Penjelasan Siri MR. Otot
Salam sejahtera dan ribuan Terima Kasih yang tidak terhingga buat para pembaca yang sentiasa menyokong dan sudi membaca siri Mr. Otot dari mula hingga tamat. Cerita ini bermula dari bulan Februari 2018 untuk siri 1 Merah kemudian di sambung dengan Siri 2 Biru, kemudian Siri 3.1 Prequel and berakhir dengan Siri 3.2 Hijau pada Ogos 2020. Tiga tahun oii ha ha ha. Sepanjang menulis cerita ini aku guna pelbagai sudut penulisan yang berbeza untuk memperbaiki hasil penulisan aku seperti di bawah.
Merah Siri 1 - Untuk siri pertama ni aku gabungkan dua POV, 1st person dengan 3rd person POV tapi bila baca balik aku rasa macam tak konsisten pula jadi aku berhenti gabungkan kedua-duanya. Kata-kata Luqman pula ditambah dalam cerita untuk breaking the fourth wall dan berkomunikasi dengan pembaca agar kesan cerita lebih terkesan.
Siri ni juga aku sengaja tulis dengan chapter yang sedikit sebab first time mencuba dan masa tu memang plan nak tulis short and simple sebab tu 25 chapter je. Memang mencabar dan berbaloilah tapi terlalu banyak kelemahan dalam cerita siri 1 buatkan aku tak puas hati dan nak re-write balik. Siri satu juga aku mulakan dengan traditional punya plot, pengenalan watak satu-satu baru cerita mula bergerak. Boring sikit lah.
Biru Siri 2 - Untuk siri ni, aku mulakan first chapter dengan big bang! Luqman tiba-tiba kahwin. Aku ambil plot di tengah-tengah kemudian campak sebagai 1st chapter untuk buat pembaca terkejut dan tertanya-tanya. Dari situ dorang rasa macam nak baca lagi dan lagi untuk tahu apa yg terjadi. Entah berkesan atau tak cara tuh pembaca je yang boleh jawab. Ha ha ha.
Masa ni juga aku buang 1st person POV dan tulis plot backward. Semua pembaca tau Luqman dah nikah tp aku cerita semula kenapa dan bagaimana dia menikah. Kemudian bila dah bertemu semula dengan plot dia berkahwin baru sambung ke plot seterusnya. Tapi masa ni aku terpaksa berhentikan cerita ni sebab chapter sudah terlalu banyak. Ada penambahbaik dalam penulisan ni tapi belum cukup baik dan aku masih tak puas hati.
Prequel Siri 3.1 - Sebenarnya siri ni bukan termasuk dalam rancangan asal tapi disebabkan banyak yang perlu dikongsikan maka terpaksa bahagi siri 3 kepada dua bahagian. 3.1 dan 3.2. 3.1 lebih fokus pada kisah sebelum siri 1 Merah yang mana menceritakan tentang bagaimana kehidupan Luqman dari kecil hingga dewasa. Dari segi plot, cerita ini ditulis dengan plot traditional tapi ditambah dengan plot twist yang sesuai agar pembaca tidak terlalu bosan membacanya. Fokus utama siri ini adalah untuk menceritakan apa yg berlaku sebelum siri 1 Merah yang mana pabila pembaca habis membaca siri ini mereka boleh terus sambung dengan siri merah kemudian siri biru.
Hijau Siri 3.2 - Ini adalah siri terakhir dan aku tamatkan dengan penutup yang selayaknya. Permulaan siri ini sengaja dimulakan dengan beberapa persoalan untuk menunjukkan pembaca tentang kekeliruan watak utama sepanjang hidupnya. Siri ini juga ditulis tanpa ada campur tangan monolog Luqman yang hanya muncul di akhir chapter saja. Plotnya ditulis secara traditional tapi beberapa plot twist di tambah agar jalan cerita menarik.
Secara keseluruhannya, aku mencuba pelbagai teknik dan cara untuk menulis tiga siri MR.Otot ini dan hasilnya aku berpuas hati. Namun begitu aku tetap rasa yang aku boleh buat lebih baik tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga maka ada beberapa bab ditulis dalam keadaan terburu-buru sehingga menyebabkan kesilapan pada ejaan.
***
Sepanjang menulis ni memang ada beberapa cabaran yang aku hadapi.
1. Konsisten - memang susah nak tulis cerita secara konsisten kerana kerja dan macam-macam lagi. Ada kalanya aku rasa malas gila nak menulis tapi aku paksa diri sebab tu ada beberapa chapter aku taip sambil lewa dan ada pembaca yg perasan aku tulis mcm tak betul-betul. Memang sukar nak kekalkan mood menulis hari-hari, ada tips tak?
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
General FictionDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...