12 | Mengajak

5.6K 79 81
                                    

"Abang okey ke?" Rahimah pelik melihat Luqmam seperti tidak berselera ketika makan tengah hari bersama

Luqman tersenyum pahit. Hatinya memang tidak tenteram kerana Tan Sri Dzul akan pulang tak lama lagi dan Luqman gagal mendapat projek terbaru minggu lepas. Dia tewas dengan pesaingnya yang telah merampas kebanyakan projek yang Luqman sudah pasti jadi miliknya. Aneh macam mana mereka mampu mengatasi rancangan Luqman. Dia mula merasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Abang okey saja. Cuma letih sikit kerja banyak" terpaksa Luqman menipu kerana jika dia meluahkan masalah kerja pada Rahimah, wanita itu mungkin tidak mengerti dan lebih teruk lagi wanita itu akan susah hati. Biarlah masalah ini Luqman sendiri yang selesaikan. Tak perlu libatkan orang luar.

"Erm baiklah. Tapi kalau abang ada masalah ceritalah. Mana tahu sayang boleh tolong" pujuk Rahimah sebelum menyuap sesudu nasi ke mulut dan mengunyah

"Jangan risau, benda kecil je. Maklumlah masalah kat pejabat" balas Luqman dengan senyuman

"Okeylah kalau abang dah cakap macam tu" balas Rahimah

"Oh ya macam mana dengan mak? Dah okey?" soal Luqman

"Mak okey je. Pembedahan nanti bulan 6" kata Rahimah

"Lega sikit. Hutang sayang pula macam mana?" soal Luqman lagi

"Entahlah. Macam susah je nak bayar. Dah lah PTPTN pun banyak lagi nak bayar" rungut janda itu

"Sayang tak nak cari kerja yang ada pendapatan stabil sikit ke? Sayang ada pendidikan yang bagus. Mungkin abang boleh tolong cari kerja yang sesuai untuk sayang" cadang Luqman

"Sayang bukan tak nak kerja makan gaji, cuma sayang lebih suka waktu kerja yang bebas macam berniaga ni. Sayang dah la kena jaga anak-anak, mak ayah lagi" rungut Rahimah

"Abang boleh tolong gajikan pembantu rumah" pujuk Luqman

"Sayang tak nak susahkan abang. Dah banyak abang tolong. Keperluan anak-anak semua abang tanggung sampaikan bil tertunggak sayang dulu pun abang tolong. Hutang sayang abang bayarkan, ubat-ubat mak ayah, abang tolong. Sampai bila sayang nak bergantung pada abang" Rahimah menyenaraikan satu-satu pertolongan Luqman selepas mereka bercerai.

"Anak-anak tetap tanggungjawab abang. Tentang hal-hal lain tu abang cuma tolong apa yang boleh je" balas Luqman

"Kan senang kalau kita masih bersama" Rahimah bercakap dengan nada perlahan

Bulat mata Luqman mendengarnya.

"Sayang cakap apa?" Luqman sengaja menyoal

"Eh takde apa" Rahimah cuba main tarik tali

"Yeke ke ni? Abang macam ada dengar sesuatu tadi" usik Luqman

"Ish mana ade lah. Sudahlah abang ni suka usik sayang tau" rajuk Rahimah

Ketawa Luqman dibuatnya. Dia rindukan ini, usikan pada seorang wanita yang manja. Luqman rasa seperti dirinya diperlukan. Seperti dia disayangi. Bahagia.

***

"Helo?" Luqman menjawab panggilan dari Faizal

"Helo bro lama tak dengar cerita. Apa khabar" soal lelaki itu

"Sihat bro. Ada je ni tak ke mana. Ada apa wei?" soal Luqman pula

"Lama dah kita tak lepak sama-sama kan? Keluarga kau macam mana okey ke?" Faizal sudah lama tidak menghubungi Luqman. Sejak dia mendirikan rumah tangga, hidupnya berubah serta-merta. 

Banyak masa diperlukan untuk menjalani hidup berpasangan, kalau dahulu dia hanya perlu fokus pada keluarganya dan kerja saja kini keluarga belah isteri juga perlu diambil berat. Kalau dahulu dia masak sendiri ataupun beli dari kedai, kini pulang ke rumah dari bertugas, sudah pasti isterinya menunggu dan melayannya sebaik mungkin. 

MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)Where stories live. Discover now