"Abang ceraikan dia atau Imah tak bagi abang jumpa dengan anak-anak lagi lepas ni. Pilih!" Rahimah bertegas
Luqman mengeluh berat.
"Apa masalah awak sebenarnya? kenapa awak enggan lepaskan saya dan biarkan saya dengan kehidupan yang saya pilih?" soal Luqman
"Sebab Imah masih cintakan abang! Sampai hati abang bernikah dengan perempuan lain sedangkan Imah masih setia di sini" jawab wanita itu
"Kalau kamu cintakan abang, kita tidak akan bercerai dahulu. Abang sudah lama lepaskan kamu agar kamu boleh terbang bebas sendiri seperti yang kamu pinta. Tapi kenapa kamu pula yang beriya-iya hendak masuk dalam kurungan abang semula?" soal Luqman
"Apalah gunanya hidup sendiri dan bebas jika kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu. Imah baru sedar yang Imah bukan mahu hidup berdikari sendiri, tapi Imah mahukan keluarga yang sempurna. Mahukan suami yang Imah cintai untuk menemani Imah di kala tua. Imah mahukan abang" kata wanita itu lagi.
Rahimah kemudian memeluk erat tubuh Luqman dan hampir menangis.
"Bertenang Imah. Tidak manis kalau orang nampak kita begini" pujuk Luqman
Wanita itu akhirnya akur dan mula mendengar nasihat Luqman. Dari tingkat atas, Kholidah memerhati gelagat suami dan wanita itu. Hatinya sedikit terkesan dengan pelukan tadi. Adakah mereka masih punya hubungan? Apa motif perempuan itu menangis dan apa yang mereka bincangkan. Kholidah tidak sanggup melihat adegan itu lebih lama, dia lantas kembali ke tilam dan berehat dengan hati yang pilu.
***
Masa berlalu dengan pantas dan malam ini merupakan malam terakhir untuk solat terawih. Jemaah di masjid sudah mulai kurang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Jika sebelum ini, minggu pertama penuh hingga keluar masjid. Minggu terakhir pula tidak sampai sepuluh saf.
Luqman bersyukur kerana dia dan ahli keluarganya puasa penuh dan terawih juga tidak pernah gagal. Puasa Fariz saja yang pecah dan hanya mampu bertahan selama dua minggu sebelum dia enggan meneruskannya. Sepanjang bulan ramadahn jadual Luqman sungguh padat. Bangun satu pertiga malam untuk menunaikan ibadah sunat bersama Ayah Borhan, Zain dan Fayyadh. Kemudian membantu Kholidah menyediakan makanan untuk bersahur.
Selepas Subuh di masjid, Luqman bergerak ke pejabat. Selesai kerja, Luqman akan singgah ke gim untuk senaman ringan kemudian ke bazaar ramadhan untuk juadah berbuka puasa. Sebelah malam pula, dia bersama keluarga akan solat terawih diikuti tadarus Al-Quran sebelum pulang ke rumah untuk tidur kerana dia perlu bangkit awal dan mengulangi rutin hariannya semula. Syarikat Luqman kini dalam keadaan stabil dan projek mula bertambah hasil bantuan Zakaria. Apa yang Luqman boleh simpulkan adalah Zakaria seorang CEO yang unik. Dia nampak seperti mesra dan mudah didekati oleh staf bawahan serta senang diajak berkawan tapi bukan bermaksud kepalanya mudah dipijak. Zakaria masih memegang kuasa dan kemesraannya hanyalah topeng disebalik kebijaksaannya dalam bermain dengan psikologi dan emosi staf.
Setiap isu yang muncul mampu dibidas dan diselesaikan dengan hanya berbincang dan sesi pujuk-memujuk. Projek bersama Ameera juga berlangsung dengan baik dan wanita itu gagal mempengaruhi Zakaria. Ternyata Zakaria bukan mudah diperbodohkan dan dia tahu bila untuk berkata 'TIDAK' pada permintaan yang difikirkan boleh mengugat keuntungan syarikat.
Saiful pula tidak menganggu Luqman begitu kerap kerana dia juga sibuk beribadah tapi Luqman sedar lelaki itu semakin lama semakin berkuasa dalam syarikatnya. Staf dan ahli lembaga pengarah mula berpihak pada Saiful dan ini sedikit sebanyak menjadi ancaman pada posisi Luqman. Tetapi dia kekal tenang dan ingin lihat apa lagi yang bakal Saiful lakukan. Kholidah pula mula belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai isteri. Mulanya agak kekok tapi lama kelamaan dia dapat terima. Dia sudah tahu jadual dan rutin harian Luqman sepanjang bulan puasa. Walaupun kebanyakan kerja rumah disiapkan oleh Luqman dan orang gaji, Kholidah cuba membantu sebanyak yang dia mampu tapi memang tidak banyak yang dia dapat lakukan.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
General FictionDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...