36 | Rombak, Golak, Rosak

2.2K 86 70
                                    

"Ayah, abang mana?" soal Salina 

Dia baru saja tiba di rumah setelah puas berpusing-pusing di pusat beli-belah. 

"Ada kat dapur tengah makan cekodok dengan anaknya" jawab Ayah Borhan yang sedang mengunting daun dan dahan lebih dari pokok hiasan di halaman rumah. 

Pada usia begini Ayah Borhan mudah bosan, selain dari menyertai kerja amal pihak masjid, dia mencuba untuk berkebun sebagai salah satu terapi. Dia juga membela beberapa ekor ikan yang Luqman belikan lengkap dengan kolam air kecil dia belakang rumah untuk Ayah Borhan. 

"Huh?! budak-budak bukan kat rumah kak Imah ke?" Salina terkejut

"Tadi Luqman bawa mereka ke sini" balas Ayah Borhan sambil memeriksa pokok hiasannya.

"Ayah, Ina nak tanya sikit. Abang Luqman okey ke tu? Dia nampak kusut tak?" soal Salina

Terkejut Ayah Borhan dengan soalan itu. Dari mana Salina tahu. 

"Tadi dia tertekan, tapi sekarang sudah okey. Kenapa kamu tanya begitu?" soal Ayah Borhan ingin tahu.

"Tadi Ahmad telefon Ina, dia suruh Ina bawa Ayah keluar dari rumah dan bermalam tempat lain kalau abang Luqman tengah kusut" jelas Salina berbisik takut didengari Luqman

"Jadi Ahmad tahulah? Pasti ini masalah pejabat" Ayah Borhan menggeleng kepala kerana kesal dengan masalah yang menimpa Luqman.

"Ina masuk dulu nak tengok budak-budak tu" kata Salina

"Haa ye la" balas Ayah Borhan.

Salina masuk perlahan-lahan kerana perutnya sudah semakin membesar dan berat. Dia menjenguk ke meja dapur dan melihat tiga anak saudaranya sedang makan. 

"Nak makan cekodok?" soal Luqman dari belakang

Terkejut Salina 

"Ya Allah abang! terkejut Ina tau" jantung Salina berdegup kencang.

"Kamu tu masuk rumah pun tak bagi salam" tegur Luqman sebelum berselisih dan masuk ke dapur untuk bersama anak-anaknya

"Helo sayang-sayang mak ngah semua" tegur Salina sengaja menceriakan suasana

"Mak Ngah!!" Fariz teruja

"Makan apa tu? nak sikit" pinta Salina

"Nah" Nur Syafina menghulur pinggan

"Alaa nak Fina tolong suapkan" usik Salina

Nur Syafina hanya ketawa sebelum dia menyuap cekodok pada Salina.

"Duduklah dik, nak Milo ke Teh O?' soal Luqman yang sudah siap dengan cawan kosong

"Teh" balas Salina pendek. 

Dia seronok melihat gelagat anak saudaranya makan. Luqman datang dengan secawan Teh O. 

"Ina ada nampak ayah?" soal Luqman

"Ada kat luar, tengah tengok-tengok pokok" balas Salina

Salina kemudian tersedar dahi Luqman luka.

"Abang! kenapa dengan dahi tu? Pagi tadi okey je" soal Salina 

"Kemalangan" balas Luqman acuh tak acuh.

"Abang nak jumpa ayah kejap" Luqman kemudian meninggalkan mereka.

"Kemalangan apa? Pelik. Tapi abang nampak macam okey je. Kenapa abang Ahmad tadi macam takut-takut. Haiz peninglah" Salina bercakap sendiri.

***

Malam menjelma, Luqman dan ahli keluarganya sudah selesai makan malam dan kini sedang berehat sambil menonton televisyen bersama. Salina perasan yang abangnya lebih banyak diam dan fokus menonton. Tak lama kemudian, anak-anak sudah terlena di ruang tamu dan Luqman mengangkat mereka masuk ke bilik. Salina juga ingin berehat dan pergi ke biliknya. Yang tinggal hanya Ayah Borhan dan Luqman saja. 

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now