𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 01 : 𝐈 𝐃𝐎𝐍'𝐓 𝐑𝐄𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐘𝐎𝐔

1.2K 51 2
                                    

"Irene, bangun sayang. Di sana bukan alam kamu. Bangun sayang."

Kedengaran suara wanita yang sangat asing di sebelah saya sedang menangis.

"Ayang, tolong sabar boleh?"

Suara garau itu membalas.

"Sabar apanya Bang? Hampir tiga tahun Irene tidak sedarkan diri? Ibu mana yang tidak risau?"

Suara garau itu tidak membalas apa-apa.

Saya membuka kelopak mata perlahan-lahan dan melihat di sekeliling saya. Semuanya berwarna putih dan saya juga dikelilingi orang yang langsung tidak saya kenali.

"Irene! Ya Allah! Bang! Irene sudah sedar!"

Wanita yang berdiri di sebelah saya segera memeluk tubuh saya.

"Irene, you awake! Alhamdulillah! Bang, panggil doktor sekarang."

Lelaki yang kelihatan berumur itu tergesa-gesa memanggil doktor.

Satu-persatu orang yang ada di sana memeluk saya sambil mengalirkan air mata.

"Kamu.. Siapa?"

Dahi saya berkerut kerana hairan. Saya benar-benar tidak mengenali mereka semua.

"Kau tidak ingat kami?"

Perempuan 20-an yang baru sahaja selesai memeluk saya mengajukan soalan.

Saya menggeleng perlahan.

Muka kegembiraan mereka serta-merta bertukar kepada muka sedih.

Doktor terus memeriksa saya.

"Bang, Irene tidak ingat kita."

Lelaki berumur itu hanya mendiamkan diri sambil menunggu doktor bercakap.

"Begini Encik - , Puan - . Cik Irene Irelyana mungkin akan hilang ingatan disebabkan oleh kesan luka yang dalam pada bahagian kepala dan juga disebabkan oleh Cik Irene tidak sedarkan diri dalam tempoh yang sangat lama."

"Tapi doktor, memori anak saya masih boleh kembali atau tidak?"

Wanita tersebut bertanya dengan nada yang sangat risau.

"Memori Cik Irene masih boleh kembali tapi, ahli keluarga terdekat perlu sentiasa ada dengan Cik Irene supaya dia boleh ingat dengan cepat. Saya juga menasihatkan kamu agar berdoa sebanyak yang mungkin supaya urusan kita dipermudahkan oleh-Nya."

Semua orang terdiam.

"Bila saya boleh discharge?"

Saya mengajukan soalan kepada doktor.

"Cik Irene boleh discharge tengahari besok."

"Hari ni boleh?"

Doktor terdiam dalam beberapa saat.

"Ya doktor. Kalau boleh, saya mau anak saya keluar hari ni. Lagi pun, kami ada doktor peribadi."

Bincang punya bincang, akhirnya dibenarkan juga.

"Irene ada mau makan apa-apa? Kalau ada, nanti Mumy beli."

Wanita yang menggelar diri dia sebagai 'Mumy' membelai rambut saya.

Saya hanya menggeleng. Wanita itu tersenyum.

* * *

"So, Irene? Do you remember this place?"

Perempuan yang sangat mirip dengan wanita tadi berjalan mendekati saya.

"Tidak."

Dia mengeluh.

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now