41 | Sinis

2.2K 84 32
                                    

"Sedapnya salmon ni abang. Iffah suka sangat" kata Syazariffah ketika makan malam bersama Luqman di sebuah restoran mewah di bandar Kuala Lumpur.

"Kamu patut rasa steak ni. Dagingnya diperap dengan baik dan rempahnya memang menonjol" puji Luqman

Malam itu, Syazariffah mengenakan pakaian sedikit terdedah tapi masih nampak anggun. Ini adalah pakaian paling mahal yang pernah dia beli dan terpaksa, dek kerana dia yang beriya-iya mengajak Luqman untuk makan bersama. Mujurlah Luqman tidak menolak jika tidak pasti sia-sia saja usahanya selama ini. 

Selesai makan, Luqman dan Syazariffah bersiar-siar di dalam Berjaya Times Square mall untuk melihat sekiranya ada barang yang berkenan di hati untuk dibawa pulang. Sepanjang masa Syazariffah cuba mendekatkan diri dengan Luqman, sengaja merapatkan bahu, sengaja menarik tangan Luqman ketika ingin berpindah ke kedai seterusnya. Luqman hanya berlagak seperti biasa walaupun dalam hatinya tidak selesa dengan kelakuan Syazariffah yang terlalu manja dan sedikit mengada-ngada. Mata orang sekeliling menunjukkan mereka sedikit jengkel dengan sikap gadis itu.

Setelah puas berjalan dan membeli barang yang dibelanja oleh Luqman, mereka berdua pulang bersama dan Luqman sudah bersetuju untuk menghantar Syazariffah pulang ke rumah memandangkan rakan serumah Syazariffah yang menghantarnya datang tadi tidak dapat dihubungi. Entah betul atau tidak pun tak tahulah. 

"Minggu depan abang free tak?" soal Syazariffah 

"Minggu depan abang dah balik Kuching" balas Luqman sambil fokus memandu

"Alaaa yeke? kejapnya abang kat sini. Kenapa tak lama sikit?" soal Syazariffah sedikit manja

"Ada urusan kerja" balas Luqman

"Susahnya nak jumpa abang lepas ni. Kalau Iffah rindu macam mana?" ada nada merajuk dari kata-kata Syazariffah

Luqman tertawa kecil

"Sebelum ni bukannya pernah rindu pun. Kenapa tiba-tiba?" soal Luqman

"Itu dulu, sekarang lain" balas Syazariffah.

"Dah sampai" kata Luqman selepas menghentikan kenderaan di bahu jalan raya.

"Okey. Terima kasih abang kacak" 

Cup!

Satu kucupan mesra melekat di pipi Luqman tapi lelaki itu tiada reaksi dan berlagak seperti biasa saja. Mereka kemudian berpisah.

***

Air mata yang mengalir di pipi dikesat lembut. Gadis itu tidak dapat menahan diri dari menangis. Dia tewas, dia kalah dengan kudrat lelaki yang jauh lebih besar dan gagah. Bagaimana dia boleh ditangkap. 

"Kenapa menangis?" soal lelaki bernama Ahmad 

Gadis yang dipanggil Safiya itu duduk di meja makan berhadapan dengan Ahmad. Malam itu semuanya berjalan seperti biasa, selepas pulang dari tempat kerja, Safiya memasak untuk makan malam. Tinggal sendirian di rumah sewa begini membuatnya rasa selamat. Hidup sebagai pelarian.

Tapi malam ni sedikit beza. Dia leka akan pintu utama yang lupa dikunci sehingga membenarkan seorang lelaki yang dia jumpa hanya sekali untuk mencuri masuk dan menunggunya di ruang tamu. Selesai memasak, dia hendak makan di ruang tamu bertemankan televisyen namun ketika melangkah, satu pelukan erat dari belakang mengunci tubuhnya dan mulut ditekup dengan tapak tangan yang besar dan kasar. 

Jeritan Safiya ditenggelami tangan itu. Dia cuba meronta-ronta namun gagal. Safiya bukanya seorang yang lemah. Dia cuba menyiku perut orang yang menguncinya tapi tiada respon. Dia berjaya mengigit tapak tangan itu dan membenam giginya dalam kulit sehingga luka tapi lelaki itu langsung tidak menjerit dan hanya membiarkan saja. Tanganya diperbuat dari besi ke apa?

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now