"Sial!" maki Saiful
"Kenapa kau risau sangat" soal Aidil
"Luqman tu memang cibai tau! Kenapa dia boleh benarkan Ahmad berhenti kerja. Bodoh ke apa?" marah Saiful lagi
Mereka berdua berada dalam kereta yang sedang bergerak di tengah hutan besi Kuala Lumpur.
"Biarlah dia. Kau sendiri nak cut cost kan. Gaji Ahmad tu boleh tahan tau" pujuk Aidil
"Memanglah aku nak cut cost tapi aku nak Ahmad tu kekal kat situ kerja bawah aku. Dia tu berharga bro. Bukan sembarangan orang tau, waktu Halisya bagitau aku tentang cara kerja dan strategi Ahmad, aku tahu dia memang power. Aset penting dalam syarikat. Tapi Luqman tu buta!" kata Saiful
"Dah dia nak berhenti, nak buat macam mana" balas Aidil pula
"Aku try call Ahmad. Untung-untung boleh ajak dia kerja dekat syarikat aku kat sini. Memang padu ni" kata Saiful
Panggilan masuk, nama Saiful tertera di skrin telefon bimbit Ahmad.
"Helo?" Ahmad bertanya
"Mana bro?" soal Saiful
"Kat rumah. Ada apa kau telefon ni?" soal Ahmad
"Aku dengar kau dah berhenti dari syarikat Luqman. Meh kerja dengan aku kat sini. Gaji boleh bincang tapi aku jamin lumayan" kata Saiful
"Lepas kau khianati aku, kau nak ajak aku kerja dengan kau pula? Biar betul" soal Ahmad
"Bro, jangan salah faham. Aku cuma dendam dengan Luqman bukan kau. Kau masih kawan aku dan aku tetap akan jaga kau. Aku minta maaflah sebab kau terkena tempias hasil dendam aku ni" pujuk Saiful
"Tolong jangan buat aku begini Saiful. Aku tak boleh pilih antara kau dengan Luqman. Korang berdua kawan aku, aku sayang korang berdua. Maaf tapi aku terpaksa tolak" balas Ahmad
"Aku faham, kau mungkin dalam keadaan terkejut sekarang. Tak apa, aku bagi kau masa untuk berfikir. Dan bila kau sedia, kita bincang. Percayalah cakap aku Ahmad, tawaran ni lumayan" pujuk Saiful
"Terima kasih Saiful atas tawaran kau, aku rasa nak bercuti dulu dan mungkin fokus pada keluarga aku. Kalau aku bersedia nanti aku hubungi kau semula ya" balas Ahmad
"Okey bro. Ingat, kalau kau perlukan bantuan aku sentiasa ada" kata Saiful sebelum panggilan tamat.
Aidil terus memandang wajah sepupunya.
"Kenapa?" soal Saiful
"Jarang tengok kau minta maaf dekat orang lain. Lagi-lagi Ahmad" kata Aidil
"Selain Luqman, dialah lelaki yang paling aku hormati wei. Seboleh-bolehnya aku nak dia di pihak aku" kata Saiful.
"Oh begitu. Habis sekarang Luqman dah takde CEO tu. Macam mana?" soal Aidil
"Luqman dah silap langkah bila dia dah alihkan pertahanan dia yang paling kuat. Kali ni memang checkmate bro. Aku tahu macam mana nak ajar Luqman tu" kata Saiful
"Erm. Yelah-yelah. Eh dah nak sampai ni, kau nak turun kat mana?" soal Aidil
"Turunkan aku depan lobby tu je nanti minah tu jemput aku naik atas" balas Saiful.
"Okey bro" Aidil berhenti di pintu utama sebuah kondominium mewah
"Terima kasih bro, ingat kalau bini aku tanya cakap kita lepak dengan member lain ya" kata Saiful
"Kau nak aku jemput kau jam berapa ni?" soal Aidil lagi
"Dua belas" kata Saiful
"Tengah malam? gila, lama betul kau nak henjut minah tu" kata Aidil
YOU ARE READING
MR. OTOT : HIJAU (Siri 3.2)
BeletrieDrama (18SX) (Selesai) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda Sambungan MR. OTOT : BIRU. Kehidupan Luqman berubah setelah bercerai kali kedua. Dia ingin memperbaiki hubungannya dengan keluarga pada masa sama perlu memilih sama ada ke...