"Abang akan kahwin lagi satu" suara Luqman mendatar tapi ianya ibarat halilintar di telinga Kholidah
Agak lama mereka berdiam diri sebelum Kholidah bersuara.
"Kenapa tiba-tiba?" soalnya lembut tapi terseksa di dalam. Setiap titis air mata ditahan dari tumpah.
"Entahlah, abang rasa macam nak kahwin lagi" balas Luqman selamba
"Apa kurangnya sayang abang? Abang katakan apa salah sayang, bagi sayang peluang betulkan" soal wanita itu
"Tiada yang kurang atau salah. Kamu isteri yang baik" balas Luqman
"Tapi abang nak kahwin baru. Kenapa?" soal Kholidah yang mahukan jawapan
"Sebab abang tamak. Abang tak cukup satu dan abang mahukan lebih" tipu Luqman
Kholidah terkesima dengan jawapan sang suami. Otaknya cuba berfikir di mana logiknya namun gagal. Setelah lama berkahwin kenapa semudah itu Luqman ingin memadukannya, tidakkah lelaki itu ambil berat tentang perasaannya? Selama ini dia setia bersama Luqman namun dibalas begini. Sakit hati Kholidah bagai disiat-siat. Tuhan saja yang tahu kini dia tergolong antara orang-orang yang dianiaya.
"Tak bolehkah abang batalkan niat abang?" rayu si isteri
"Abang tak minta persetujuan apatah lagi kebenaran. Abang cuma sampaikan hajat dan akan tetap meneruskan niat abang untuk kahwin lagi satu" tegas Luqman
"Apa yang sayang perlu buat supaya abang tukar fikiran?" soal Kholidah dengan mata berkaca menunggu pecah
"Tak ada" jawab Luqman pendek
"Kalau begitu, tolong lepaskan sayang. Sayang tak rela dimadukan begini abang. Sayang masih ada maruah" air mata tak dapat ditahan lagi
"Maruah sayang terjaga selagi mana sayang kekal jadi isteri abang. Abang sudah nekad untuk bersama sayang hingga akhir hayat dan takkan melepaskan sayang" balas Luqman
"Tolong jangan seksa sayang begini abang" Kholidah tidak rela berkongsi suami dengan orang lain. Dia sangat sayangkan Luqman dan melihat Luqman bersama wanita lain sudah cukup membuat hatinya hancur berkecai
"Sebaliknya, abang tidak seksa kamu tapi abang ingin jaga kamu" itulah janji Luqman pada Ayah Borhan dan dia akan kotakan janji itu.
Lagipun perkahwinan mereka juga dibina atas janji tersebut. Luqman hanya melaksanakannya saja. Kholidah terduduk mendengar kata-kata Luqman. Dunianya gelap serta-merta dan dia tak nampak jalan keluar. Kebahagiaan berpanjangan bersama suami terpaksa dikongsi dan ini mimpi ngeri. Pasti dia menerima cemuhan masyarakat yang mengutuk dia tidak pandai jaga suami sehingga mahu kahwin lagi.
Tanpa dikawal, tangisan Kholidah mula kedengaran dan dia benar-benar patah hati. Tergamak Luqman memilih untuk kahwin lagi. Dia jatuh terduduk dilantai dengan air mata yang membasahi pipi. Luqman menghampiri isterinya lantas memeluk erat wanita itu, tiada emosi yang ditunjukkan dari wajah Luqman. Kosong.
"Lepaskan sayang" Kholidah meronta dan cuba merajuk tapi pelukan Luqman semakin erat
Melihat Luqman semakin erat, Kholidah semakin kuat meronta. Akhirnya Luqman hilang sabar bila dadanya dipukul dan bahunya digigit
"Sayang! abang takkan lepaskan sayang. Sampai bila-bila pun sayang isteri abang. Faham!? Lagipun kamu sekarang mengandung anak abang. Mana mungkin abang lepaskan kamu begitu saja" tegas Luqman dengan suara tinggi
Kholidah terdiam ditegur begitu dan matanya berkaca lagi. Sudahlah dimadukan, kini ditengking pula. Hancur hati wanita itu. Dia kembali menangis sebab tak tahan sementara Luqman menyembab wajah isterinya ke dada bidangnya.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
Ficción GeneralDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...