"Jemput duduk" pinta Kholidah
Melissa patuh dan duduk di hadapan Kholidah.
"Saya minta maaf ya sebab sebelum ni tak pernah jumpa awak. Saya cuba nak jumpa awak untuk minta restu kahwin dengan abang Luqman tapi dia menghalang" terang Melissa
"Tak mengapa saya faham. Abang dah jelaskan pada saya perkara sebenar. Tujuan saya panggil kamu datang ke sini adalah untuk beritahu kamu bahawa saya dengan hati terbuka menerima kamu dalam perkahwinan kami. Kita bakal berkongsi suami dan saya harap tiada persengketaan di antara kita. Saya harap kita saling hormat-menghormati dan bersaudara" terang Kholidah sambil mengusap perutnya yang membesar
Wajah Melissa berseri dan dia hampir menangis kerana terlalu gembira.
"Syukur, terima kasih Kholidah. Saya dari dulu inginkan seorang saudara perempuan dan saya harap hubungan kita kekal" balas Melissa.
Ketika melihat Melissa barulah Kholidah mengerti kenapa Luqman memilih wanita ini. Melissa seorang yang yakin dan anggun. Berbual sebentar dan berkenalan dengan Melissa selepas diizinkan oleh Luqman ternyata mengubah persepsi Kholidah terhadap wanita itu. Melissa rupanya memiliki kehidupan yang perit dan tercari-cari tujuan hidup. Pengenalannya terhadap Islam memberi sedikit cabaran sebelum munculnya lelaki bernama Luqman yang selalu memberi sokongan dan membantunya. Sedar tak sedar bantuan datang bersama cinta dan Melissa benar-benar ingin menjadi muslim yang baik berimamkan Luqman.
Mendengarkan perkara itu, Kholidah kagum dengan pendirian Melissa dan semakin sayang pula terhadap Luqman. Dia salah faham pada suaminya dan kini dia berazam agar perkahwinan mereka bahagia. Tarikh perkahwinan semakin hampir dan Kholidah kini benar-benar berubah. Beberapa bulan selepas rujuk semula dengan Luqman, dia belajar untuk mengawal diri. Menjaga pemakanan yang sihat dan mengubah karakternya menjadi isteri yang taat. Tiada lagi sikap kebudakk-budakkan dan diganti dengan kematangan dan kelembutan seorang wanita yang penyayang. Tiap butir bicaranya lembut ditambah pula dengan belaian dan sentuhan penuh kasih sayang pada Luqman.
Perubahan ini amat mengejutkan Luqman kerana dia belum pernah jumpa wanita yang sentiasa tenang, matang dan anggun seperti Kholidah. Semestinya Kholidah tidak sempurna, masih ada kekurangan namun wanita itu cepat belajar dan perbaikinya. Pada setiap malam Kholidah pasti akan memohon ampun pada suaminya sebelum tidur dan memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesalahan padanya. Layanan ke atas Luqman juga ditingkatkan sampaikan Luqman merasa dirinya dilayan bak seorang raja. Makanan dihidang, pakaian disediakan bahkan ciuman dan belaian lembut sering diberi membuatkan Luqman terpaut untuk duduk dirumah.
Pasti ada yang berkata, sudah dapat isteri sempurna seperti Kholidah mengapa masih gatal nak kahwin dengan Melissa. Tapi Luqman tetap dengan pendiriannya, dia tak peduli dengan kata-kata orang lain. Jika Luqman tidak bercadang untuk kahwin lagi, belum tentu Kholidah akan berubah seperti sekarang. Adakalanya kita perlu terima hakikat dari pengajaran walaupun ianya pahit, sama seperti hal ini juga. Berita tentang perkahwinan Luqman yang berjaya dipulihkan semula dengan Kholidah disambut baik oleh Ayah Borhan dan Mak Cik Fatimah. Masing-masing memanjatkan rasa syukur dengan keputusan itu. Tidak sia-sia Ayah Borhan solat hajat tiap malam agar jodoh dan rezeki Luqman dimurahkan dan segala urusannya dipermudahkan.
Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan dan Luqman menjemput semua rakan-rakannya dan ahli keluarga untuk hadir dalam majlis penyatuan dia dengan Melissa. Ahli keluarga Kholidah juga turut dijemput. Selesai saja majlis akad nikah, mereka teruskan dengan acara bersanding. Terlalu ramai tetamu yang hadir untuk mendoakan kebahagiaan dua mempelai ini tapi ada suara-suara sumbang yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Mana tidaknya, isteri pertama turut hadir dalam majlis tersebut walaupun sedang sarat mengandung sembilan bulan. Kholidah tetap dengan pendiriannya untuk hadir dan melayan tetamu yang hadir walaupun ditegah Luqman. Melihat keadaan wanita itu yang keletihan mengusung perut yang membesar membuatkan Luqman risau.
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
Ficción GeneralDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...