10 | Minta Maaf

3.9K 86 44
                                    

Luqman menutup pintu kereta dan membawa barangan yang dibeli tadi ke dalam rumah. Tadi belum sempat letak barang dapur ke rumah, dia sudah kelam-kabut bawa Nursyima ke hospital. Selepas ditumbuk oleh Idris, Luqman segera pulang ke rumah, ada baiknya dia tidak berada di hospital buat masa ni. Bukan kerana takut tapi kesabarannya hampir hilang tapi memikirkan keadaan Nurasyima yang sedang bertarung nyawa dan memerlukan Idris di sisi, Luqman tidak sampai hati hendak beradu tenaga dengan jirannya itu.

"Banyaknya beli barang" tegur Zain yang turun dari tingkat atas

"Esok anak-anak nak datang, jadi abang nak masak lebih sikit la" balas Luqman yang menyusun buah dalam peti sejuk.

"Okeylah nak keluar ni" Zain menuju ke pintu utama

"Eh kejap. Ni abang nak tanya sikit. Apa kata kamu tak payah tinggal kat rumah sewa kamu tu dan tinggal dengan abang je" kata Luqman

"Alaa abang ni, Zain pun nak juga merasa hidup berdikari. Lagipun rumah sewa tu dekat sikit dengan tempat kerja. Senang" jelas Zain

"Hurm abang bukan apa, kasihan dekat Ayah sendirian kalau abang kena pergi semenanjung atas urusan kerja" balas Luqman pula

"Yang tu boleh diatur abangku, kan adik selalu balik sini kalau abang takde" Zain masih tetap dengan pendiriannya untuk tinggal di rumah sewa

"Hurm baiklah, kalau itu yang kamu nak, tapi abang cuma nak cakap, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu dan Salina" Luqman menyelesaikan tugasnya

Zain meminta diri dan keluar. Tiba-tiba Luqman terdengar suara Zain dari luar memanggilnya

"Ada apa dik?" soal Luqman yang bergegas ke pintu utama

"Ni abang Idris nak jumpa abang" kata Zain sebelum menaiki kereta meninggalkan Idris yang berdiri di luar pagar dan Luqman yang masih di pintu.

"Kalau kau datang sini semata-mata nak tumbuk aku lagi, lebih baik kau balik je dan jaga bini kau tuh. Aku tak ada masa nak melayan" tegas Luqman yang mendekati jirannya

"Erm, Man..aku..erm aku nak minta maaf sebab tumbuk kau tadi. Aku salah. Maafkan aku ya" kata Idris

"Huh! Dah tumbuk muka orang, senang-senang je minta maaf. Sakit tau tak?" Suara Luqman meninggi

"Habis tu nak aku buat apa? Orang minta maaf tu terima je la" balas Idris yang mula hilang sabar

"Aik dah la minta maaf lepas tu marah aku balik. Kau ikhlas ke tak sebenarnya ni?" Perli Luqman

Idris terdiam seketika

"Okey-okey, aku tak nak gaduh dengan kau sekarang sebab aku banyak benda lagi nak buat. Aku balik ni pun sebab nak ambil barang isteri aku. Alang-alang tu datang minta maaf dan terima kasih sebab kau sudi tolong aku" jelas Idris sebelum beredar

"Itu je? Lepas berbulan-bulan kita tak bercakap, itu je?" Soal Luqman yang berdiri di hadapan jirannya

"Eh? Kau nak apa sebenarnya?" Soal Idris kembali

"Apa aku nak? Kau tanya apa aku nak?" Suara Luqman kembali meninggi

Tiba-tiba tubuh Idris dipeluk erat oleh Luqman sehingga tentera itu terkejut dan kaku.

"Aku nak hubungan kita macam dulu. Aku nak jiran aku yang dulu. Yang temankan aku bersenam, yang ajak aku panjat gunung Kinabalu. Aku nak lelaki itu semula" bisik Luqman pada Idris

Akhirnya Idris membalas pelukan Luqman bahkan lebih erat.

"Aku rasa itu cadangan yang bagus. Aku pun rindu kau Man. Aku tak ramai kenalan di sini dan kaulah yang paling rapat dengan aku. Aku rasa kosong dan sunyi bila kita tak rapat macam dulu" balas Idris

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now