34 | Kebenaran

2.2K 79 61
                                    

"Hai! lama tunggu?" seorang gadis bertudung labuh warna merah jambu lembut menyapa seorang gadis bertudung shawl  bercorak abstrak yang duduk di satu meja makan di sebuah restoran sendirian.

"Eh taklah baru je sampai, silakan duduk Rabiatul" kata gadis bertudung shawl bernama Suzana.

"Terima kasih" Rabiatul melabuhkan punggungnya dan tak lama kemudian seorang pelayan datang dan mengambil pesanan.

"Minum je? tak nak makan? saya belanja" soal Suzana

"Eh takpe lah. Dah makan kat rumah tadi" balas Rabiatul

"Cantik tudung. Beli kat mana?" soal Suzana

"Eh mak yang jahitkan. Biasa-biasa saja" balas Rabiatul yang tersipu malu.

"Oh ya, Puan Suzana ajak saya jumpa ni sebab nak berbincang tentang sesuatu kan? Puan kata penting dan tak boleh bincang dalam telefon, boleh saya tahu apa dia?" soal Rabiatul

"Ya, soal bekas suami saya Luqman" kata Suzana

"Bekas suami? maaf, saya tak tahu pula puan dengan suami sudah bercerai. Puan okey ke? Perlukan bantuan?" Rabiatul terkejut dengan berita itu

Suzana berasa ragu-ragu sama ada wanita di hadapannya benar-benar terkejut atau dibuat-buat.

"Takpe, saya okey je. Lagipun tiada gunanya kahwin dengan orang yang tidak suka kita" balas Suzana

"Bekas suami puan tak suka puan ke?" soal Rabiatul

"Mungkin. Sebab tu saya nak jumpa dengan awak nak tanya sikit" kata Suzana

Dahi Rabiatul berkerut.

"Apa dia puan?" soal Rabiatul

"Awak ni skandal Luqman ke?" soal Suzana terus terang tanpa selindung. 

Dia sudah malas hendak berbasa-basi dan bertapis-tapis. Rabiatul lantas beristighfar.

"Maaf, tapi saya rasa puan salah faham. Saya dengan bekas suami puan tak ada hubungan lebih dari kawan. Saya pun isteri orang dan ada anak" jelas Rabiatul

Sukar untuk Suzana mempercayai kata-kata Rabiatul.

"Oh ya? habis tu kenapa jaket Luqman, awak yang serahkan tempoh hari lepas balik dari reunion kat pantai damai?" serang Suzana yang tidak puas hati

"Oh yang tu sebab Luqman tertinggal jaket dia kat bilik. Jadi salah seorang pekerja situ serahkan kat saya sebab saya organizer" tipu Rabiatul

"Macam mana saya nak tahu awak bercakap benar atau sebaliknya?" soal Suzana

"Puan nak percaya atau tidak itu terpulang, saya pun tak boleh ubah fikiran puan. Cuma yang boleh saya nasihatkan adalah jangan suka-suka menuduh kalau tidak punya bukti. Kalau puan nak saksi, puan boleh tanya kawan-kawan saya yang turut berada di situ. Mereka semua akan kata yang saya dan Luqman jaga batas masing-masing dan kami bukan skandal" jelas Rabiatul panjang lebar.

Kini Suzana terdiam. Dia berasa bodoh kerana bertindak melulu tanpa berbincang dengan Luqman sedangkan lelaki itu beberapa kali mengajaknya berbincang. Alangkah ruginya dia. 

"Kita orang perempuan kadang-kala suka fikir bukan-bukan dan akhirnya membawa pada hati terluka. Kalau saya jadi puan, saya akan ikut suami saya ke majlis reunion tu kalau takut sangat suami puan dirampas. Saya minta diri dulu" Rabiatul bangkit dan meninggalkan Suzana dengan ejekan.

'Hurm..Luqman dah jadi duda? menarik ni' Rabitul bercakap dalam hati dengan satu senyuman puas di bibir.

"Abang Luqman mungkin tak bersalah. Bodohnya kau ni Suzana, kalaulah aku tak ikutkan sangat perasaan mesti sampai sekarang masih bersama dengan abang Luqman" Suzana bersedih

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now