Luqman membaca mesej ucapan selamat pagi dari Rahimah dengan senyuman lebar di bibir. Hati berbunga memikirkan hubungannya dengan Rahimah bertambah baik. Pertemuan tempoh hari membuat Luqman tergerak hati untuk melamar semula bekas isterinya setelah dianggap masa yang sesuai. Dia tidak mahu buang masa bermain cinta dengan Rahimah takut-takut kalau wanita itu terbuka hati pada lelaki lain pula, alamatnya melepaslah Luqman. Cukuplah keterlanjuran Idris dengan Rahimah sebelum ini, dia tidak sanggup berdepan dengan episod Rahimah memilih lelaki lain.
Namun buat masa ini Rahimah ingin fokus pada kerjaya dan keluarga dahulu. Dia masih belum memutuskan sama ada menerima Luqman atau tidak dan menangguh lamaran sang duda sado itu. Luqman juga tidak memaksa dan hanya memberitahu bahawa dia sentiasa ada sekiranya Rahimah memerlukannya. Pujukan Luqman ternyata membuahkan hasil pabila Rahimah semakin rajin bertanya khabar. Semalam sebelum tidur, Luqman sempat menghubungi Rahimah dan mereka berbual seketika ibarat pasangan yang sedang mabuk cinta. Luqman betul-betul gembira. Ketukan pintu pejabatnya kedengaran dan menyedarkan Luqman dari lamunan.
"Ni maklumat yang kau nak tentang bakal klien kita di Kuala Lumpur tu" Ahmad menyerah beberapa dokumen pada Luqman
Mata si duda meneliti helaian kertas itu sambil otaknya ligat berfikir.
"Berapa lama kau berada di sana nanti?" Ahmad menyoal
"Entah. Lepas jumpa klien ni dan uruskan syarikat Tan Sri Dzul, aku ingat nak cari Salina" jawab Luqman yang masih fokus pada dokumen itu
"Kau tahu kat mana nak cari dia?" soal Ahmad lagi
"Aku nak cari kat HKL dulu, dia kan kerja di sana. Mana tahu boleh jumpa" balas Luqman yang kemudian mengangkat wajahnya dan mata mereka bertemu
"Kenapa kau pandang aku begitu?" Luqman dapat rasakan ada sesuatu yang Ahmad hendak katakan
"Kau nampak lain. Macam terlebih gembira. Ada apa-apa yang perlu aku tahu ke?" tembak Ahmad
"Eh mana ada, aku okey je" tipu Luqman.
Dia masih belum sedia hendak menceritakan tentang hubungannya dengan Rahimah kerana khuatir Ahmad tidak bersetuju. Masih segar dalam ingatan usaha Ahmad dan arwah Daddy Razali yang cuba memisahkan dia dengan bekas isterinya itu.
'Lain macam Luqman ni. Patut ke aku ambil tahu tentang perubahan dia?' soal Ahmad sendiri sebelum keluar meninggalkan Luqman
***
Luqman memegang kemas dumbell di kiri dan kanannya seberat 35kg setiap satu dan memulakan senaman angkat berat incline bench press. Nafasnya diatur dengan betul dan tenaga dikerah sebanyak mungkin walaupun tangannya mula mengigil akibat letih. Mujurlah ini reps keempat. Selesai senaman Luqman meletak semula dumbell di rak dan mula menarik nafas dalam-dalam. Peluh mengalir laju dan bajunya sudah basah. Tuala kecil dicapai dan dia mula mengelap dahi dan lehernya yang berkeringat.
"Siotlah kenapa aku tak larat ni. Langsung takde tenaga" maki Luqman pada diri sendiri
Dia merenung cermin besar di hadapan sebelum teringat pagi tadi dia betul-betul gersang dan akhirnya melancap sebelum ke pejabat. Patutlah petang ni dia benar-benar letih dan tak larat hendak buat senaman angkat berat. Sekali lagi Luqman mencarut dalam hati.
"Ermm maaf, pakai tak dumbell ni?" soal seorang gadis bangsa cina yang menunjuk pada dumbell seberat 5 kg di hadapan Luqman
Luqman hanya menggeleng kepala dan gadis itu tersenyum lalu menyambar dumbell tersebut. Dia kemudian duduk di sebelah Luqman dan memulakan senaman shoulder press dalam keadaan duduk. Luqman buat tak endah dan ingin meneruskan senamannya yang lain tapi matanya tiba-tiba tertancap pada gadis cina itu kerana posturnya salah dan boleh mengakibatkan kecederaan.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
Ficción GeneralDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...