuka.
" Alah lek ahh you bukannya suka pon dengan Taehyung tu kan. You only want his money right? " Kata Tzuyu.
" Yeah that's true lagipun you kan ada Kai buat apa you nak marah sangat " Sambung Momo.
" Tapi kalau Tae jatuh dekat tangan perempuan tu I tak dapat lah duit dia " Kata Sana.
" Okay you pilih Tae atau Kai " Tanya Jihyo.
" Of course I pilih Kai " Balas Sana.
" So? " Tanya Jihyo.
" Ish tapi I nak jugak ajar si Myeonjee tu! " Kata Sana.
" Boleh tapi nanti okay " Pujuk Tzuyu.
" Okay fine! "
SKIP
Myeonjee pergi ke tandas. Dia rasa ngantuk yang teramat jadi dia mengambil keputusan untuk membasuh muka. Tiba-tiba pintu tandas dikuak kasar. Kelihatan Sana dan 3 lagi rakan seperjuangannya di situ.
" Hai perampas " Sapa Sana.
" Kau nak apa? " Tanya Myeonjee tenang.
" Aku tak nak cakap banyak just nak warning je dekat kau " Sana memberi signal kepada Jihyo lalu Jihyo mendekati Myeonjee dan menarik rambut lurus milik Myeonjee.
" Arghh sakit lah! Lepas! Kau nak apa la sial?! " Jerit Myeonjee.
" Aku nak kau jauhkan diri kau dari Tae! Taehyung aku punya kau faham tak! " Jerit Sana lalu menampar muka Myeonjee.
" Errghhh kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?! " Balas Myeonjee. Ada darah sedikit di hujung bibirnya.
" Heh. Kalau kau nak tahu aku adalah pemilik sekolah ni! aku akan buang kau dari sekolah ni! Kau tak layak ada dekat sini " Tipu Sana. Myeonjee tergelak kecil.
" Heheh..HAHAHAHAHA kelakar bodoh! " Gelak Myeonjee.
" Kau pahal pompuan! Gila eh " Tanya Momo.
" Korang yang gila. Kau ingat aku tak tahu siapa pemilik sebenar sekolah ni? Aku kenal dia lebih dari abang dia kenal dia lah! " Jerit Myeonjee.
" K-kau kenal? Siapa? " Tanya Tzuyu.
Myeonjee tersenyum sinis.
" Satu hari nanti kau akan tahu jugak siapa. Oh BTW kau kata apa tadi? Kau nak buang aku? aku tak layak?.. heh aku rasa kau yang tak layak ada dekat sekolah ni. Perangai kau ni memalukan nama sekolah kau tahu tak? Kau bernasib baik PEMILIK SEKOLAH ni tak buang kau lagi tau " Kata Myeonjee bangga. Sebelum ni mungkin dia masih boleh terima jika empat sekepala ni membulinya. Tetapi kali ini tidak. Dia dah tak sanggup nak berserah.
Myeonjee kemudian keluar dari tandas tersebut. Dapat dia dengar jeritan Sana dari luar tandas itu.
YOU ARE READING
T H E N E R D
Fanfic" Aku nak balas dendam " " We will make you a badass then. I'm sure you will like it! " - THE NERD ONE ; TAEHYUNG VER 🥀 Season 2 in progress... - Jimin ver - Storyline is different from S1