Chapter Five

32 4 0
                                        

🥀

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🥀

Flashback ( Australia )

Bunga Rose berwarna biru dibelek seketika. Senyuman yang manis menghiasi bibir gadis comel itu. Menggigil badannya apabila angin sejuk menerpa. Dia mengetatkan sedikit scarf yang terbelit di leher agar kesejukannya berkurangan.

Anne terduduk penat di atas pasir pantai. Keluhan berat dilepas. Hampir satu jam dia menunggu kekasih hatinya. Dia risau, takut ada apa-apa yang terjadi pada teman lelakinya itu.

Semakin lama dia menjadi pasrah dan mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan pantai. Sudah banyak kali Anne menelefon teman lelakinya itu namun tidak diangkat. Adakah dia lupa hari ini hari penting mereka?

Anne singgah di sebuah kedai serbaneka. Sempat dia membuang bunga Rose di dalam tong sampah sebelum masuk ke kedai. Heater yang terpasang di kedai serbaneka itu sedikit sebanyak dapat melegakan badannya yang kedinginan.

Anne membeli secawan kopi panas lalu terus keluar. Sebelah tangannya dimasuk kedalam poket manakala sebelah lagi memegang secawan kopi.

Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk. Nombor yang tidak dikenali menghantar beberapa gambar suspicious. Tidak berfikir panjang, Anne terus menekan gambar-gambar tersebut.

Terbuntang matanya melihat gambar teman lelakinya mencium ' beberapa ' wanita lain. Kopi yang dipegang sudah terlepas dari tangan. Anne kecewa dan sangat marah. Dia amat mempercayai lelaki itu. Namun lelaki yang dia cintai itu rupa-rupanya spesies buaya darat!

" F**K YOU BASTARD! I HATE YOU CHANYEOL!!!! " Dia tidak endah tentang orang yang melihatnya kepelikan. Yang dia tahu, dia sungguh benci lelaki itu.

Setelah peristiwa itu, Anne mengambil keputusan untuk berpindah ke Korea. Sempat juga dia melepaskan geramnya pada Chanyeol sebelum dia berangkat untuk meninggalkan Australia. Setelah itu juga dia bertekad untuk tidak mahu bercinta lagi.

 Setelah itu juga dia bertekad untuk tidak mahu bercinta lagi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
T H E   N E R DTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang