DLM : 15

6.2K 450 218
                                    

IDEA YANG MENCURAH-CURAH MENGHALANG SAYA DARIPADA BEREHAT😂DAN SAYA MEMPERSEMBAHKAN BAB BARU IAUTU BAB 15💕ENJOY READ❤️🤭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IDEA YANG MENCURAH-CURAH MENGHALANG SAYA DARIPADA BEREHAT😂DAN SAYA MEMPERSEMBAHKAN BAB BARU IAUTU BAB 15💕ENJOY READ❤️🤭

AIR mata Daneen jatuh menitik di atas telapak tangannya yang menadah tangan berdoa. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa. Air matanya mengalir bersama gerimis yang turun ketika menjengah antara malam dan pagi.

Selesai bacaan doa, dia melipat semula tikar sejadah dan menanggalkan telekung. Almari tepi meja alat solek dihampirinya. Penyangkut dicapai kemudian kain telekungnya disangkut kembali. Sejadah dihamparkan di tempat sangkut yang tersedia di dalam almari itu.

Matanya melirik jam di dinding, jarum jam baru menunjukkan pukul 5 pagi. Masih terlalu awal untuk turun. Huh! Hampir semalaman, dia tidak bisa tidur dengan nyenyak. Setiap kali matanya terpejam, selalu saja wajah lelaki itu menjadi bayangan dan igauan.

Ungkapan semalam masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Suara Aidan ketika melafazkan ungkapan itu benar-benar membuatkan dia angau.

Dia merasa tak sabar menanti matahari terbit. Dia nak turun dan bertentangan mata dengan lelaki yang mula didambakan itu. Biarpun hanya bertembung mata dan bergaduh seperti biasa namun dia tetap merasa tak sabar. Rasa macam melangkah hari baru, hari yang sangat menerujakan.

Daneen menghampiri beranda. Pintu gelongsor ditolak lalu memboloskan dirinya ke luar. Matanya berlari ke dada langit yang membiru. Senyuman bahagia terlukis di bibirnya.

Langit semakin cerah biarpun matahari belum kelihatan. Sesekali, tiupan angin meresap kesejukan sehingga ke tulang. Terasa deruan angin menampar lembut pipinya. Daneen menghembus udara perlahan. 

“Agak-agak ayah dah bangun ke belum?” tanya Daneen sambil melirik ke beranda sebelah. Dia tertanya-tanya sama ada Aidan turut berjaga semalaman ataupun tidak.

Daneen tersentak. Lampu di bilik Aidan terbuka. Daneen mula teruja. Lebar senyuman terhias di bibirnya. Rasa nak lari pergi terjah bilik Aidan.

Nak terjah! Daneen berlari keluar dari beranda dan menuju ke pintu biliknya untuk ke luar. Daneen berhenti tepat di pintu, dia mengatur nafas agar terkawal. Riak wajahnya dibiar tampak seperti biasa. Dia tidak mahu terlalu menonjol rasa teruja.

Rambutnya yang tiba-tiba menutupi mata mengingatkan bahawa dia belum mengemas rambutnya dengan rapi. Bulat matanya, tak sangka boleh terlupa. Daneen berlari ke meja alat solek, sikat rambutnya dicari.

“Mana kau ni sikat?”

Dia ingat! Kakinya diatur ke katil. Dia tunduk ke bawah katil dan menarik keluar beg yang terisi barang-barangnya. Zip beg dibuka lalu tangannya meraba-raba di serata tempat mencari sikat. Jumpa! Yeay dah jumpa!

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now