AS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO]
{HIGHEST RANKING 🎖}
{1 in Romeo 🥇}
{1 in Juliet 🥇}
{1 in Mine 🥇}
{3 in Kapten 🥉}
Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Takkanpernahmengalahdenganapayangbelumdicuba!
'Ya allah andai ini yang terbaik buat diriku, aku terima dengan lapang dada," saat ini, aku sungguh-sungguh meletakkan jalan hidupku di tangan allah. Andai itu terbaik untukku,akulah manusia yang paling bersyukur di muka bumi ini. Andai ini hanyalah persinggahan dalam hidupku, maka berilah aku petunjuk dari mu.
'Eva, kau dah siap belum? Dah pakai baju ke belum? Takut terlewat nanti kalau kau lambat-lambat," pintu bilikku diketuk bertalu-talu dari arah luar. Siapa lagi kalau bukan sahabatku Zel.
"Ya dah siap dah," aku bangun malas-malas ke arah pintu dan membukanya perlahan-lahan.
"Eva! Kau cantik," Zel meraung hebat dengan kecantikkan Eva. Eva kelihatan luar biasa cantik pada hari ini. Selalunya Eva akan memakai liptint dan bedak saja. Tapi harini, muka dia full of colours.
"Aku tahu," jawabnya perlahan. Eva sedang membuat pertarungan sengit dengan debarannya yang dari semalam tidak hilang.
"Eva...." Rengek Zel perlahan sambil terkedip-kedip. Nak nangislah tu mengenangkan sahabat baiknya akan menjadi isteri orang dan dia terpaksa membayar rumah sewa seorang diri. Haih, nampaknya kena cari housemate barulah.
"Ala Zel, janganlah nangis, aku sedih nak tinggalkan kau ni," Eva tidak kurang juga untuk merasakan perasaan itu. Pantas airmatanya diseka kerana takut akan terkena makeupnya.
"Jadi isteri orang tu elok-elok. Jadi isteri yang solehah. Aku nak ucap terima kasih sebab dah jadi sahabat aku dari kecil sampai kau nak kahwin. Nanti kau ada masa, kau datanglah jenguk aku ya?" Zel tersedu-sedan menahan tangis. Haihlah Zel cengengnya dirimu.
"Aku pun." Jam ditangan Eva pandang. Alamak!
"Weh Zel jom, karang tak sampai masjid karang," pantas Eva menarik tangan Zel keluar dari rumah seraya mengunci pintu.
Zel terus memandu keluar dari perkarangan rumah menuju ke masjid Al-Hussien di mana pihak lelaki sedang menunggu.
+++++
"Me'on Baihaqi bin Ahmad Jaiz" tangan tok kadi didepan, Q pegang erat! Minta sekali nafas sudahlah, aku keluarkan suara kapten jap lagi ha baru tahu.
"Saya!" Haq menyahut sapaan tok kadi.
"Aku nikahkan dikau dengan Putri Eva Irish binti Muhammad Amar dengan mas kahwin sebanyak RM500 ringgit tunai!"
"Aku terima nikahnya Putri Eva Irish binti Muhammad Ammar dengan mas kahwin sebanyak RM500 ringgit tunai!" Sekali lafaz Eva sudah bergelar isteri kepada Kapten Me'on Baihaqi.
"Sah?" Tok kadi melihat kiri dan kanan untuk memastikan jawapan yang diberikan oleh saksi yang ada.
"Sah!" Terangguk-angguk kesemua saksi menjawab pertanyaan tok kadi.