"Woah cantik rumah mertua kau, Zack" puji Ahmad
"Bukan rumah mertua je cantik, anak dia pun cantik" Zakaria mengenyit mata
Mereka disambut oleh sepasang suami isteri berumur yang tersenyum lebar.
"Mak, Abah" kata Zakaria sebelum mencium kedua tangan pasangan tua itu.
Kedua mereka nampak macam orang berada dan beragama. Untung Zakaria.
"Masuklah nak, bawa kawan kamu sekali" arah bapa mertua Zakaria yang kelihatan tegas
Satu-satu rakan Zakaria masuk ke dalam selepas bersalaman dengan bapa mertuanya. Di dalam rumah itu sungguh selesa dan nyaman. Hiasan yang cantik dengan pilihan warna putih melembutkan pandangan. Bijak sungguh siapa yang menghiasi rumah itu, semestinya pujian harus diberi pada ibu mertuanya jika tidak siapa lagi kan?
Kesemua mereka duduk berehat di ruang tamu sementara Zakaria menghilang ke dapur rumah. Luqman melihat seorang gadis muda bertudung sopan yang manis, berkulit putih ibarat anak cina cuma matanya tidak sepet. Senyumannya manis dan matanya bersinar. Keayuannya mengusik jiwa Luqman seketika. Terpana dibuatnya.
"Jemput minum ya abang-abang semua" ajak gadis itu
"Haa inilah Munirah, anak pakcik dan isteri Zakaria" bapa mertua Zakaria memperkenalkan gadis itu
Masing-masing kagum dengan kecantikan perhiasan dunia ini. Wanita memang insan yang melembutkan jiwa para lelaki dan Munirah adalah wanita sejati yang dikurniakan kelebihan pada fizikalnya. Tak lama kemudian Zakaria muncul dengan dua pinggan keropok lekor bersama sos.
"Jemput makan geng. Oh ya korang dah nampak kan? itulah bini aku" kata Zakaria dengan bangga
"Tahniah Zack" Mustafa menepuk bahu lelaki itu
Barulah Luqman teringat, Zakaria dan Mustafa adalah pasangan kekasih. Macam mana penerimaan sepupunya itu pabila Zakaria berkahwin dan adakah itu penyebab utama dia bersetuju untuk bertunang? Persoalan itu muncul di minda Luqman.
"Erm sedap air sayang buat" puji Zakaria pada isterinya di dapur berdua
"Sedap apanya, letak gula memanglah sedap" balas Munirah yang tahu suaminya sekadar mengusik
"Eh sayang ada letak gula ke? tak rasa pula gula tu sebab kemanisan sayang sudah cukup untuk abang" usik Zakaria lagi
Merah wajah Munirah diusik begitu, terus dia mencubit lengan suaminya tanda geram.
"Adududu tak sayang abang ke? hurm" Zakaria acah-acah merajuk
"Maaf, sayang tak de niat nak sakitkan abang. Sayang cuma geram" lantas si isteri memujuk suaminya dengan mengusap lembut lengan yang dicubit tadi
"Takpelah demi sayang abang sanggup kena cubit banyak kali huh!" kata Zakaria
"Hurm...Yelah tu" malas Munirah hendak melayan suaminya
Zakaria tersengih. Hatinya gembira melihat gadis manis ini sah menjadi pasangan hidupnya. Pada mulanya berat hati untuk menerima hakikat yang dia sudah berkahwin tapi lama-kelamaan dia belajar menerima takdir dan hasilnya Munirah gadis yang sangat patuh dan isteri yang baik untuknya.
"Erm..sayang, malam ni abang tidur sini boleh?" Soal Zakaria malu-malu
"Boleh. Sayang pun rindu nak tidur sambil peluk abang" balas Munirah
Wajah Zakaria bersinar.
"Yes!!"
***
Luqman memerhati beberapa ekor ayam sedang makan di halaman rumah mertua Zakaria.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
General FictionDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...