40 | 06:45PM

2K 86 32
                                    

"Apa pandangan anda tentang pekerja?" soal Luqman

"Pada saya mereka adalah orang yang berkhidmat untuk kita dan menjadi tulang belakang syarikat. Ada kalanya kita boleh jadikan mereka sebagai kawan tapi perlu ada batasan antara majikan dan pekerja" jawab seorang lelaki berpakaian sut mewah yang lengkap dan segak.

"Boleh terangkan kenapa anda rasa, anda adalah calon berbeza dari yang lain?" soal Luqman

"Kerana ramai insan di luar sana beranggapan bahawa perempuan tidak mampu mengetuai sebuah syarikat dan saya akan buktikan bahawa ianya tidak benar. Wanita boleh buat lebih dari itu. Selain itu saya juga memiliki skill yang pelbagai, sesuai untuk syarikat conglomerates" jawab seorang wanita berkeyakinan tinggi yang sedikit berusia tapi masih kelihatan cantik dan anggun.

"Jika anda berdepan dengan tekanan. Apa yang akan anda lakukan?" soal Luqman

"Saya adalah seorang yang mudah terhibur. Jadi apa yang akan saya lakukan adalah mengingati memori indah tidak kisahlah masa kecil atau ketika remaja ataupun pabila saya sudah dewasa dan ianya akan buat saya tersenyum. Sangat membantu untuk saya bertenang. Bila sudah tenang mudahlah saya nak menangani tekanan kerja" jawab seorang wanita sebaya Luqman

"Apa rancangan awak untuk syarikat ni. Jika kami beri awak peluang untuk masuk dalam keluarga kami?" soal Luqman

"Rancangan saya mudah saja. Usahakan strategi pasaran terbaru dan rangka pelan untuk masa depan mengikut trend terkini. Zaman sekarang banyak potensi yang belum kita terokai dan saya teruja untuk bersama-sama membangun dengan syarikat" jawab seorang lelaki sedikit berusia dari Luqman.

"Bagaimana anda bahagikan masa antara kerja dan keluarga?" soal Luqman

"Sebagai seorang ibu yang memiliki dua orang anak, memang agak mencabar tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan anak saya setiap kali pulang ke rumah. Saya tidak akan campur urusan kerja dengan rumah tangga. Kerja adalah kerja, keluarga adalah keluarga. Masa dihujung minggu memang akan diluangkan sepenuhnya untuk keluarga setelah lima hari bekerja keras di pejabat" jawab seorang wanita yang lain pula.

Luqman merenggangkan badannya sedikit. Selesai temuduga untuk jawatan CEO bagi menutup kekosongan yang ditinggalkan oleh Ahmad dalam syarikat Luqman. Dia tidak membuang masa, sebaik saja Ahmad angkat kaki, Luqman sudah meminta pengurus HR untuk mengiklankan jawatan kosong untuk CEO. Ramai calon berpotensi tapi ditapis terlebih dahulu oleh pengurus HR bagi memudahkan Luqman membuat pilihan. Menurut pengurus HR. Mereka pilih yang terhebat daripada yang terbaik.

"Terbaik dari ladang" kata Pengurus HR tersebut.

Luqman hanya tersenyum ketika berdepan dengan calon-calon yang hadir kerana kebanyakan mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dari Luqman dengan latar belakang pendidikan kukuh serta mengagumkan. Kebanyakan mereka adalah lulusan luar negara dan pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat gergasi di dalam dan luar negara juga. Ini bermaksud, pengurus HR tidak main-main pabila mereka katakan yang ini adalah antara yang terhebat setelah ditapis.

Luqman duduk di bilik mesyuarat itu sendirian. Meneliti resume para calon yang telah dia temuduga sebelum ini. Bukan mudah hendak buat keputusan dengan hanya temuduga kerana itu adalah pengenalan semata-mata. Kemahiran mereka akan diuji ketika bekerja nanti. Setakat ini daripada lima orang calon yang dia jumpa, hanya dua orang saja yang benar-benar menonjol. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Selebihnya diletak dalam senarai KIV. Luqman kemudian melempar pandangannya keluar tingkap untuk memerhati struktur bandar Kuala Lumpur yang megah. Sudah bertahun-tahun datang ke sini, bangunan semakin rancak dipacak dan jalan raya semakin hebat sesaknya.

Pintu mesyuarat dibuka secara tiba-tiba memaksa Luqman untuk melihat siapa tetamu yang tidak diundang.

"Tak perlu susah-susah nak interview. Sebab aku dah ada CEO  yang sesuai untuk gantikan Ahmad" Saiful muncul dengan senyuman nipis di bibir.

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now