"Apa tunggu lagi?" soal Luqman yang sudah melangkah
Ahmad dan Halisya masih tergamam dengan arahan Luqman. Hati Ahmad tidak puas hati, suka hati Luqman saja mengajak kekasihnya makan dan menyuruhnya pulang. Ini tak boleh dibenarkan. Ahmad mengekori Luqman sementara Halisya tidak berganjak.
"Tuan, maaf, tapi saya rasa Halisya tak dapat temankan tuan hari ni" Ahmad menarik perhatian Luqman
"Oh ya? kenapa?" soalan sinis
"Err...sebab dia ada hal lepas ni" balas Ahmad
Luqman memandang wajah Ahmad kemudian berpaling ke wajah Halisya, gadis itu tertunduk malu. Luqman melangkah ke arah Halisya dan diekori Ahmad.
"Betul ke awak ada hal lepas ni?" soal Luqman pada gadis muda itu
Halisya memandang Ahmad sebelum mengangguk kepala. Luqman tahu itu helah Ahmad.
"Saya dapat rasakan hal itu tidak penting, tangguhkan dahulu dan ikut saya makan. Ahmad pula pergi balik, awak nampak penat sangat dan perlu berehat" Luqman beri kata putus
Sekali lagi kedua insan itu terlopong.
"Awak tunggu saya bentang karpet merah ke?" soal Luqman dengan nada tegas
Halisya kecut perut dan terus mengikut langkah Luqman meninggalkan Ahmad yang terpinga-pinga.
***
"Sikitnya makan" Luqman melihat Halisya seperti tiada selera hendak makan
Dia tahu gadis ini tak mahu bersamanya dan lebih suka bersama teman lelakinya, Ahmad.
"Saya dah kenyang" balas Halisya
"Sayangnya, ramai orang diluar sana tak cukup makan tapi awak pula senang-senang bazir makanan" sindir Luqman
Halisya terdiam, perlahan-lahan dia memaksa diri menghabiskan makanan di pinggannya. Luqman pula tersenyum puas.
"Sudah berapa lama awak ada hubungan dengan Ahmad" soal Luqman
Halisya tersedak. Merah wajahnya mendengar soalan padu dari Luqman.
"A..ap..apa maksud tuan?" balasnya tergagap-gagap
"Saya bukan budak kecil untuk lihat hubungan kamu berdua bukannya sekadar kawan. Awak betul-betul ada perasaan dekat Ahmad ke? Kalau dia ajak awak kahwin, awak dah sedia?" Luqman kelihatan serius
Halisya menelan liur
"Kami belum terfikir ke tahap tu lagi. Buat masa ni masih kenal hati budi" balas gadis itu
Luqman ketawa.
"Jawapan macam artis!" Dia kemudian menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Saya tak mahu tau macam mana dan kenapa kalian berdua boleh bersama. Tapi satu je saya nak cakap. Ahmad tu istimewa, dia bukan macam lelaki lain. Siapa yang dapat dia, sungguh bertuah. Kalau awaklah orangnya, pastikan awak jadi isteri yang taat dan baik untuk dia sebab kalau awak menyusahkan atau buat dia terluka, siap! Awak akan berdepan dengan saya" tegas Luqman
Walaupun kata-kata itu mendatar tapi ada baur ugutan ditambah pula dengan renungan tajam membuat Halisya tak senang duduk. Disebalik tudungnya, dia sudah bermandi peluh dingin.
"Faham ke tak?" Soal Luqman
Halisya mengangguk kepala tanda faham dan mereka sambung makan.
"Ayah Luqman!!" Jeritan budak lelaki menarik perhatian Luqman dan Halisya
Luqman berpaling dan melihat anak tirinya Fauzan yang berlari menghampiri meja makan. Fauzan terus memeluk tubuh Luqman dengan erat.
Luqman mengucup kepala Fauzan dan membelai lembut. Tak lama lepas itu, Suzana dan seorang lagi anaknya Syamila datang dekat.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
Aktuelle LiteraturDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...