30 | Bongkar

2.2K 80 75
                                    

Luqman keluar dari lif dan terserempak dengan Ahmad.

"Haa kau dah makan?" soal Luqman pada Ahmad

"Belum tuan, baru nak pergi" kata Ahmad pula

"Ni Syazariffah ada kasi puding caramel sikit, jom makan dengan aku dalam bilik. Aku pun dah siap bungkuskan snack plate untuk kau ni" kata Luqman

Ahmad berterima kasih pada Luqman dan mengikutnya ke bilik.

"Tadi Emilie datang, nak bincang pasal produk baru" Ahmad duduk di hadapan Luqman sambil membuka kotak KFC tersebut.

"Aku tahu, tadi pembantu dia, Syazariffah tu ada dibawah, lepas tu dia ajak aku makan sama-sama" balas Luqman

"Jadi macam mana sekarang?" soal Ahmad

"Keputusan terletak di tangan kau. Kalau kau selesa dengan dia kita teruskan kalau tidak kita tolak" balas Luqman

"Memandangkan kita ada masalah mendapatkan projek, saya rasa ini peluang baik. Saya boleh ketepikan sikap Emilie demi keuntungan syarikat" kata Ahmad dengan yakin

Luqman merenung wajah lelaki yang makan dihadapannya.

"Baiklah aku percaya pada kau dan kita akan teruskan" balas Luqman

"Baik Tuan" Ahmad mula menjamu selera.

"Oh lagi satu, lupa nak cakap, aku ada rancang nak kahwin balik" kata Luqman

Hampir tersembur makanan dalam mulut Ahmad. Terbeliak mata lelaki itu. Dia tidak bersedia untuk terima berita mengejut hari ni.

"Dengan siapa?" soalnya pantas

"Rahimah" balas Luqman 

Wajah Ahmad benar-benar berubah. 

"Maaf, tapi saya tidak setuju" kali ini Ahmad tegas

Luqman sendiri terkejut dengan respon Ahmad. Selalunya Ahmad jenis tidak melawan melainkan ianya betul-betul penting. 

"Aku tak minta persetujuan kau pun" ego Luqman muncul

Entah kenapa dia rasa tercabar bila Ahmad cuba menentang perbuatannya

"Dia tidak layak untuk tuan" kata Ahmad

"Siapa kau hendak menilai dia? Dia tu Ibu pada anak-anak aku" Luqman mula berang

"Memang betul tapi dia bukan wanita yang boleh dipercayai. Saya harap tuan tidak terburu-buru dalam hal ini" pinta Ahmad

"Aku sudah buat keputusan, sama ada kau suka atau tidak aku akan kahwin dengan Rahimah lepas hutang dia selesai" jelas Luqman

"Hutang? hutang apa?" soal Ahmad

Luqman terdiam. Dia tak sepatutnya bangkitkan soal hutang dan duit itu. 

"Jangan kata tuan termakan dengan rayuannya? Tuan sudah lupa dia penyebab tuan berhutang dengan ah long dulu?" soal Ahmad

"Betul tapi lepas tu aku jumpa Daddy Razali kan? dan lihat di mana kita berada. Semua ini terjadi sebab hutang bekas isteri aku tu" kata Luqman

"Tuan silap. Keputusan Daddy Razali memilih tuan tiada kena mengena dengan Rahimah. Perubahan Daddy Razali untuk insaf di akhir usia dia pun juga tiada kena mengena dengan Rahimah. Bahkan Daddy Razali sendiri tidak suka tuan bersama dengan wanita itu" terang Ahmad

"Aku tahu, memang dari dulu Daddy dan kau tak suka Rahimah. Aku tak faham kenapa. Cuba bagitahu aku kenapa" soal Luqman

Ahmad mengeluh berat. KFC depan mata sudah tidak menyelerakan.

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now