"Iffah nak ke tandas kejap ya" kata Syazariffah sebelum meninggalkan Luqman dan Roslan di meja makan.
Mereka sedang menikmati makan tengah hari di hotel dalam negeri di bawah bayu.
"Aku nampak kau banyak berdiam diri saja" tegur Luqman yang sedar akan perubahan sikap Roslan.
"Aku, aku serba salah. Entahlah. Susah nak cakap" Roslan seperti ragu-ragu.
"Kau tak suka dengan Syazariffah ke?" Luqman menduga
"Eh bukan macam tuh, Syazariffah ni baik. Cuma aku masih cintakan Rabiatul. Dia tetap ibu pada anak-anak aku" balas Roslan
Luqman tersenyum
"Rabiatul bertuah memiliki suami yang baik macam kau Roslan. Aku harap dia belajar dari kesilapan dan kalian perbaiki perkahwinan kalian berdua" kata Luqman pula
Rancangan untuk membongkarkan kecurangan Rabiatul berjaya. Roslan menangkap Luqman dan Rabiatul yang baru selesai bersetubuh seperti yang dirancang dan ini menyebabkan pergaduhan besar antara Roslan dan Rabiatul. Roslan menumbuk muka Luqman agar lakonan mereka berjaya dan menghalaunya keluar. Roslan kemudian meninggalkan Rabiatul dan membawa anak mereka pulang ke kampung kononnya sedang merajuk.
Beberapa hari di kampung, akhirnya Rabiatul dan Roslan berbincang soal kecurangan isterinya. Tiada perpisahan berlaku dan mereka cuba untuk berdamai dan perbaiki kesilapan masing-masing. Namun Luqman sudah merancang untuk menghadiahkan Syazariffah pada Roslan dan lelaki itu bersetuju dek kerana berdendam pada isterinya. Maka sebab itulah mereka bertiga kini bercuti di Sabah selama seminggu. Habis tubuh Syazariffah dikerjakan oleh Luqman dan Roslan sepanjang mereka berada di sana. Akhirnya dendam Luqman terbalas, dia telah merosakkan perkahwinan Rabiatul dan kini wanita itu takut untuk bertemu dengan Luqman lagi dek kerana takut diceraikan oleh suaminya. Tapi apa yang Rabiatul tidak tahu adalah, Luqman dan Roslan kini sudah bersahabat dan banyak kali bertemu tanpa pengetahuan Rabiatul.
Pada masa sama, Luqman berjaya mengalihkan perhatian Syazariffah dari terus menganggunya dan mula rapat pada Roslan. Kini Roslan dan Syazariffah semakin intim dan boleh dikatakan mereka adalah pasangan kekasih gelap. Puas hati Roslan berjaya menduakan isterinya seperti mana wanita itu menduakannya dengan Luqman.
Di Kuching pula, Salina akhirnya selamat bertunang dengan agen insurans Luqman iaitu Jeffry. Kedua mereka memang secocok dan masing-masing diterima baik oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Ibu dan Ayah Jeffry sangat menyayangi Salina kerana gadis itu adalah anak yatim piatu yang dibesarkan oleh Ayah Borhan selaku bapa angkat dan belum pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Sikap Salina yang sopan, pandai mengambil hati orang tua dan sangat rajin menyentuh hati Jeffry lantas merancang untuk menjadikan Salina sebagai suri hatinya.
Kholidah pula berjaya mengubah wajah dan kulitnya menjadi lebih baik. Kini dia memang bersih dan cantik walaupun tanpa mekap. Hasil rawatan kulit yang mahal serta rutin penjagaan kulit yang konsisten, Kholidah kini berubah 180 darjah. Kehidupannya dengan Luqman juga mengajar dia erti kesabaran dan matang. Jika sebelum ini dia jenis degil dan mudah melawan serta kuat merajuk, kini dia lebih matang dan mudah dibawa berbincang. Mak Cik Fatimah juga bangga dengan perubahan Kholidah yang kini sedang melanjutkan pelajarannya dia sebuah institusi pengajian tinggi. Dia ingin mengubah dirinya menjadi wanita yang berpengetahuan dan berwawasan. Semuanya kerana Luqman, dia menjadikan lelaki itu sebagai idolanya kerana sering melihat kebijaksaan Luqman menyelesaikan masalah dan berpandangan jauh ke hadapan.
Kholidah ingin berada di taraf yang sama dengan suami. Masih segar dalam ingatannya ketika dia dan Luqman menghadiri majlis makan malam sempena hari raya aidilfitri yang lalu di mana dia kurang keyakinan diri bila bertemu tetamu dari pelbagai latarbelakang dan rata-rata mereka bukan calang-calang. Ahli politik, ahli perniagaan, doktor, dan macam-macam lagi. Kholidah kehabisan ayat untuk berbicara dengan tetamu perempuan yang lain kerana kebanyakan perbualan mereka bersifat ilmiah sambil menunjukkan kehebatan masing-masing sementara Kholidah hanya seorang perempuan gemuk yang masih dalam proses sembuhkan kulit dan hanya memiliki sijil SPM saja ketika itu.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
Ficción GeneralDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...