Chapter Three

38 2 0
                                    

🥀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀

Roséanne bersiul sambil berjalan melintasi beberapa orang pelajar lelaki yang sedang melihatnya. Dulang makanan distabilkan agar rezekinya tidak tumpah. Setelah menjumpai tempat yang kosong, lantas dia duduk.

Mata mencari-cari seseorang akan tetapi tidak dijumpai. Anne pasrah kemudian menjamah lauk yang dibelinya tadi.

Biarlah dia kan kaya. Mesti makan dekat tempat private

Jimin kaya?

Yelah dah dorm pon VVIP. Harga yang Anne bayar tu pun sebenarnya suku daripada harga sebenar. Suku pon kena bayar lebih sikit dari dorm biasa auu. Pengetuanya sendiri yang beritahu bahawa bayaran selebihnya dibayar oleh Jimin. Sebabnya, ibu bapa Jimin sangat penyayang orangnya. Tibe tak ada kaitan.

" Weh aku pelik doh! Kenapa, Anne gi duduk sebelah mamat miskin tu. Aku punyalah beria ajak dia duduk sebelah aku tadi dia gi pilih budak nerd tu. Apa aku ni tak hensem ke? " Ngadu seorang pelajar lelaki.

Anne dapat mendengar setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya. Niat untuk dia memasukkan sesudu lagi makanan terbantut. Lalu dia berfikir sejenak.

" Eh si Jimin tu punyalah kaya, asal pulak budak tu cakap dia miskin? " Anne mengomel sendiri. Berkerut keningnya memikirkan tentang hal itu.

" Uisshh.. Tak boleh jadi ni " Anne mengangkat punggungnya pergi ke tong sampah lalu membuang sisa makanannya yang tidak habis. Kemudian dia segera pergi dari kantin untuk mencari Jimin.

Hampir satu sekolah dia mencari namun kelibat yang dicari-cari masih tidak dijumpai. Waktu rehat juga hampir tamat jadi dia mengambil keputusan untuk terus ke kelas yang seterusnya.

Dekat dorm nantikan boleh jumpa aduh kau ni Anne.. Bodoh tu simpan kat esbok boleh tak? Biar beku sikit

 Bodoh tu simpan kat esbok boleh tak? Biar beku sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melilau-lilau mata mencari seseorang. Namun masih tidak dijumpai.

" Dia tak sama kelas dengan aku ke sekarang? " Akhirnya Anne pasrah dan meneruskan pelajarannya. Terpaksalah dia menunggu waktu balik nanti. Tidak sabar rasanya untuk menanyakan hal yang ingin dia tanyakan.

 Tidak sabar rasanya untuk menanyakan hal yang ingin dia tanyakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelas akhirnya tamat. Laju langkahnya keluar dari kelas sejarah. Anne mencatat rekod sebagai murid pertama yang keluar daripada kelas sejarah hari ini.

Dalam perjalanan balik ke asrama, matanya melihat sesuatu yang menarik. Pantas badannya menyorok di tepi dinding.

Malangnya dia tidak dapat mendengar percakapan dua orang lelaki dan perempuan itu. Namun, instincnya mengatakan bahawa ada sesuatu hubungan yang terjalin disitu. Lalu dia tersenyum sumbing dan pergi meninggalkan tempat tersebut dengan segera.

Usai mandi, Anne melabuhkan punggungnya di atas kerusi belajar sebelah kanan katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai mandi, Anne melabuhkan punggungnya di atas kerusi belajar sebelah kanan katil. Meja belajar Jimin pula di sebelah kiri katil. Anne memandang meja kosong Jimin sambil berfikir.

" Jimin ni, nampak je nerd tapi tak de lah pulak nampak miskin. Apa ke butanya mata diorang tu? Lagi satu! Macam mana diorang boleh tak tau si jimin ni kaya? Aduh pening kepala otak aku " Dia menggaru kepalanya menggunakan hujung pen.

Jimin masih belum balik. Mungkin dia ada kelas tambahan? Lama Anne menunggu sehingga tertidur dibuatnya.

 Mungkin dia ada kelas tambahan? Lama Anne menunggu sehingga tertidur dibuatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu yang lama tertutup tiba-tiba terbuka. Jimin masuk lalu menutup kembali pintu tersebut. Dia melihat Anne yang sedang terlena di meja belajar. Beg galasnya di letakkan di atas meja. Bilik air dituju untuk membersihkan diri setelah seharian belajar.

Lima belas minit kemudian tubuh Jimin yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala keluar dari kawasan bilik air. Cermin mata diletak di atas meja kemudian kakinya dituju ke arah Anne.

Dia melihat satu persatu wajah si gadis dari rambut, kening, mata, hidung, dan akhirnya bibir. Tanpa sedar Jimin tersenyum sendiri. Hatinya tergerak untuk mengangkat tubuh ramping milik Anne dan diletakkan di atas katil.

Tubuh kecil itu diselimutkan agar tidak kesejukkan. Dua bantal diletakkan di sebelahnya sebagai sempadan antara kawasan dia dan Anne. Senyuman yang tak lekang di bibir sejak tadi dibuang setelah menyedari sesuatu.

Apebenda yang kau buat ni Jimin? Asal kau angkat dia!? Kalau dia pelik macam mana? Lepastu dia ingat kau buat apa-apa kat dia.. Mampus..

Wajahnya ditekup dengan kedua belah tangannya. Jimin menggeleng kepala berkali-kali. Terasa seperti orang tidak waras di situ.

🥀

T H E   N E R DWhere stories live. Discover now