3 | Rindu (18SX)

18.7K 91 31
                                    

Hidung menangkap bau 'manis' faraj sebelum lidahnya dijelir keluar dan mula menjilat. Lidah yang basah bertemu dengan permukaan kulit faraj yang lembut menghasilkan satu ransangan yang luar biasa. Setiap inci celah kangkang itu diteroka dengan lemah lembut tapi bersungguh-sungguh sehingga pasanganya mendesah kenikmatan. 

"Sedap sayang?" soal Luqman sebelum meneruskan kerjanya

Dia tidak dapat pastikan apa yang wanita itu katakan tapi Luqman juga tak endah. Dia sendiri tak sedar bila masa mereka berbogel tapi yang pasti hubungan intim ini hasil persetujuan bersama tanpa paksaan. Setelah puas aksi pemanas badan, Luqman terus menolak masuk zakarnya ke dalam faraj perempuan itu. Tapi peliknya Luqman tidak merasa kehangatan membaluti zakarnya seperti tiap kali dia menghenjut faraj. 

Tiba-tiba mata Luqman terbuka dan dia sedar dari tidurnya. Huh! mimpi? biar betul!. Sudah terlalu lama dia tidak mimpi basah begini tapi kenapa sekarang? bukankah mimpi basah itu untuk lelaki remaja yang akil baligh dengan kantung sperma yang penuh? Luqman keliru sekejap sebelum memerhati jam yang menunjukkan sudah hampir waktu subuh. Hati Luqman kuat mengatakan bahawa perempuan dalam mimpinya itu benar-benar wujud dan membuatnya bahagia. Tapi perempuan itu bukanlah Rahimah mahupun Ain. Lagilah Luqman keliru. Untuk menghilangkan was-was Luqman tetap mandi wajib dan menunaikan solat subuh seperti yang diperintahkan di masjid berdekatan. 

"Ayah kamu macam mana nak?" soal Imam Rosli ketika mereka berdua baru saja menapak keluar dari ruang solat.

"Demam masih belum kebah. Itupun gigih nak datang masjid, terpaksa saya tegah dan suruh dia solat di rumah saja sebab takut dia pengsan pula. Badannya masih lemah" raut wajah Luqman jelas menunjukkan dia khuatir akan kesihatan Ayah angkatnya. 

"Doktor ada kata apa-apa?" tambah Imam Rosli

"Suruh banyakkan berehat dan jaga makan aje" balas Luqman yang mengetahui punca utama Ayah Borhan begitu bukan kerana virus penyakit tapi lebih pada kerinduan melampau pada anak angkatnya, lebih tepat lagi pada Salina yang sudah lama menghilang. 

Selepas surat itu dibaca, Luqman sudah tidak mendengar berita tentang adiknya itu, nombor telefon sudah dinyah-aktif. Ayah Borhan benar-benar risau akan anak perempuannya itu dan tak tahu kenapa tiba-tiba menghilang. Tiada siapa tahu yang Salina membawa diri kerana terlalu kecewa dan Luqmanlah penyebabnya. Memang dia ingin selesaikan perkara ini tapi Salina mengelak, mungkin kerana malu ataupun takut. Tapi apa yang Luqman mahukan hanyalah keluarga mereka bersatu semula seperti masa kecil.

Baru saja hubungan Zain dan Ayah Borhan pulih, kini masalah antara Luqman dan Salina pula, bilakah semua ni berakhir, jujur Luqman penat dengan semua drama ini. Sudahlah dia diasak dengan kegagalan mendapatkan projek baru, syarikatnya pula seperti mengalami masalah dalaman yang sukar untuk Luqman pastikan. Ada sesuatu yang sedang berlaku antara pemegang saham dan bahagian pengurusan tapi pabila dia cuba siasat semuanya nampak okey. Tapi hatinya tidak tenteram.

"Abah, jom" tegur Iskandar yang baru saja mendekati mereka berdua

"Oh ya, Luqman Abah balik dulu ya, nanti Abah datang melawat Ayah kamu tu" kata Imam Rosli sebelum memeluk dan mengucup kedua pipi Luqman.

"Gerak lu bro" Iskandar turut memeluk Luqman dan mereka pun berpisah.

***

"Macam tak jadi je ni" rungut Luqman sambil memerhati resepi di atas meja

Kuih Seri Muka yang cuba dihasilkan seperti rosak dan lapisan paling atas terlalu lembik dan mudah hancur, sehancur hati Luqman. 

"Ayah laparlah" celoteh si cantik Syafina menarik perhatian Luqman dari resepi itu. Anak-anaknya baru saja tiba semalam lepas dihantar oleh bekas isteri. Sudah seminggu berlalu dan Luqman langsung tak sedar.

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now