48| Yang Mana Satu?

4.6K 79 42
                                    

"Nasir?" bulat mata Salina

"Duduklah nak. Pak Cik sediakan air untuk kamu ya" kata Ayah Borhan sebelum meninggalkan mereka berdua di ruang tamu dengan pintu utama terbuka.

"Apa awak buat kat sini?" soal Salina sedikit jengkel

"Abang awak yang paksa saya datang" kata Nasir

"Untuk apa? nak datang untuk hina dan tuduh saya bukan-bukan lagi ke?" balas Salina

"Boleh tak kalau cakap elok-elok? ni asyik nak ajak bergaduh je" Nasir tidak puas hati

Salina berdiam diri. Malas hendak melayan.

"Abang awak suruh saya buat ujian DNA untuk pastikan anak tu anak saya dan kalau benar, saya perlu bertanggungjawab sekurang-kurangnya sampai anak tu lahir" jelas Nasir dalam keadaan terpaksa.

"Tak payah buat ujian pun, memang dah sah ni anak awak. Saya tak pernah disentuh lelaki lain selain awak" kata Salina

"Ada baiknya ujian dibuat agar kedua-dua pihak berpuas hati" tegur Ayah Borhan yang muncul tiba-tiba dari dapur dengan teko kaca berisi air teh panas.

Salina dan Nasir terdiam.

"Jadi inilah dia lelaki yang dah sentuh anak saya. Hurm, apa yang Luqman katakan pada kamu?" soal Ayah Borhan yang nampak tenang tapi sedang mengawal kemarahan dalam hatinya.

"Erm, saya datang sini nak minta maaf pada pakcik dan Salina atas perbuatan saya, saya juga ingin mengetahui status kandungan Salina ni" kata Nasir

"Kalau ikutkan hati, sudah lama pakcik parangkan kamu. Tapi mujurlah masih boleh sabar, lagipun benda sudah terjadi. Kalau parangkan pun Salina tetap mengandung juga. Buat masa ini, pakcik cuma mahu kalian selesaikan dengan cara baik saja" terang Ayah Borhan.

Salina dan Nasir tertunduk malu

***

Ahmad duduk sendirian di kedai mamak di meja nombor sembilan. Cuaca sedikit panas petang itu menyebabkan tubuhnya mula berpeluh dan ada tompok peluh ketara pada bahagian dada bajunya, maklumlah dada tebal senanglah nak nampak. Dia perasan, ramai juga orang curi-curi pandang dadanya. Baik lelaki mahupun perempuan. Lantaklah.

"Apa khabar?" sapa Abu Suffian yang baru muncul dan duduk di hadapan Ahmad

"Baik, duduklah, aku dah pesan air" kata Ahmad

"Milo ais, ais kosong" pesan Abu Suffian pada pelayan.

"Nah, ni sira pisang Kelantan, bini aku buat sebelum dia balik kampung pagi tadi" kata Ahmad sambil menghulur satu bekas makanan berisi pisang yang berkuah pekat.

"Kelantan? bukan bini kau orang Pahang ke?" soal Abu yang keliru

"Ha ha, iya tapi dia belajar resepi ni dari mak saudara dia, orang Kelantan" balas Ahmad

"Oh, okey. Terima kasih ya dan selamat pengantin baru" Abu menyerahkan aku beg cenderahati pada Ahmad.

"Eh?! laaa, hadiah ke? buat susah je wei" Ahmad menyambut

"Ala, benda murah je, minyak wangi. Satu untuk kau, satu untuk bini kau" kata Abu

"Terima kasih wei, terima kasih sangat-sangat. Maaf tak dapat jemput kau ke majlis nikah aku sebab keluarga terdekat je. Tapi majlis sanding nanti aku dah sediakan tempat untuk kau. Wajib datang tau" jelas Ahmad

Abu hanya tersengih sebelum mengangguk kepala. Minuman yang dipesan pun sampai dan Abu Suffian meneguk Milo ais tersebut.

"Jadi, macam mana rasanya jadi suami?" soal Abu Suffian

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now