38 | Lihatlah

2K 88 56
                                    

"Kholidah, sini kejap" panggil Mak Cik Fatimah pada anak daranya

"Ada apa mak?" Kholidah duduk disebelah wanita tua itu

"Cuba tengok gambar ni" Mak Cik Fatimah menyerahkan sekeping gambar pada Kholidah

"Ni ke bakal suami Kholidah, mak?" soal Kholidah

"Ha ah. Ni lah anak Pak Cik Borhan tu. Bakal laki kamu nanti" balas Mak Cik Fatimah

"Owh..okey" balas Kholidah

"Okey je? haiz kamu ni. Macam mana? nak ke tak?" soal Mak Cik Fatimah

Semalam Ayah Borhan dan Imam Rosli tiba untuk merisik Kholidah sebagai isteri Luqman. Kedatangan mereka disambut baik oleh Mak Cik Fatimah sementara Kholidah tiada di rumah kerana kerja. Mereka bertukar gambar dan berbincang tentang hantaran dan urusan perkahwinan. Kata sepakat dicapai dan perkahwinan hanya akan diteruskan jika Luqman dan Kholidah masing-masing bersetuju. 

Wang hantaran pula adalah atas keputusan Kholidah saja dan mak cik Fatimah tidak mahu masuk campur. Urusan perkahwinan juga mereka bersetuju untuk melakukannya di rumah dan majlis sederhana dengan menjemput tetamu yang terdekat saja. Mudah dan jimat. 

"Kholidah okey je mak" kata gadis itu.

Sebab utama Kholidah bersetuju adalah kerana dia takut. Takut video dengan bekas teman lelakinya tersebar dan tiada siapa yang hendak mengahwininya. Dia juga enggan diganggu oleh bekas teman lelakinya. Mungkin dengan perkahwinan, lelaki itu akan berhenti dari berharap mereka akan kembali seperti dahulu. Luqman juga akan menjadi pelindungnya nanti.

"Okey betul ni? mak bagi kamu masa tiga hari untuk fikir. Mak tak mahu kamu kahwin terpaksa. Buat solat minta petunjuk dan solat hajat. Lepas tu bagitahu mak sama ada kamu nak teruskan atau tidak" arah Mak Cik Fatimah.

"Baiklah. Tapi kan mak, kenapa Abang Luqman tu setuju nak meminang Kholidah? kami ni ibarat langit dengan bumi kot. Dia kaya, kacak dan sudah berumur. Kholidah ni pula gemuk, tak cantik dan masih muda" soal Kholidah

"Haa tulah, mak memang setuju. Mak siap tanya kat Pak Cik Borhan lagi kenapa. Katanya Luqman sudi je menerima Kholidah. Pelik juga mak sebab bila tengok balik bekas isteri Luqman tu semua lawa-lawa" balas Mak Cik Fatimah

"Mak niii, cubalah pujuk Kholidah sikit, cakaplah Kholidah mungkin ada inner beauty ke sebab tu abang Luqman pilih Kholidah" rajuk gadis itu

"Inner apa kamu cakap ni, eh dah lah pergi kerja, kamu dah lambat ni" arah Mak Cik Fatimah.

Kholidah muncung sedepa dan bergegas keluar selepas menyalam ibunya.

"Mak ni bukannya nak puji anak sendiri, ditambah-tambah pula. Taulah kita ni gemuk. Sedihlah gini. Tapikan bila tengok balik Abang Luqman tu macam menyeramkan je. Badan besar berurat-urat, eww gelilah. Kenapalah dia tak muka jambu macam artis korea, kulit putih, badan kurus je pastu romantik. Ni tak, muka jantan sangat macam bodyguard je. Sekali dia lempang kau Kholidah mau tak tercabut kepala. Aduh takut la pula" bebel Kholidah sendirian.

***

Sebiji bawang merah besar dipotong perlahan di atas papan mencincang. Aroma bawang itu memedihkan mata sehingga terasa pedih dan sakit.

"Abang nak masak apa tu?" Mardiana muncul dengan perutnya yang sudah berisi sedikit.

Saiful dan Mardiana sedang menanti kehadiran anak mereka yang baru. Sudah empat bulan.

"Kari ayam. Kamu kata nak makan kari kan?" balas Saiful sambil meneruskan kerjanya memotong bawang.

"Lama juga abang lepak sampai tengah malam" kata Mardiana sambil membelek daun kari dalam plastik.

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now